About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Zikir 1,000 Kali Haram?

Apakah hukum berzikir sebanyak 1,000 kali, ini kerana ada beberapa ustaz menyatakan tidak harus bahkah haram untuk berzikir pada jumlah itu disebabkan tiada dinyatakan dalam mana-mana hadis?



Jawapan: Zikir adalah ibadah yang digalakkan dan dalam al-Quran umat Islam disuruh berzikir dengan banyak. Walau bagaimanapun tidak ditentukan berapakah jumlah banyak itu.



Manakala dalam riwayat hadis, ada bilangan tertentu yang dinyatakan, contohnya bilangan zikir tasbih sebanyak 33 kali selepas solat.



Dalam hal ini, keluasan syariah merangkumi semua pendapat. Bagi pendapat yang menetapkan bilangan sekadar apa disebut dalam riwayat hadis, maka ia adalah pendapat sahih. Ini kerana pendapat sebegini berdasarkan riwayat hadis.



Manakala pendapat yang menyarankan agar berzikir sehingga 1,000 kali pula berdasarkan kepada nas al-Quran yang tidak menetapkan apa-apa bilangan. Maka terserah kepada seseorang Muslim untuk berzikir sesuai dengan keinginan dan kemampuan masing-masing.



Pada pandangan saya, pendapat yang mengharamkan zikir dengan bilangan 1,000 kali agak menyempitkan ruang kehidupan Muslim. Ini kerana bilangan zikir tidak sama dengan bilangan rakaat solat fardu yang memang telah ditetapkan dan ijmak ulama sebanyak itu sahaja.



Manakala bilangan zikir terbuka kepada ijtihad. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengamalkan bahawa bilangan zikir yang sabit dalam riwayat hadis adalah bilangan terbaik, namun tidak menafikan keharusan bilangan zikir melebihi bilangan tersebut. - Utusan Melayu



Jawapan Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir Al-Jarumi



IlyTrolak: "Terserah pada diri hendak berzikir berapa kali pun, pegangannya hanya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ragam Kakak dan Adik Di Teluk Intan

Hari teringatkan kata-kata Ummi Mariam yang belum menyelesaikan urusan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Hari ini kena bersegera ke Teluk Intan, sebab itulah pejabat LHDN paling hampir dengan tempat kami ini.



Untuk pengisytiharan hasil ini lebih selesa buat di pejabat LHDN ini berbanding buat secara online. Bawa sahaja bahan-bahan bukti yang ada untuk ditunjukkan selepas pengisian. Di sana ada pegawai yang bertugas.



Selepas itu tak perlu risau dah dengan surat yang datang selepas beberapa tahun diisytiharkan hasilnya.



Tetapi untuk coretan di blog ini, bukan nak cerita tentang urusan di LHDN tetapi tentang kakak dan adik.



Kakak dan adik akan pergi sekali, sebab memang tiada orang di rumah yang akan menjaga mereka.



Tengok sahaja antara sedikit gambar yang sempat dirakam, sebenarnya banyak juga perkara yang dilakukan oleh mereka berdua ni... tetapi terlupa nak rakamkan.





Di sekitar pejabat LHDN Teluk Intan, sementara menunggu, posing-posing sikit









Selepas urusan di LHDN, mereka bersuara "Laparle..." jadi layankan sahaja...









IlyTrolak: "Gelagat mereka kekadang mencuit hati"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kaji Sebab Nilai Premium Pendidikan Negara Merosot

Oleh Khaidir Majid

qidir@bh.com.my




LAPORAN Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendedahkan gaji permulaan siswazah baharu di negara ini merosot sejak 2010 harus dipandang serius. Perkembangan mengejutkan itu membayangkan pendidikan tidak lagi membawa sebarang nilai premium kepada seseorang pencari kerja baharu di negara ini.



Jika sangkaan ini benar dan dibiarkan berterusan, besar kemungkinan pembangunan ekonomi negara akan terencat, berikutan ramai daripada siswazah tempatan terdorong berhijrah ke luar negara. Ini akan mengakibatkan apa yang digelar brain drain



Jika brain drain ini berlaku secara besar-besaran, agak sukar bagi negara untuk membangunkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi kerana tidak lagi memiliki kepakaran yang diperlukan.



Tidak hanya itu, lebih membimbangkan daripada brain drain, negara berdepan dengan risiko migrasi ekonomi, seperti dialami beberapa negara Eropah Timur sekarang.



Dalam migrasi ekonomi, oleh kerana gaji begitu rendah di negara sendiri, seseorang siswazah sanggup berhijrah untuk bekerja sebagai pencuci lantai di negara asing yang mungkin memberinya pendapatan yang lebih tinggi.



Usah tunggu sehingga migrasi ekonomi tercetus



Keadaan di negara ini mungkin belum meruncing seperti di Eropah Timur, tetapi kita tidak harus tunggu sehingga migrasi ekonomi itu tercetus. Biarpun fenomena itu belum ketara, hakikatnya negara sudah melihat brain drain berlaku, terutamanya ke negara jiran Singapura.



Bukan menjadi rahsia, ramai daripada pakar pelbagai bidang di republik itu berasal dari negara ini. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana mengejar peluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing, di samping menikmati pendapatan yang jauh lebih tinggi.



Apa yang kita harus lakukan ialah melihat kepada diri sendiri. Melihat apa dasar dan strategi yang harus diperbaiki agar dapat diwujudkan persekitaran yang menjurus kepada pendapatan yang lebih tinggi.



Berikutan itu, satu kajian menyeluruh harus dilakukan agar punca sebenar kemerosotan gaji siswazah baharu dapat dikenalpasti. Biarpun sejak laporan BNM itu dikeluarkan, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) sudah menafikan gaji permulaan tidak meningkat, kita anggap kenyataan itu sekadar permainan retorik.



Hakikatnya, angka yang dilapor BNM itu adalah tepat selepas mengambil kira kesan inflasi. Berikutan itu, kerajaan harus mengambil serius laporan BNM itu dan melakukan sewajarnya untuk mengekang kemerosotan gaji siswazah berterusan.



Kita berpendapat, antara yang mungkin perlu dilihat secara mendalam adalah dasar pengambilan pekerja asing. Kita tahu kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk berusaha ke arah mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.



Tegas tangani isu limpahan pekerja asing



Namun, apa yang kita lihat, kerajaan cepat mengalah sebaik sahaja mendapat tekanan daripada majikan. Misalnya, rancangan menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing khusus untuk sektor borong, runcit dan restoran. Pembekuan itu kini mungkin ditarik balik berikutan desakan majikan.



Ini baru pengusaha restoran, kalau didesak pengilang, sudah semestinya tekanan untuk membuat pusingan U lebih hebat. Sebaliknya, kita harus tegas dalam perkara ini kerana isu limpahan pekerja asing ini berkait dengan kemerosotan gaji siswazah.



Jika terus mudah bergantung kepada pekerja asing, tidak mungkin majikan akan beralih kepada proses automasi. Dan jika proses automasi tidak digunakan, sudah tentu nilai ilmu siswazah merosot.



Sumber: Berita Harian Online | Rencana | Muka 10






IlyTrolak: "Brain Drain adalah satu proses di mana sesebuah negera itu kehilangan pekerja yang berpendidikan, berbakat dan mahir ke negara lain melalui penghijrahan ke seluruh dunia untuk taraf kehidupan yang lebih baik, gaji yang lebih tinggi, akses kepada teknologi yang lebih canggih dan keadaan politikyang lebih stabil"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Mercu Tanda Baharu FELDA Trolak Utara

Sekiranya ketika ini anda melalui hadapan pagar Sekolah Kebangsaan Trolak Utara, pasti anda akan melihat satu mercu tanda baharu telah dibina di lokasi tersebut. Kakitangan Pejabat FELDA Trolak Utara dengan semangat kerjasama dalam proses membina sebuah mercu tanda baharu.



Mercu tanda baharu tersebut merupakan teks TROLAK UTARA beserta dengan logo FELDA. Ini adalah satu usaha untuk menceriakan kawasan FELDA Trolak Utara.





Mercu tanda yang masih dalam proses pembinaan pada 03 April 2019


IlyTrolak: "Semoga bertambah ceria kampungku..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Budak Lemas Mandi Sungai

Noor Hidayah Tanzizi

cnews@nstp.com.my



KANAK-KANAK lelaki lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Perak di Kampung Pulau Tiga Kiri di Kampung Gajah, semalam.



Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Ahmad Salman Omar, 11, datang ke kawasan sungai berkenaan yang berhampiran dengan rumahnya bersama rakan dan ibunya.



Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sejam selepas itu ibu mangsa pulang ke rumah, manakala kanak-kanak lelaki terbabit bersama rakannya mandi di sungai.



Menurutnya, bapa mangsa keluar mencari anaknya di sungai selepas menyedari kanak-kanak itu masih tidak pulang ke rumah pada 7.20 malam.



“Ketika itu kawan mangsa sudah pulang ke rumahnya dan bapa mangsa hanya menjumpai kasut di atas tebing sungai sebelum meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Katanya, kanak-kanak lelaki itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian pada 8 malam dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.



“Tiada unsur jenayah dikesan dalam kes ini,” katanya.



Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.29 malam.



“Pihak bomba dimaklumkan mangsa sudah ditemui oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Bomba membantu pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.20 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini. - Harian Metro





IlyTrolak: "Teringat ketika Derjah 4, lemas ketika mandi sungai, nasib ada Nuna tolong selamatkan. Alhamdulillah..."


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Penerangan SKPMG2 Berkaitan Isu

SKPMg2 telah memberi satu impak besar kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah. Namun begitu, terdapat juga keluh kesah yang diluahkan oleh warga pendidik berkaitan pelaksanaan SKPMg2 ini.



Pada 2 April 2019, Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee bin Malik telah memberikan beberapa persoalan yang diterima oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.



3 persoalan utama menjadi fokus jawapan pihak Menteri Pendidikan. Jom teliti dan fahami, apa yang dijelaskan. Semoga jawapan tersebut akan dapat memberi kefahaman kepada semua warga pendidik.



Saya telah menerima banyak aduan dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).



Sehubungan itu, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan seperti berikut:



1. Adakah pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 telah dimansuhkan?



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Siaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) bertarikh 31 Disember 2018 telah menjelaskan bahawa pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 sebagai alat pengurusan sekolah berjalan seperti biasa.



Instrumen penilaian kendiri sekolah ini merupakan panduan pengoperasian sekolah bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah ke arah kemenjadian murid secara menyeluruh.



2. Jadi apa yang dimansuhkan KPM berkaitan PKS berasaskan SKPMg2 ini?



Pengumuman saya pada 7 Jun 2018 adalah hanya memberhentikan Audit PKS berasaskan SKPMg2.



Pemberhentian Audit ini dilaksanakan kerana kurang pemahaman dan berlaku kekeliruan terhadap tujuan Audit berkenaan.



3. Apakah langkah berikutnya yang akan dilaksanakan oleh KPM berkaitan isu SKPMg2 ini?



Mulai 3 Mac 2019, sesi bimbingan SKPMg2 diteruskan dalam bentuk Klinik SKPMg2 di mana ia merupakan bimbingan bersemuka pihak Jemaah Nazir bersama-sama dengan pihak sekolah.



Tujuan Klinik ini dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman kepada pihak sekolah berkaitan penggunaan SKPMg2. Semua sekolah yang berhasrat untuk mendapatkan bimbingan boleh membuat temujanji dengan mana-mana pejabat Jemaah Nazir Negeri.



Kepada golongan guru yang sering resah dan tertekan dengan kehadiran Jemaah Nazir ke sekolah, jangan bimbang kerana selepas ini saya akan meminta Jemaah Nazir untuk sama-sama turun ke sekolah dan mengajar di dalam kelas bagi memberikan panduan lebih praktikal dan menarik kepada guru-guru.



Ini sama seperti apa yang saya tunjukkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, Semporna, Sabah baru-baru ini.



Cadangan Jemaah Nazir untuk turut sama mengajar di sekolah adalah selari dengan penyuburan konsep kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati dalam kalangan guru. Selain itu, tugas Jemaah Nazir bukan untuk membuat penilaian kepada guru semata-mata, sebaliknya membantu guru dengan cara memberi bimbingan dan panduan untuk mereka dapat melaksanakan tugas mengajar dengan lebih berkesan.



Saya amat mementingkan kebajikan guru dan saya percaya dengan kegembiraan ketika melaksanakan tugas, guru-guru kita mampu mengajar dengan lebih baik dan memastikan anak-anak kita mencapai potensi cemerlangan dalam kehidupan.



DR MASZLEE MALIK

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

2 APRIL 2019




IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Merokok Perlu Dijadikan Kesalahan Syariah

Oleh: Muzaffar Syah Mallow Pensyarah Kanan, Fakuti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).



DALAM usaha pihak kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih sihat dalam negara kita melalui pelbagai kempen kesedaran, pendidikan serta pemantapan pelbagai jenis peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengekang serta membasmi ketagihan merokok, langkah yang dilihat lebih drastik perlu juga dipertimbangkan serta diambil oleh pihak kerajaan dengan menjadikan merokok itu sebagai salah satu kesalahan syariah khusus bagi melarang umat Islam dalam negara ini daripada terjebak dengan gelaja merokok sekaligus dapat melindungi serta menyelamatkan umat Islam dalam negara kita daripada melakukan perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan dan kerosakan pada diri mereka sendiri.



Cadangan berkenaan juga selaras dengan keadaan semasa pada masa kini dalam negara kita yang memberi tumpuan terhadap usaha untuk memantapkan dan memperkasakan undang-undang syariah dan mahkamah syariah itu sendiri serta usaha mengurangkan jumlah perokok yang ada dalam negara kita.



Bagi umat Islam, isu merokok ini perlu dipandang berat kerana sudah wujud fatwa jelas mengenai isu rokok dalam negara kita.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang Kali Ke-37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995 yang lalu telah membincangkan isu mengenai “Hukum Merokok Dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk memutuskan bahawa “Merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”.



Berdasarkan fatwa yang telah oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan terbabit jelas menunjukkan bahawa fatwa pengharaman rokok telah lama dikeluarkan oleh majlis tersebut iaitu sudah lebih 20 tahun dan ia masih kekal sehingga sekarang.



Pengharaman rokok terbabit telah dibuat berdasarkan tiga sebab utama iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran wang, masa dan tenaga serta membawa kerugian kepada pengguna yang mengunanya.



Ini juga selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Walaupun terdapat pelbagai jenis kempen kesedaran yang dilihat telah diambil oleh pihak jabatan agama, masjid-masjid serta surau mengenai perkara ini, namun ia juga dilihat masih tidak efektif untuk mengekang masalah ketagihan merokok di kalangan umat Islam itu sendiri.



Lebih membimbangkan lagi ialah masalah merokok ini juga dilihat telah mula menular ke kalangan generasi muda yang masih bersekolah. Oleh itu, fatwa pengharaman terbabit perlu dijana sebagai satu peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi mengekang umat Islam daripada terus merokok dengan mempertimbangkan menjadikan merokok sebagai salah satu jenayah syariah.



Walaupun terdapat beberapa kesalahan syariah seperti berjudi, minum minuman yang memabukkan, pelacuran, khalwat, dan banyak lagi yang telah diperuntukkan, pada masa kini terdapat tiada seksyen khusus mengenai kesalahan merokok di bawah akta jenayah syariah negeri-negeri. Yang ada pun cuma Seksyen 15 yang memperuntukkan kesalahan bagi mereka yang “Tidak menghormati Bulan Ramadhan”.



Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] misalnya memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan- (a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.



Oleh yang demikian, adalah penting supaya satu seksyen khusus diperkenalkan bagi menjadikan tindakkan menghisapkan rokok serta bahan-bahan yang berkaitan dengan rokok sebagai satu kesalahan Syariah bagi memberi satu isyarat yang lebih jelas serta memberi satu peringatan kepada umat Islam dalam negara kita mengenai bahaya dan kesalahan untuk merokok.



Untuk menjadikan merokok itu sebagai salah satu kesalahan Syariah dalam negara kita mungkin akan mengambil masa yang lama kerana perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri seperti yang jelas termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maka terpulanglah kepada setiap kerajaan negeri dalam negara kita untuk mempertimbangkan cadangan terbabit dengan teliti.



Sumber: Astro Awani





IlyTrolak: "Apa pendapat para perokok???"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.