About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Penilaian Kepimpinan oleh Scherr dan Jensen

Scherr dan Jensen (2007), mengatakan bahawa kepimpinan boleh dinilai atau diterangkan dalam empat dimensi: skel, skop, keberkesanan dan nilai normatif.



Skel merujuk skel mengukur “the magnitude of the vision”. Contohnya, hasil yang akan dikeluarkan. Tidak kira sekecil mana visi hinggalah sebesar-besarnya visi, perbezaannya hanya terletak kepada saiz visi atau cabaran seseorang atau kumpulan memilih untuk diambil.



Skop pula, merujuk kepada ukuran “the magnitude of the effort”, yakni sumber-sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan hasil yang boleh “satisfy the vision”.



Keberkesanan pula merujuk kepada pengukuran keputusan sebenar bila dibandingkan hasil yang diharapkan, dan sumber sebenar diperlukan bagi menghasilkan keputusan tersebut.



Manakala nilai normatif pula adalah dapat diterima visi atau keputusan yang sepatutnya dihasilkan dan hasil sebenar telah dikeluarkan. Dengan kata lain, hasil sebenar yang dikeluarkan telah dicapai atau tidak.



Sumber: Scherr, A. L. dan Jensen, M. C. (2007). A New Model of Leadership. Harvard NOM Research Paper No. 06-10 dan Barbados Group Working Paper No.06-02.



IlyTrolak: "Pemimpin itu bukan hanya menilai, tetapi ia juga dinilai oleh pihak yang lebih atas, pihak luaran dan tidak lari juga dari individu dalam kawalannya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Jangan Panik Tujuh Ubat Penyakit Darah Tinggi Ditarik Balik

IPOH 30 Mac - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik apabila tujuh ubat losartan bagi rawatan penyakit darah tinggi telah ditarik balik serta digantung pendaftarannya bermula 7 Mac lalu.



Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, bahan yang terdapat dalam ubat losartan itu tidak mempunyai kesan jangka masa pendek, justeru mereka yang masih memilikinya hanya perlu memberhentikan pengambilan ubat berkenaan dan menyerahkan semula kepada pembekal.



Beliau berkata, ketika ini produk tersebut telah pun dikeluarkan dari pasaran Malaysia melainkan mereka yang memiliki stok lama ubat berkenaan.



“Jadi kalau sudah makan jangan panik. Apabila pendaftaran ubat itu ditarik balik ia tidak boleh lagi dijual dan mereka yang telah beli ubat berkenaan harus memulangkannya semula kepada pembekal bagi mendapatkan gantian untuk jenama lain.



“Ubat losartan ini mempunyai banyak jenama tetapi yang terlibat cuma beberapa jenama kerana tercemar dengan bahan tidak diingini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.



Boon Chye mengulas mengenai penarikan semula tujuh produk ubat-ubatan berkenaan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).



Tujuh produk tersebut ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg); LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg).



Turut digantung pendaftaran ialah produk Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide); Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA).



Menurut beliau, impuriti tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam tempoh jangka masa panjang. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Jangan panik??? Ubat ni ditarik balik sebab apa?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tujuh Produk Ubat Darah Tinggi Ditarik Balik

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan aktif losartan, bermula 7 Mac 2019.



Tujuh produk terbabit ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg); LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg); Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg).



Turut digantung pendaftaran ialah produk Losartas 100mgc Tablets (Losartan Potassium Tablets 100 Mg); TOZAAR PLUS LS 50/12.5mg Tablet (Losartan Potassium/ Hydrochlorothiazide); Tozaar 50mg Tablet (Losartan Potassium Tablets 50mg) dan Tozaar Tablets 100mg (Losartan Potassium Tablets 100 Mg).



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua syarikat terbabit sudah diarahkan untuk memanggil balik produk berkenaan dari pasaran tempatan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang insiden buruk berlaku.



“Sehubungan itu, pada masa ini, produk berkenaan sudah dikeluarkan daripada pasaran Malaysia kerana dikesan mengandungi losartan dengan sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India yang digantung status pendaftaran di Malaysia bermula 7 Mac 2019.



“Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati pengguna supaya menggunakan produk kesihatan yang berdaftar PKBD dan semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Dr Noor Hisham menegaskan tindakan tegas itu diambil selepas Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) mengeluarkan notis panggil balik ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif dikeluarkan syarikat Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-Nmethyl-4-aminobutyric acid (NMBA).





“Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi,” katanya.



Sumber: Berita Harian Online



IlyTrolak: "Susulan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan Singapora berkaitan penarikan ubatan tersenarai yang menjejaskan kesihatan 137,000 pesakit Darah Tinggi."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Felda Perjelas Pengurangan Bayaran Pinjaman Sara Hidup Peneroka

KUALA LUMPUR: Felda hari ini menjelaskan bahawa keputusan mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,000 sebulan tidak dapat dielakkan berdasarkan keadaan kewangan semasa Felda yang kritikal.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporatnya, Felda berkata, ia berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka.



Ia menarik perhatian bahawa sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka.



“Keutamaan Felda pada masa ini adalah untuk melunaskan tunggakan kepada kontraktor dan pembekal, terutamanya koperasi kepunyaan peneroka yang terlibat dengan kerja-kerja operasi sawit seperti angkut dan tuai.



“Jika pembayaran kepada kontraktor dan pembekal ini lewat, produktiviti kebun serta pendapatan peneroka akan terjejas,” kata kenyataan itu.



Menurutnya, institusi kepimpinan peneroka seperti Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) telah bersetuju bagi pelaksanaan penurunan kadar sara hidup kepada RM1,000 berdasarkan keupayaan kewangan Felda serta keputusan Lembaga Felda pada 13 Dis 2018.



“Dengan pengurangan ini, purata beban hutang peneroka bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat dikurangkan daripada RM99,000 kepada RM71,000 bagi setiap peneroka yang mengambil pinjaman ini,” kata Felda.



Katanya lagi, pengurangan jumlah hutang peneroka ini akan membantu mengurangkan komitmen peneroka untuk membayar balik hutang kepada Felda, iaitu daripada purata RM550 sebulan kepada RM390 sebulan.



Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam dilaporkan menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran berkenaan.



Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan akan membentangkan satu Kertas Putih Kelestarian Felda pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Mohd Radzi Md Jidin.



Kertas putih itu akan memperincikan beberapa perkara, termasuk perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang Felda serta isu-isu berkaitan hutang peneroka, katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.



Persidangan kali ini dijadual berlangsung selama 20 hari dari 11 Mac hingga 11 April ini. - BERNAMA via Free Malaysia Today





IlyTrolak: "Pinjaman Sara Hidup merupakan pinjaman, pembayarannya adalah selepas hasil diperolehi. Semua peneroka dan generasinya kena faham ia merupakan pinjaman"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

137,000 Pesakit Singapura Terjejas Akibat Ubat Tekanan Darah Tinggi Yang Ditarik Balik

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menarik balik tiga jenama ubat-ubatan bagi menangani masalah tekanan darah tinggi yang mengandungi bahan losartan.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (28 Mac), sekitar 137,000 pesakit di Singapura kini menggunakan tiga jenama ubat-ubatan tersebut.



Langkah itu diambil kerana ubat-ubatan itu didapati mengandungi jumlah noda nitrosamine, N-nitro-N-metil-4-asid aminobutirik (NMBA), yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan, menurut HSA hari ini (28 Mac).





Ubat-ubatan itu mengandungi bahan aktif kalium losartan, yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal Hetero Labs yang berpangkalan di India.



Produk-produk terjejas adalah pil 50mg dan 100mg berjenama Losartas, Losagen dan Hyperten yang masing-masing diedarkan oleh pembekal tempatan Apotheca Marketing, Medicell Pharmaceutical dan Goldplus Universal.





Preskripsi ubat Losartas diberikan di institusi-institusi jagaan kesihatan awam manakala Losartas, Losagen dan Hyperten diberikan di institusi jagaan kesihatan privet.



"Sekitar 137,000 pesakit di Singapura kini menggunakan tiga jenama ubat-ubatan losartan yang ditarik balik. Daripada jumlah itu, sekitar 130,000 pesakit diberikan Losartas di institusi jagaan kesihatan awam," menurut MOH.



HSA menasihati para pesakit supaya tidak menghentikan rawatan menggunakan ubat-ubatan itu kerana ia tiada risiko segera terhadap kesihatan mereka. Malah jika mereka berhenti menggunakan ubat-ubatan itu secara serta merta, ia mungkin meningkatkan risiko terhadap kesihatan mereka.





"Para pesakit dinasihati supaya terus mengambil ubat-ubatan itu sehingga para penyedia jagaan kesihatan masing-masing memberi arahan untuk berhenti mengambilnya ataupun memberikan ubat alternatif yang lebih sesuai.



"Para pesakit yang tidak pasti sama ada mereka mengambil produk yang terjejas dinasihati supaya menghubungi para penyedia jagaan kesihatan mereka," menurut MOH.



Pendedahan pada jumlah tinggi nitrosamine yang tinggi selama tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko penyakit barah.



Menurut HSA, sebahagian ubat-ubatan losartan juga ditarik balik di negara-negara asing sejak hujung Februari disebabkan oleh NMBA.



Lagi tujuh jenama ubat-ubatan losartan yang dipasarkan di Singapura tidak terjejas akibat penarikan balik itu.





Jumpa Doktor Bagi Ubat Alternatif, Menurut MOH



Institusi-institusi jagaan kesihatan awam akan menghubungi para pesakit mereka, menurut MOH.



Para pesakit yang dijadual bertemu para doktor sebelum 1 Julai dinasihati terus menghadiri temu janji itu kerana para doktor akan menasihati mereka tentang ubat-ubatan alternatif yang sesuai.



Mereka yang dijadual bertemu para doktor pada atau selepas 1 Julai pula akan dihubungi bagi berjumpa doktor atau mengadakan semakan perubatan, atau kedua-duanya sekali, dengan lebih awal.



Menurut MOH, sektor jagaan kesihatan awam juga sudah membuat lebih banyak tempahan bagi jenama losartan yang tidak terjejas. Bekalan tambahan itu akan tiba secara bertahap-tahap pada beberapa minggu akan datang.



Para pengimport juga akan memperuntukkan bekalan tambahan bagi para penyedia jagaan kesihatan privet.



"Bagi memastikan agar terdapat ubat-ubatan tekanan darah tinggi bagi para pesakit yang memerlukannya, pakar-pakar perubatan dinasihati supaya memberikan preskripsi selama sebulan.



"Ini memastikan agar para pesakit boleh mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan. Ini mungkin langkah yang akan diambil bagi tempoh enam bulan akan datang," menurut kementerian itu lagi.



Sumber: Berita Mediacorp



IlyTrolak: "Ubat ini pengeluaran pengilang dari mana? 137,000 pesakit terjejas kerana pengambilan ubat tersebut... Berapa peratus penyembuhan dari situasi terjejas tersebut?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

NGO FELDA Hilang Sabar

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.



Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto PH.">KUALA LUMPUR 27 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.



Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto PH.



Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, penurunan kadar bayaran pinjaman sara hidup adalah satu pengkhianatan kerana kadar yang ditetapkan sekarang adalah perjanjian antara peneroka dan pihak Felda sejak sekian lama.



“Masalah kedudukan kewa­ngan Felda bukan hujah yang sepatutnya mereka beri. Dengan sumber kewangan yang ada sekarang kami tidak nampak mengapa perlu kurangkan bayaran pinjaman sara hidup ini. Lembaga Pengarah Felda kena jawab.



“Dalam manifesto mereka kata setuju dengan perjanjian sedia ada maknanya mereka setuju kadar bayaran pinjaman sekarang malah berjanji akan tambah kadarnya. Tetapi kini lain yang terjadi apabila pengurusan tertinggi ambil keputusan untuk kurangkan.



“Selain itu, Kertas Putih yang akan dibentangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kelak tidak seharusnya hanya mendedahkan penyelewengan, tetapi warga Felda ingin melihat juga pelan dan tindakan segera pemulihan Felda menjelang PH memerintah sebagai kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Tambah Mazlan, beliau meng­ingatkan kerajaan PH untuk konsisten menunaikan janji mereka terutamanya kepada warga pene­roka yang menjadi satu penyumbang besar kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Jelas Mazlan, pihaknya tidak mahu pekeliling itu menambah beban peneroka yang pendapatan semakin berkurang dengan bayaran bantuan sara hidup bulanan yang sering tertunggak.



“Dalam PRU lalu buat pertama kali dalam sejarah 19 kawasan Felda memberi kemenangan kepada PH dengan harapan mereka dapat menikmati hidup lebih baik dengan kerajaan baharu, terutamanya anak-anak muda Felda yang inginkan perubahan.



“Sekiranya pembaharuan tidak dibuat dan situasi ini berkekalan sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), saya ingin nyatakan bahawa sokongan ini akan hilang dan lenyap apabila kerajaan gagal beri perubahan dengan apa yang berlaku pada waktu ini,” katanya.



Dalam pada itu, Mazlan turut menggesa kerajaan untuk mela­kukan rombakan besar-besaran terhadap struktur organisasi Felda dengan mengambil kira pelantikan melibatkan anak-anak warga Felda yang lebih memahami masalah sebenar Felda.



“Pelantikan pengurusan baharu dalam kalangan orang yang tiada roh Felda menjadi punca mengapa dasar-dasar yang ditetapkan menyimpang daripada objektif sebenar penubuhan Felda dan usaha kerajaan PH mereformasi Felda,” katanya.



Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Felda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu dan akan memberikan jawapan dalam masa terdekat.



Artikel Penuh: Utusan Melayu





IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kempen Keahlian KAF Trolak Utara

Pertubuhan Kami Anak Felda Trolak Utara atau dikenali sebagai KAFTU sedang mengadakan KEMPEN KEAHLIAN untuk mengumpul seramai mungkin ahli yang terdiri daripada semua generasi Felda Trolak Utara.



Jika anda merupakan anak, menantu, cucu atau cucu menantu, yang berumur 35 tahun dan ke atas, anda berkelayakan untuk memohon menjadi ahli KAFTU.



Sekiranya anda berumur di bawah 35 tahun, anda juga boleh bersama-sama KAF dengan menyertai Sahabat KAF.



Kepada anda yang berada di kawasan Felda Trolak Utara atau sekitarnya, anda boleh terus berhubung dengan Ahli Jawatankuasa Keahlian, Komunikasi dan Disiplin KAFTU seperti berikut:

En Nor Azlan Bahari : 016-3387848


Manakala jika anda di luar kawasan Felda Trolak Utara, anda masih boleh mendaftar keahlian dengan memuat-turun borang di link berikut:



Klik Sini Untuk Muat-Turun Borang






Borang yang telah diisi, sila hubungi Ahli Jawatankuasa Keahlian, Komunikasi dan Disiplin KAFTU untuk proses penghantaran.



Bayaran Yuran Keahlian KAFTU sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja) boleh dibuat terus ke akaun berikut:



Nama Bank:

RHB ISLAMIC BANK BERHAD



Nama Akaun:

KAF TROLAK UTARA



Nombor Akaun:

2580 7500 0097 52



Email:

kaftrolakutara@gmail.com


Selepas pembayaran dibuat, sila hantar maklumat berikut:

1. Nama:

2. No. KP:

3. No. HP:

4. Alamat di FTU:

5. Alamat Semasa:

6. Slip sebagai bukti pembayaran


kepada Bendahari KAFTU, Puan Hamiza binti Alias di talian 019-4104 349



Permohonan anda akan diproses setelah borang dan pembayaran yuran diterima.



Keterangan lanjut berkaitan KAFTU Klik Sini untuk Keterangan Lanjut Pertubuhan KAFTU



IlyTrolak: "Generasi FELDA menyambung bakti untuk FELDA"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.