KUALA LUMPUR: Felda hari ini menjelaskan bahawa keputusan mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,000 sebulan tidak dapat dielakkan berdasarkan keadaan kewangan semasa Felda yang kritikal.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporatnya, Felda berkata, ia berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka.
Ia menarik perhatian bahawa sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka.
“Keutamaan Felda pada masa ini adalah untuk melunaskan tunggakan kepada kontraktor dan pembekal, terutamanya koperasi kepunyaan peneroka yang terlibat dengan kerja-kerja operasi sawit seperti angkut dan tuai.
“Jika pembayaran kepada kontraktor dan pembekal ini lewat, produktiviti kebun serta pendapatan peneroka akan terjejas,” kata kenyataan itu.
Menurutnya, institusi kepimpinan peneroka seperti Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) telah bersetuju bagi pelaksanaan penurunan kadar sara hidup kepada RM1,000 berdasarkan keupayaan kewangan Felda serta keputusan Lembaga Felda pada 13 Dis 2018.
“Dengan pengurangan ini, purata beban hutang peneroka bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat dikurangkan daripada RM99,000 kepada RM71,000 bagi setiap peneroka yang mengambil pinjaman ini,” kata Felda.
Katanya lagi, pengurangan jumlah hutang peneroka ini akan membantu mengurangkan komitmen peneroka untuk membayar balik hutang kepada Felda, iaitu daripada purata RM550 sebulan kepada RM390 sebulan.
Majlis Permuafakatan NGO Felda semalam dilaporkan menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan akan membentangkan satu Kertas Putih Kelestarian Felda pada minggu terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Mohd Radzi Md Jidin.
Kertas putih itu akan memperincikan beberapa perkara, termasuk perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang Felda serta isu-isu berkaitan hutang peneroka, katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Persidangan kali ini dijadual berlangsung selama 20 hari dari 11 Mac hingga 11 April ini. - BERNAMA via Free Malaysia Today
IlyTrolak: "Pinjaman Sara Hidup merupakan pinjaman, pembayarannya adalah selepas hasil diperolehi. Semua peneroka dan generasinya kena faham ia merupakan pinjaman"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menarik balik tiga jenama ubat-ubatan bagi menangani masalah tekanan darah tinggi yang mengandungi bahan losartan.



KUALA LUMPUR 27 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.
Pertubuhan Kami Anak Felda Trolak Utara atau dikenali sebagai KAFTU sedang mengadakan KEMPEN KEAHLIAN untuk mengumpul seramai mungkin ahli yang terdiri daripada semua generasi Felda Trolak Utara.
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengenal pasti potensi pasaran baharu minyak sawit di negara-negara di rantau Afrika, Asia Tengah dan Asia Selatan dalam usaha memperkasa industri sawit Malaysia, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.
SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT YANG DISAMPAIKAN OLEH YB DR. MASZLEE BIN MALIK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI DEWAN RAKYAT PADA 26 MAC 2019
Hari bertukar hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti dan tahun menjelang tahun. Demikian masa berjalan dan berlalu dan kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal abadi tanpa mengira siapa kita, kematian menunggu kita dan hari akhirat pasti akan tiba. Dalam peredaran masa yang pantas ini, sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1440 Hijrah.




