About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Perhimpunan Mingguan Sekolah Perlu Kreatif, Dinamik - Maszlee

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

azrone@bh.com.my




KUALA LUMPUR: Perhimpunan mingguan secara konvensional di sekolah akan ditambah nilai dengan memfokuskan budaya kreatif, inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar.



Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian perkembangan semasa.



Sehubungan itu katanya, Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dibangunkan Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Ilmu Khas sejak Januari 2017 akan dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara secara berperingkat.



“Modul ini memperkasakan lagi komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).



“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan bersifat sehala perlu diubah serta-merta kerana ia membosankan pelajar,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Kampus Ilmu Khas di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, di sini hari ini.



Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Sulaiman Wak; Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Dr Rusmini Ku Ahmad dan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Suhaimi Mohamed Ali.



Dr Maszlee berkata, IPG Kampus Ilmu Khas yang juga Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir ialah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yang dilaksanakan M10MP supaya perhimpunan mingguan ​​​​​​​sekolah lebih ceria dengan memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dalam waktu yang singkat.



Selain itu katanya, ia turut mengetengahkan elemen KBAT, kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yang digabung secara komprehensif dalam perhimpunan itu.



Katanya, pada 2017, M10MP memperkenalkan elemen KBAT manakala pentaksiran​​​​​​​ berasaskan sekolah ​​​​​​​ialah elemen yang ditambah baik pada tahun lalu.



“Tahun ini pula, modul ini difokuskan kepada elemen nilai yang membentuk karektor murid.



“Kita terapkan amalan dalam aplikasi M10MP ini dalam menyediakan pelajar ke arah Revolusi Industri 4.0,” katanya.





FAKTA



- 42 aktiviti M10MP dilaksanakan setahun

- 13 pensyarah bangunkan modul M10MP



Sumber; BH Online » BERITA » Nasional



IlyTrolak: "Penglibatan murid yang lebih meluas dalam perhimpunan rasmi"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

UPU Online Untuk Kemasukan Tahun 2019

Permohonan UPU Online akan dibuka pada 25 Februari bermula pukul 12 tengah hari. Permohonan boleh dibuat di laman rasmi UPU di alamat http://upu.moe.gov.my. Permohonan akan ditutup pada 11.59 malam, 2 April 2019.



Program Lepasan SPM/Setaraf



Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia dan



Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.



Program Pengajian UA dan Politeknik Premier



Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

Semua program pengajian di UiTM;

Asasi UIAM;

Asasi Sains UM;

Asasi UNIMAS;

Asasi UMS; dan

Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

Asasi Pengajian Islam UM;

Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;

Tahmidi USIM;

Asasi UKM, UUM; dan

Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier





Program Lepasan STPM/Setaraf



Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:



Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.



Kelayakan



i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)



Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;



DAN



ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)



Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau



iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)



Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau



iv. MATRIKULASI / ASASI



Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;



DAN



v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.









IlyTrolak: "Jom Isu UPU!!!"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Sayembara Baca & Kongsi @PBAKL2019

Perhatian kepada pelajar sekolah RENDAH & MENENGAH!



SAYEMBARA BACA & KONGSI KEMBALI LAGI!



ANDA ADA MEMBACA BUKU DAN INGIN BERKONGSI MENGENAI BUKU YANG TELAH DIBACA?



Kami ingin mengundang anda yang berminat menyertai sayembara untuk menghasilkan Klip Rakaman Video (berdurasi maksimum 3 minit) dalam “Sayembara Baca&Kongsi @PBAKL2019”



Hadiah yang menarik menanti anda!



Maklumat lanjut sila rujuk https://klibf.my/index.php?url=blog&id=25







#sayembarabacadankongsi

#pbakl2019

#MalaysiaMembaca



IlyTrolak: "Serlahkan bakat murid-murid"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2019

Cikgu berminat untuk menulis dan belajar sehingga karya diterbitkan?



Jom sertai Bengkel Tulis Kisah Hidup yang akan berlangsung semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019!



Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim DG).



* Fokus topik utama: Kisah Hidup

* Belajar susun bab demi bab

* Bina selingan supaya bab kurang menarik tidak jemu dibaca.

* Cipta folder kisah supaya penulisan terus bersambung, tidak tersekat-sekat.

* Dibimbing menulis secara visual. Kurangkan teks naratif.



Jangan tunggu lagi...masih ada peluang untuk terbitkan buku anda!



Peserta akan dibimbing oleh Puan Sri Diah Shaharuddin yang telah berjaya mengendali dan menerbitkan 'Antologi Kembar 10' karya peserta seluruh Malaysia.



Tarikh: 6 April 2019 (Sabtu)

Lokasi: Bilik Selangor, PWTC

Yuran RM150 sahaja



Pendaftaran boleh dibuat di: http://gg.gg/kisahhiduppg2019



Pendaftaran berserta bukti bayaran sebelum 26 Februari 2019.



Oleh kerana tempat adalah terhad kepada 30 sahaja. Penerimaan sebagai peserta bersama-sama pembayaran adalah 'on a first come, first served basis'.



Semua perbelanjaan menghadiri bengkel ini adalah di bawah tanggungan peserta masing-masing.



Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke kisahhiduppg@gmail.com







IlyTrolak: "Mengorak langkah untuk mengkreatifkan warga KPM"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ziarah Cakna Kukuh Hubungan Sekolah, Ibubapa dan Pelajar

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

irwansha@nstp.com.my



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara bermula Ahad ini bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata amalan ziarah guru ke rumah pelajar terpilih untuk menyantuni golongan ibu bapa atau penjaga mereka akan dijalankan sepanjang tahun ini.



"Sebelum ini, program ziarah seperti ini bukan teras dan pihak sekolah selalunya menziarahi rumah pelajar bermasalah tetapi dalam konteks baharu, kita mahu mengetengahkan nilai saling hormat serta budaya kasih sayang.



"Oleh itu, bukan pelajar bermasalah saja diziarah tetapi kita ziarah atas dasar berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Amin berkata, program Ziarah Cakna akan menjadi pentas bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan pelajar, memahami latar belakang keluarga mereka dan berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.



Beliau berkata, program berkenaan akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada mereka.



“Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan pelajar," katanya.



Tambah beliau, majlis pelancaran Program Ziarah Cakna Ahad ini akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di Kluang, Johor dan akan digerakkan secara rasmi di enam lokasi lain.



“Lokasi itu adalah Langkawi, Kedah; Pasir Mas, Kelantan; Kulai, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Hulu Langat, Selangor," katanya. - BH Online



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kurikulum Sekolah Akan Diubah???

Terkejut dengan "statement" yang diberikan melalui beberapa media massa dan media sosial berkaitan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar. Jom lihat beritanya di sini iaitu di Kosmo dan Berita Awani





Apa yang dinyatakan oleh Tun M ialah:

- Sekolah Kebangsaan hanya memberi tumpuan kepada subjek agama.

- Belajar agama hanya akan menjadi ulamak sahaja.

- Belajar agama tidak akan mahir perkara lain.

- Belajar agama tidak dapat bekerja.

- Belajar agama tidak akan memajukan negara.

- Bahasa Inggeris dipuja-puja.

- Bahasa Inggeris boleh memajukan diri dan negara.



Berkeputusan tersebut, maka kerajaan bercadang untuk mengubah kurikulum pendidikan sekali lagi.







Rasanya sejak kebelakang ini, kerap benar berlaku perubahan berkaitan kurikulum. Penyemakan terkini yang berlaku pada tahun 2017, merupakan pengemaskinian dan pemantapan terhadap kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digelar KSSR Semakan 2017. Baru sahaja selesai penyemakan untuk KSSR Semakan 2017 untuk Tahun 3, kerajaan Malaysia Baru hendak mengubah kurikulum lagi.



Dalam penelitian untuk KSSR Semakan 2017, subjek Pendidikan Islam hanya mempunyai 96 jam masa setahun berbanding jumlah jam setahun untuk keseluruhan mata pelajaran. Pengagihan untuk tempoh 32 minggu bagi setahun guru-guru Pendidikan Islam hanya mengajar 3 jam untuk seminggu bagi satu-satu kelas. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtiasas KSSR Semakan bertarikh 02 November 2016.



Kenyataan seolah-olah menyatakan sekolah kebangsaan sekarang hanya memberi tumpuan kepada subjek agama. Mengapa PM Tun M menyatakan begitu? Subjek agama hanya lebih kurang 96 jam setahun berbanding jumlah jam keseluruhan jam setahun mata pelajaran iaitu 752 jam setahun untuk tahap 1 dan 800 jam setahun untuk tahap 2. Masih berbaki 656 jam setahun untuk tahap 1 dan 704 jam setahun untuk tahap 2.



Berdasarkan kepada peratusan pula, mata pelajaran agama hanya 12.8% sahaja daripada peratus keseluruhan mata pelajaran untuk tahap 1, dan 12% untuk tahap 2. Peratus tersebut juga memperlihatkan betapa kecilnya peratus masa mengajar untuk menyampaikan ilmu agama tersebut.



Jika dilihat kepada mata pelajaran bahasa Inggeris,yang memperuntukan masa mengajar sebanyak 160 jam setahun untuk kedua-dua tahap. Mengikut peratusan peruntukan masanya pula ialah 21.3% untuk tahap 1 dan 20% untuk tahap 2. Peratusan yang lebih besar berbandingan mata pelajaran agama.



Jika diagihkan peruntukan masa jam setahun dengan bilangan minggu standard iaitu 32 minggu, guru-guru bahasa Inggeris dapat meluangkan masa sebanyak 5 jam bersama-sama untuk satu-satu minggu. Ini bermakna masa guru bahasa Inggeris lebih lama bersama-sama murid berbanding guru agama untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan.



Dimanakah kajian yang diambil oleh Tun M yang menyatakan sekolah kebangsaan menumpukan hanya subjek agama?



Pandangan Tun M berkaitan hala tuju murid yang belajar agama juga dirasakan kurang bertepatan. Penekanan Tun M kepada sekolah kebangsaan juga adalah kurang tepat.



Hasrat untuk mengubah kurikulum ini bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Suatu kajian yang terperinci dan mendalam perlu dibuat. Kajian kurikulum perlu sejajar dan menjurus kepada kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Jangan lagi, dilaksanakan perubahan ini, selagi dapatan kajian yang benar-benar signifikan dapat dikemukakan, dikuatiri murid-murid sekolah ini akan menjadi mangsa kepada kajian, sebagaimana yang berlaku pada beberapa program dan perubahan yang berlaku sebelum ini.



IlyTrolak: "Adakah sistem pendidikan ini sebagai makmal ujikaji semata-mata?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Markisa dari Port Dickson

Semasa membuat lawatan di Ostrich Farm di Port Dickson pada 18 Disember 2018 lalu, terasa tak berbaloi dengan bayaran tiket yang dikenakan berbanding pameran dan perkhidmatan yang disediakan. Terasa sedikit kekecewaan semasa berada di situ, tetapi untuk memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak, dilayani juga. Selain melihat Ostrich dan haiwan-haiwan lain yang terdapat dalam di situ, kita hanya boleh memberi makan, haiwan-haiwan yang terdapat dalam kawasan tersebut. Aku rasa, aku sekeluarga telah membantu penjaga kawasan tersebut untuk memberi makan kepada ternakan mereka. Makanan untuk ternakan tersebut juga disediakan dengan bayaran RM 6.00 (bayar lagi...).



Bila terasa sedikit kebosanan dalam kawasan tersebut, mata ini mula mencari sesuatu kelainan. Melilau mata mencerap segala yang terdapat dalam kawasan. Tiba-tiba mata tertumpu satu tumbuhan yang sarat menjalar yang menjadi bumbung lorong yang dilalui. Pada perkiraan hati tentulah mudah dijangka ia adalah pokok markisa. Tapi...



Apabila melihat kepada buahnya agak berbeza. Pada kebiasaan penglihatan aku, buah markisa berupa bulat dan licin, tetapi kali ini berbeza. Cuma, pokoknya sahaja yang sama. Mulalah pencarian maklumat, kebetulan seorang pekerja Bangla melalui kawasan tersebut, terus ku sapa dan ditanya. Jawapannya MARKISA... Oleh kerana sifat negatif yang ada, aku kurang percaya, pertanyaan berulang beberapa kali, namun jawapan tetap sama. Pekerja Bangla yang macam tumpul jawapan untuk aku, melaung kepada rakannya seorang Melayu yang ada tidak jauh dengan tempat kami berdiri. Pekerja Melayu berlari anak ke tempat kami dan aku ulangi pertanyaan yang sama. Jawapan yang diterima agak meyakinkan iaitu Markisa Besar atau Markisa Granadilla.



Jawapan yang diberikan menarik minat untuk mengetahui lebih lanjut, pekerja Melayu menerangkan serba serbi tentang Markisa Besar. Akhirnya oleh kerana penerangannya menarik, aku berminat untuk mendapatkannya. Pekerja Melayu menyatakan bahawa tempat tersebut ada menjual tetapi harganya agak tinggi. Aku berhasrat untuk mencari di tempat lain.



Ketika memanaskan enjin kereta dan sedang layani pos-pos dalam aplikasi Whatsapp, aku didatangi pekerja Melayu dan menyerahkan keratan pokok Markisa Besar. "Nah, abang balik dan cucuk sahaja di tanah, ia mudah hidup bang..." rasa terkejut kecil tetapi gembira dengan cenderahati yang dihulurkan pada aku. Aku bertanyakan harganya... tetapi ia menolak. Aku hanya dapat mengucapkan terima kasih.



Oleh sebab menghargai pemberian tersebut, ikhtiar untuk menghidup pokok dicari sebab perjalanan ini masih panjang. Aku sekeluarga berhasrat untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Beberapa hari di Melaka mungkin akan membuat keratan pokok akan layu, berkemungkinan akan mati. Timbul idea untuk memastikan pokok terus hidup. Botol minuman yang telah habis airnya diminum, aku cuci dan diisi dengan air sehingga penuh. Aku masukkan bahagian bawah pokok berendam dalam air.



Setelah 3 hari di Melaka, malamnya aku pulang, keratan pokok masih segar hidup. Tiba di Sungkai, Perak hampir pukul 3.30 pagi, keratan pokok ku letakkan dalam rumah. Esoknya ku ubah dalam bekas yang lebih sesuai.


Seusai menanam, mula pencarian mendapatkan informasi berkaitan MARKISA. Kemudahan siber yang ada memudahkan pencarian dan hasil carian memberi banyak ilmu berkaitan buah markisa.



Pokok Markisa atau nama saintifiknya "Passiflora edulis" atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.



Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).



Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.



Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.



Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.



Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



11 Manfaat Buah Markisa



Meningkatkan imuniti badan

Buah markisa kaya dengan vitamin C dan zat antioksidam, dengan memakannya bermanfaat untuk meningkatkan imuniti atau sistem kekebalan tubuh. Setiap 100 gram markisa mengandung 30 miligram vitamin C.



Mencegah kanser

Kandungan polifenol, zat antioksidan, dan karotenoid di dalam buah markisa akan meningkatkan aktiviti anti karsinogenik dan menghalang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh, khususnya kanser paru-paru dan kanser mulut.



Menyembuhkan insomnia

Tahukah kamu bahawa meminum segelas jus buah markisa asli berkesan menenangkan fikiran? Itulah sebabnya minuman ini bermanfaat untuk menyembuhkan insomnia.



Menyihatkan mata

Buah markisa mengandung vitamin A yang menfaat untuk kesihatan mata, membantu mencegah katarak, rabun senja, dan degenerasi makula atau age-related macular degeneration (AMD/ARMD).



Memelihara sistem pencernaan

Markisa begitu tinggi serat sehingga sangat baik untuk memelihara kesihatan pencernaan dan menjaga usus tetap bersih. Buah ini juga bersifat julab yang akan membuat sistem pencernaanmu tetap bersih dan sihat.



Mengurangi tekanan darah

Kandungan potasium di dalam buah markisa bertindak sebagai vasodilator. Hal ini bererti penggunaan markisa akan menurunkan tekanan darah, mendorong kesihatan jantung, dan meningkatkan aliran darah.



Mengu bati asma

Selain berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh, vitamin C di dalam buah markisa membantu meringankan gejala asma dan menenangkan serangan asma.



Menguatkan tulang

Kandungan mineral seperti tembaga, besi, fosfor, dan magnesium di dalam markisa bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang.



Menyokong kesihatan jantung

Kandungan flavonoid dan asam fenolik di dalam markisa membantu melindungi jantung dengan cara mengendalikan kolesterol jahat dan menyihatkan arteri.



Menurunkan berat badan

Setiap 100 gram markisa mengandung 97 kalori. Buah ini juga rendah sodium namun tinggi serat sehingga boleh mengurangkan nafsu makan. Oleh itu markisa bermanfaat untuk menurunkan berat badan.



Merawat diabetes

Makan markisa bermanfaat untuk menjaga kadar insulin dan menstabilkan gula darah seterusnya berguna untuk merawat diabetes.



Sumber:

Wikipedia

Merdeka



IlyTrolak: "Semoga markisa ini dapat membesar dengan subur"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.