About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ziarah Cakna Kukuh Hubungan Sekolah, Ibubapa dan Pelajar

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

irwansha@nstp.com.my



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara bermula Ahad ini bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata amalan ziarah guru ke rumah pelajar terpilih untuk menyantuni golongan ibu bapa atau penjaga mereka akan dijalankan sepanjang tahun ini.



"Sebelum ini, program ziarah seperti ini bukan teras dan pihak sekolah selalunya menziarahi rumah pelajar bermasalah tetapi dalam konteks baharu, kita mahu mengetengahkan nilai saling hormat serta budaya kasih sayang.



"Oleh itu, bukan pelajar bermasalah saja diziarah tetapi kita ziarah atas dasar berterima kasih dan menghormati ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang termasuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Amin berkata, program Ziarah Cakna akan menjadi pentas bagi guru dan ibu bapa berkongsi perkembangan menyeluruh berkaitan pelajar, memahami latar belakang keluarga mereka dan berkongsi pandangan bagi memastikan kemenjadian murid.



Beliau berkata, program berkenaan akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan kepada mereka.



“Maklumat seperti ini amat penting dihayati dalam membina asas bagi meningkatkan pembangunan diri, sahsiah dan kecemerlangan pelajar," katanya.



Tambah beliau, majlis pelancaran Program Ziarah Cakna Ahad ini akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, di Kluang, Johor dan akan digerakkan secara rasmi di enam lokasi lain.



“Lokasi itu adalah Langkawi, Kedah; Pasir Mas, Kelantan; Kulai, Johor; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Hulu Langat, Selangor," katanya. - BH Online



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kurikulum Sekolah Akan Diubah???

Terkejut dengan "statement" yang diberikan melalui beberapa media massa dan media sosial berkaitan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar. Jom lihat beritanya di sini iaitu di Kosmo dan Berita Awani





Apa yang dinyatakan oleh Tun M ialah:

- Sekolah Kebangsaan hanya memberi tumpuan kepada subjek agama.

- Belajar agama hanya akan menjadi ulamak sahaja.

- Belajar agama tidak akan mahir perkara lain.

- Belajar agama tidak dapat bekerja.

- Belajar agama tidak akan memajukan negara.

- Bahasa Inggeris dipuja-puja.

- Bahasa Inggeris boleh memajukan diri dan negara.



Berkeputusan tersebut, maka kerajaan bercadang untuk mengubah kurikulum pendidikan sekali lagi.







Rasanya sejak kebelakang ini, kerap benar berlaku perubahan berkaitan kurikulum. Penyemakan terkini yang berlaku pada tahun 2017, merupakan pengemaskinian dan pemantapan terhadap kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digelar KSSR Semakan 2017. Baru sahaja selesai penyemakan untuk KSSR Semakan 2017 untuk Tahun 3, kerajaan Malaysia Baru hendak mengubah kurikulum lagi.



Dalam penelitian untuk KSSR Semakan 2017, subjek Pendidikan Islam hanya mempunyai 96 jam masa setahun berbanding jumlah jam setahun untuk keseluruhan mata pelajaran. Pengagihan untuk tempoh 32 minggu bagi setahun guru-guru Pendidikan Islam hanya mengajar 3 jam untuk seminggu bagi satu-satu kelas. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtiasas KSSR Semakan bertarikh 02 November 2016.



Kenyataan seolah-olah menyatakan sekolah kebangsaan sekarang hanya memberi tumpuan kepada subjek agama. Mengapa PM Tun M menyatakan begitu? Subjek agama hanya lebih kurang 96 jam setahun berbanding jumlah jam keseluruhan jam setahun mata pelajaran iaitu 752 jam setahun untuk tahap 1 dan 800 jam setahun untuk tahap 2. Masih berbaki 656 jam setahun untuk tahap 1 dan 704 jam setahun untuk tahap 2.



Berdasarkan kepada peratusan pula, mata pelajaran agama hanya 12.8% sahaja daripada peratus keseluruhan mata pelajaran untuk tahap 1, dan 12% untuk tahap 2. Peratus tersebut juga memperlihatkan betapa kecilnya peratus masa mengajar untuk menyampaikan ilmu agama tersebut.



Jika dilihat kepada mata pelajaran bahasa Inggeris,yang memperuntukan masa mengajar sebanyak 160 jam setahun untuk kedua-dua tahap. Mengikut peratusan peruntukan masanya pula ialah 21.3% untuk tahap 1 dan 20% untuk tahap 2. Peratusan yang lebih besar berbandingan mata pelajaran agama.



Jika diagihkan peruntukan masa jam setahun dengan bilangan minggu standard iaitu 32 minggu, guru-guru bahasa Inggeris dapat meluangkan masa sebanyak 5 jam bersama-sama untuk satu-satu minggu. Ini bermakna masa guru bahasa Inggeris lebih lama bersama-sama murid berbanding guru agama untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan.



Dimanakah kajian yang diambil oleh Tun M yang menyatakan sekolah kebangsaan menumpukan hanya subjek agama?



Pandangan Tun M berkaitan hala tuju murid yang belajar agama juga dirasakan kurang bertepatan. Penekanan Tun M kepada sekolah kebangsaan juga adalah kurang tepat.



Hasrat untuk mengubah kurikulum ini bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Suatu kajian yang terperinci dan mendalam perlu dibuat. Kajian kurikulum perlu sejajar dan menjurus kepada kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Jangan lagi, dilaksanakan perubahan ini, selagi dapatan kajian yang benar-benar signifikan dapat dikemukakan, dikuatiri murid-murid sekolah ini akan menjadi mangsa kepada kajian, sebagaimana yang berlaku pada beberapa program dan perubahan yang berlaku sebelum ini.



IlyTrolak: "Adakah sistem pendidikan ini sebagai makmal ujikaji semata-mata?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Markisa dari Port Dickson

Semasa membuat lawatan di Ostrich Farm di Port Dickson pada 18 Disember 2018 lalu, terasa tak berbaloi dengan bayaran tiket yang dikenakan berbanding pameran dan perkhidmatan yang disediakan. Terasa sedikit kekecewaan semasa berada di situ, tetapi untuk memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak, dilayani juga. Selain melihat Ostrich dan haiwan-haiwan lain yang terdapat dalam di situ, kita hanya boleh memberi makan, haiwan-haiwan yang terdapat dalam kawasan tersebut. Aku rasa, aku sekeluarga telah membantu penjaga kawasan tersebut untuk memberi makan kepada ternakan mereka. Makanan untuk ternakan tersebut juga disediakan dengan bayaran RM 6.00 (bayar lagi...).



Bila terasa sedikit kebosanan dalam kawasan tersebut, mata ini mula mencari sesuatu kelainan. Melilau mata mencerap segala yang terdapat dalam kawasan. Tiba-tiba mata tertumpu satu tumbuhan yang sarat menjalar yang menjadi bumbung lorong yang dilalui. Pada perkiraan hati tentulah mudah dijangka ia adalah pokok markisa. Tapi...



Apabila melihat kepada buahnya agak berbeza. Pada kebiasaan penglihatan aku, buah markisa berupa bulat dan licin, tetapi kali ini berbeza. Cuma, pokoknya sahaja yang sama. Mulalah pencarian maklumat, kebetulan seorang pekerja Bangla melalui kawasan tersebut, terus ku sapa dan ditanya. Jawapannya MARKISA... Oleh kerana sifat negatif yang ada, aku kurang percaya, pertanyaan berulang beberapa kali, namun jawapan tetap sama. Pekerja Bangla yang macam tumpul jawapan untuk aku, melaung kepada rakannya seorang Melayu yang ada tidak jauh dengan tempat kami berdiri. Pekerja Melayu berlari anak ke tempat kami dan aku ulangi pertanyaan yang sama. Jawapan yang diterima agak meyakinkan iaitu Markisa Besar atau Markisa Granadilla.



Jawapan yang diberikan menarik minat untuk mengetahui lebih lanjut, pekerja Melayu menerangkan serba serbi tentang Markisa Besar. Akhirnya oleh kerana penerangannya menarik, aku berminat untuk mendapatkannya. Pekerja Melayu menyatakan bahawa tempat tersebut ada menjual tetapi harganya agak tinggi. Aku berhasrat untuk mencari di tempat lain.



Ketika memanaskan enjin kereta dan sedang layani pos-pos dalam aplikasi Whatsapp, aku didatangi pekerja Melayu dan menyerahkan keratan pokok Markisa Besar. "Nah, abang balik dan cucuk sahaja di tanah, ia mudah hidup bang..." rasa terkejut kecil tetapi gembira dengan cenderahati yang dihulurkan pada aku. Aku bertanyakan harganya... tetapi ia menolak. Aku hanya dapat mengucapkan terima kasih.



Oleh sebab menghargai pemberian tersebut, ikhtiar untuk menghidup pokok dicari sebab perjalanan ini masih panjang. Aku sekeluarga berhasrat untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Beberapa hari di Melaka mungkin akan membuat keratan pokok akan layu, berkemungkinan akan mati. Timbul idea untuk memastikan pokok terus hidup. Botol minuman yang telah habis airnya diminum, aku cuci dan diisi dengan air sehingga penuh. Aku masukkan bahagian bawah pokok berendam dalam air.



Setelah 3 hari di Melaka, malamnya aku pulang, keratan pokok masih segar hidup. Tiba di Sungkai, Perak hampir pukul 3.30 pagi, keratan pokok ku letakkan dalam rumah. Esoknya ku ubah dalam bekas yang lebih sesuai.


Seusai menanam, mula pencarian mendapatkan informasi berkaitan MARKISA. Kemudahan siber yang ada memudahkan pencarian dan hasil carian memberi banyak ilmu berkaitan buah markisa.



Pokok Markisa atau nama saintifiknya "Passiflora edulis" atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.



Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).



Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.



Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.



Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.



Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



11 Manfaat Buah Markisa



Meningkatkan imuniti badan

Buah markisa kaya dengan vitamin C dan zat antioksidam, dengan memakannya bermanfaat untuk meningkatkan imuniti atau sistem kekebalan tubuh. Setiap 100 gram markisa mengandung 30 miligram vitamin C.



Mencegah kanser

Kandungan polifenol, zat antioksidan, dan karotenoid di dalam buah markisa akan meningkatkan aktiviti anti karsinogenik dan menghalang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh, khususnya kanser paru-paru dan kanser mulut.



Menyembuhkan insomnia

Tahukah kamu bahawa meminum segelas jus buah markisa asli berkesan menenangkan fikiran? Itulah sebabnya minuman ini bermanfaat untuk menyembuhkan insomnia.



Menyihatkan mata

Buah markisa mengandung vitamin A yang menfaat untuk kesihatan mata, membantu mencegah katarak, rabun senja, dan degenerasi makula atau age-related macular degeneration (AMD/ARMD).



Memelihara sistem pencernaan

Markisa begitu tinggi serat sehingga sangat baik untuk memelihara kesihatan pencernaan dan menjaga usus tetap bersih. Buah ini juga bersifat julab yang akan membuat sistem pencernaanmu tetap bersih dan sihat.



Mengurangi tekanan darah

Kandungan potasium di dalam buah markisa bertindak sebagai vasodilator. Hal ini bererti penggunaan markisa akan menurunkan tekanan darah, mendorong kesihatan jantung, dan meningkatkan aliran darah.



Mengu bati asma

Selain berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh, vitamin C di dalam buah markisa membantu meringankan gejala asma dan menenangkan serangan asma.



Menguatkan tulang

Kandungan mineral seperti tembaga, besi, fosfor, dan magnesium di dalam markisa bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang.



Menyokong kesihatan jantung

Kandungan flavonoid dan asam fenolik di dalam markisa membantu melindungi jantung dengan cara mengendalikan kolesterol jahat dan menyihatkan arteri.



Menurunkan berat badan

Setiap 100 gram markisa mengandung 97 kalori. Buah ini juga rendah sodium namun tinggi serat sehingga boleh mengurangkan nafsu makan. Oleh itu markisa bermanfaat untuk menurunkan berat badan.



Merawat diabetes

Makan markisa bermanfaat untuk menjaga kadar insulin dan menstabilkan gula darah seterusnya berguna untuk merawat diabetes.



Sumber:

Wikipedia

Merdeka



IlyTrolak: "Semoga markisa ini dapat membesar dengan subur"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bukan Bercakap Kerana Ingin Menentang Kerajaan

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sebarang kenyataan dibuat olehnya bukan kerana ingin menentang kerajaan, sebaliknya meletakkan kepentingan negara dalam dirinya.



Beliau berkata, adalah polisi di negeri ini untuk menyokong sesiapa sahaja yang mentadbir negara tetapi berharap setiap perkara yang berlaku tidak dilihat secara remeh.



"Biar saya jelaskan di sini bahawa saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah berlaku.



"Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu," katanya menerusi satu catatan dalam Facebook (FB) rasminya, malam tadi.



Menurut catatan FB itu, TMJ turut menyentuh tindakan penulis yang menyatakan beliau 'tersesat dalam kancah arena politik' yang akan meletakkannya dan keluarga sendiri dalam risiko menjadi mangsa serangan dan status mereka direndahkan.



"Saya mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di 'whacked' atau di ‘clobbered', ia adalah perkara kecil bagi saya.



"Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.



"Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.



"Status saya hanya 'jatuh' jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya - dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal," tulisnya.



TMJ turut menasihatkan penulis itu, supaya tidak perlu bimbang dengan statusnya kerana dia akan baik-baik saja, malah menyatakan beliau tidak mempunyai niat membela egonya dengan apa yang ditulisnya.



"Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di media sosial. Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.



"Mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca, tetapi saya tidak ada niat untuk membela ego saya dengan apa yang ditulis.



"Saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri, saya bersuara supaya rakyat tahu perkara yang benar. Kita mesti bersuara apabila ada perkara yang salah sedang dilakukan," katanya.



Beliau menegaskan apa yang dikatakan bukan soal memantau apa yang ditulisnya pada laman sosial media, tetapi membabitkan pemantauan telefon peribadi, e-mel dan komunikasi peribadi. - © New Straits Times Press (M) Bhd



IlyTrolak: "Mana yang lebih berkuasa?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada Lagi ‘Saya Yang Menurut Perintah’, Kata Dr M

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melihat cadangan menukar ucapan “saya yang menurut perintah” yang sekian lama digunakan perkhidmatan awam kepada “saya yang menjalankan amanah”, sebagai peringatan kepada kakitangan awam agar mematuhi undang-undang.



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian kepada cadangan yang diajukan di sesi soal jawab bersama para pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.



Dr Mahathir berkata ucapan baru itu akan mengingatkan kakitangan awam untuk tidak menurut perintah yang menyalahi undang-undang.



“Kita tak boleh terima bila dia suruh kita sembunyi bukti. Kita boleh tukar frasa itu,” katanya di sesi dialog yang dihadiri 3,500 PTD.



Ucapan tersebut sinonim dengan dunia perkhidmatan awam dan ia menuntut kakitangan untuk sentiasa mengakui sebarang perkataan dan tindakan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan pekeliling dari semasa ke semasa.

Di dialog hari ini Dr Mahathir menjawab luahan PTD secara terbuka.



“Saya akan kaji setiap persoalan yang dibangkitkan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya. - MSN News





IlyTrolak: "Semuanya untuk keberkesanan peranan dan tanggungjawab"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.



Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.



  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.

  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.

  • Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

  • Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

  • Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.

  • Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

  • Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

  • Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

  • Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).



Sumber: Panduan Tips Petua



IlyTrolak: "Pelbagai khasiat tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bersedia Bayar RM2 Hingga RM4 Untuk Setiap Mesej Whatsapp

Whatsapp mengesahkan bakal mengenakan bayaran antara AS$0.5 (RM2.04) hingga AS$0.90 (RM3.67) bagi setiap mesej yang dihantar sebagai pertukaran jaminan ia diterima.



Jangan risau, pengesahan bayaran itu bagaimanapun hanya melibatkan akaun perniagaan dan bukan untuk pengguna biasa.



Dalam satu laporan berita, Whatsapp mengeluarkan kenyataan demikian menyatakan pihaknya sudah memutuskan untuk mengecaj para pengguna perniagaan yang menggunakan aplikasi WhatsApp Business.





Selepas Whatsapp dimiliki Facebook ia dikatakan tidak banyak melakukan perubahan sehinggalah pada Januari 2018, di mana ia tampil dengan rancangan untuk mengkomersilkan perkhidmatan WhatsApp Business.



Whatsapp menjamin akan menawarkan sokongan masa nyata, tidak akan ‘mengganggu’ orang ramai dengan spam dan kesemua mesej kekal sulit dan kebebasan menyekat perniagaan dengan hanya satu butang.



Whatsapp Business mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif dan penggunanya boleh memasukkan nombor telefon rumah, menetapkan waktu membalas pesanan, melihat statistik keluar-masuk pesanan, memilih jenis bisnes dan perbezaan logo.



Pengguna juga akan diberikan kawalan penuh terhadap mesej yang diterima, kata Whatsapp.



Dalam satu lagi laporan berbeza di Metro.uk, Whatsapp dikatakan terpaksa mengambil langkah tersebut selepas Mark Zuckerberg berdepan kejatuhan saham terbesar Facebook. - MSN News



IlyTrolak: "WhatsApp dan WhatsApp Business"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.