KUALA LUMPUR 25 Julai - Masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutama membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar sehingga memerlukan tindakan segera daripada Kementerian Pendidikan untuk menanganinya.Mendedahkan perkara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak berkata, perkara ini berlaku akibat bebanan kerja yang semakin meningkat apabila perlu mengendalikan kelas yang mempunyai sehingga 60 murid.
Katanya, sedangkan kelas bagi sekolah di luar bandar hanya mempunyai bilangan murid separuh daripada jumlah itu dan ini menyebabkan kes kemurungan guru di bandar besar dilaporkan semakin meningkat setiap tahun apabila tiada tindakan bagi menanganinya.
“Apabila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, maka bukan sahaja tugas mengajar makin mencabar bahkan tugas perkeranian yang juga sebahagian daripada tanggungjawab guru turut bertambah.
“Ini belum ditambah dengan faktor lain seperti masalah kewangan, masalah peribadi serta tekanan daripada ibu bapa. Jika cabaran ini tidak ditangani maka berlakulah kes kemurungan dan saya boleh dikatakan perkara ini cukup serius,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemukan mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya di Ipoh, minggu lalu kerana tidak dapat menerima beban kerja yang banyak.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut mendedahkan masalah kekurangan guru di bandar besar semakin serius terutamanya melibatkan negeri Johor dan Selangor berikutan ramai yang cenderung untuk bertugas di kampung halaman masing-masing.
Sementara itu, sebagai salah satu cara bagi menangani masalah ini, Kamarozaman berkata, guru kaunseling untuk guru juga perlu disediakan Kementerian Pendidikan kerana setelah mengambil kira cabaran semasa, ternyata bukan murid sahaja perlu menjalani sesi kaunseling. - Utusan Melayu

IlyTrolak: "Teringat peristiwa seorang guru di Ipoh yang terjun bangunan di Ipoh"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.






Setiap orang pasti ingin panjng umur. Tak perlu berfikir terlalu rumit untuk dapat menikmati hidup lebih lama.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011.
Pagi ini dalam melangkah ke pintu pagar untuk menyambut kehadiran murid-murid, guru-guru daN staf sokongan, terlihat bunga-bunga yang sedang mekar.




Pengiktirafan Sijil UEC telah menjadi isu yang hebat diperdebatkan termasuk menjadi viral di media-media sosial. Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pihak yang bertanggunngjawab dalam proses tersebut telah mendapat pelbagai respon dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang pengiktirafan tersebut. Paling ketara bangkangan dibuat oleh pihak yang mempertahankan bahasa Melayu.
Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) merayu kepada kerajaan baharu agar cakna nasib peneroka Felda yang masih tidak menerima wang sara hidup.




