22 Jun - BEKAS timbalan gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinamakan sebagai teraju baru bank pusat itu menggantikan Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan bulan ini. Bloomberg memetik kenyataan seorang jurucakap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pelantikan Nor Shamsiah selepas namanya mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Nor Shamsiah sebelum ini terlibat dalam siasatan skandal dana negara sarat hutang 1MDB ketika menjadi timbalan gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau memegang jawatan itu selama enam tahun sebelum berundur pada November 2016.
Beliau berkhidmat selama 30 tahun dengan BNM, terlibat dalam perancangan dasar tadbir urus kewangan, menyelia sektor perbankan, syarikat insuran dan takaful, risikan dan penguatkuasaan kewangan dan pengurusan bakat sumber manusia.
Beliau juga terlibat dalam inisiatif diambil bank pusat ketika Krisis Kewangan Asia dan menyediakan Pelan Pembangunan Sektor Kewangan 2001 hingga 2010.
Sebagai timbalan pengarah, beliau bertanggungjawab dalam aspek pengurusan risiko bank pusat. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank dan ahli panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas meninggalkan Bank Negara, beliau bekerja dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington sebagai pembantu pengarah Jabatan Kewangan dan Kapital Pasaran.
Muhammad yang dilantik jadi gabenor pada Mei 2016 meletak jawatan bulan ini selepas persoalan timbul mengenai peranan bank pusat itu dalam urus niaga membeli tanah kerajaan yang dikaitkan dengan usaha langsai hutang 1MDB.
Beliau bagaimanapun menegaskan yang urus niaga itu telus dan dilakukan ikut prosedur dan keputusan meletak jawatan adalah kerana mahu menjaga integriti institusi awam dihormati ramai itu.
"Saya sedia melepaskan jawatan saya sekiranya saya tidak lagi dipercayai dan tidak mendapat sokongan umum. Saya tidak boleh secara sedar terus memegang jawatan sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank." – The Malaysian Insight
IlyTrolak: "Wanita kedua dilantik ke jawatan tersebut"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang guru. Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI pada tahun 2018 ini.
BEIJING: Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.
PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.
CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.
Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.
PUTRAJAYA 11 Jun- Kementerian Pendidikan membekukan semua pertukaran melibatkan pelbagai jawatan dan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.





