KUALA LUMPUR 27 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto PH.">KUALA LUMPUR 27 Mac - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Felda meluahkan rasa kecewa, malah hilang sabar setelah 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak membawa sebarang pelan rancangan pemulihan Felda, sebaliknya bayaran pinjaman sara hidup pula diturunkan.
Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik balik pekeliling mengenai penurunan bayaran pinjaman sara hidup yang didakwa bercanggah dengan janji manifesto PH.
Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata, penurunan kadar bayaran pinjaman sara hidup adalah satu pengkhianatan kerana kadar yang ditetapkan sekarang adalah perjanjian antara peneroka dan pihak Felda sejak sekian lama.
“Masalah kedudukan kewangan Felda bukan hujah yang sepatutnya mereka beri. Dengan sumber kewangan yang ada sekarang kami tidak nampak mengapa perlu kurangkan bayaran pinjaman sara hidup ini. Lembaga Pengarah Felda kena jawab.
“Dalam manifesto mereka kata setuju dengan perjanjian sedia ada maknanya mereka setuju kadar bayaran pinjaman sekarang malah berjanji akan tambah kadarnya. Tetapi kini lain yang terjadi apabila pengurusan tertinggi ambil keputusan untuk kurangkan.
“Selain itu, Kertas Putih yang akan dibentangkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kelak tidak seharusnya hanya mendedahkan penyelewengan, tetapi warga Felda ingin melihat juga pelan dan tindakan segera pemulihan Felda menjelang PH memerintah sebagai kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mazlan, beliau mengingatkan kerajaan PH untuk konsisten menunaikan janji mereka terutamanya kepada warga peneroka yang menjadi satu penyumbang besar kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Jelas Mazlan, pihaknya tidak mahu pekeliling itu menambah beban peneroka yang pendapatan semakin berkurang dengan bayaran bantuan sara hidup bulanan yang sering tertunggak.
“Dalam PRU lalu buat pertama kali dalam sejarah 19 kawasan Felda memberi kemenangan kepada PH dengan harapan mereka dapat menikmati hidup lebih baik dengan kerajaan baharu, terutamanya anak-anak muda Felda yang inginkan perubahan.
“Sekiranya pembaharuan tidak dibuat dan situasi ini berkekalan sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), saya ingin nyatakan bahawa sokongan ini akan hilang dan lenyap apabila kerajaan gagal beri perubahan dengan apa yang berlaku pada waktu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mazlan turut menggesa kerajaan untuk melakukan rombakan besar-besaran terhadap struktur organisasi Felda dengan mengambil kira pelantikan melibatkan anak-anak warga Felda yang lebih memahami masalah sebenar Felda.
“Pelantikan pengurusan baharu dalam kalangan orang yang tiada roh Felda menjadi punca mengapa dasar-dasar yang ditetapkan menyimpang daripada objektif sebenar penubuhan Felda dan usaha kerajaan PH mereformasi Felda,” katanya.
Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Felda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu dan akan memberikan jawapan dalam masa terdekat.
Artikel Penuh: Utusan Melayu
IlyTrolak: "Text Here"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Pertubuhan Kami Anak Felda Trolak Utara atau dikenali sebagai KAFTU sedang mengadakan KEMPEN KEAHLIAN untuk mengumpul seramai mungkin ahli yang terdiri daripada semua generasi Felda Trolak Utara.
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengenal pasti potensi pasaran baharu minyak sawit di negara-negara di rantau Afrika, Asia Tengah dan Asia Selatan dalam usaha memperkasa industri sawit Malaysia, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.
SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT YANG DISAMPAIKAN OLEH YB DR. MASZLEE BIN MALIK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI DEWAN RAKYAT PADA 26 MAC 2019
Hari bertukar hari, minggu berganti minggu, bulan silih berganti dan tahun menjelang tahun. Demikian masa berjalan dan berlalu dan kita sedang mengembara menuju matlamat terakhir yang kekal abadi tanpa mengira siapa kita, kematian menunggu kita dan hari akhirat pasti akan tiba. Dalam peredaran masa yang pantas ini, sekarang kita telah berada dalam bulan Rejab 1440 Hijrah.
Sambutan Hari Guru Malaysia akan disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun. Berbeza dengan sambutan Hari Guru Sedunia yang disambut pada 5 Oktober pada setiap tahun.

Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Malaysia telah ditubuhkan atas idea seorang anak peneroka Felda iaitu Encik Anuar Malik, Timbalan Pengarah Besar Bahagian Pembangunan Komuniti Felda pada awal Tahun 2015.






