About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang guru. Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI pada tahun 2018 ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh memohon sekarang. Perlu diingatkan bahawa walaupun berjaya lulus dengan cemerlang kursus ini, tiada jaminan kepada peserta bahawa mereka dijanjikan posting atau penempatan.

Namun, memiliki diploma dalam pendidikan membolehkan anda dianggap lebih layak untuk menjadi guru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai kelulusan diploma dan ijazah dalam pendidikan. Untuk menjadi guru, perlu lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Guru yang ditempatkan sebelum lulus temuduga SPP merupakan guru interim untuk mengisi kekosongan di sesebuah sekolah. Apabila dilantik ke jawatan interim, perlu peka dengan temuduga SPP untuk memudahkan dilantik menjadi guru tetap Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus DPLI ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Program DPLI 2018 ini merupakan program anjuran Universiti Malaya. Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

  • Bahasa Melayu

  • Bahasa Inggeris

  • Bahasa Cina

  • Bahasa Tamil

  • Matematik

  • Pendidikan Islam

  • Sains

  • Pendidikan Pra Sekolah

  • Pendidikan Seni Visual

  • Kemahiran Hidup

  • Pendidikan Jasmani

  • Pengajian Sosial

  • Pendidikan Muzik

Berikut merupakan antara syarat kelayakan program DPLI 2018 bawah universiti malaya ini adalah:

  • Warganegara Malaysia.

  • Umur tidak melebihi 35 tahun.

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

  • Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

  • Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

  • Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

  • Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Bagi memohon, pengguna perlu mendaftar dahulu username di laman Universiti Malaya. Selepas itu, perlu memilih kursus DPLI 2018 ini.

Kemasukan diploma ini merupakan kemasukan bagi sesi September 2018.

Berikut merupakan pautan kepada permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya ini.

Kursus ini juga merupakan satu kursus di bawah post graduate iaitu lepasan ijazah.

Perlu diingatkan bahawa terdapat kesukaran dalam membuat permohonan mungkin kerana server yang sesak. Boleh refresh selalu webpage.

Link Permohonan Program DPLI UM

Sumber: Sumber Pendidikan

IlyTrolak: "Walaupun tiada jaminan penempatan, tetapi ia merupakan tiket untuk ke bidang perguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Kerajaan Malaysia terkini berhasrat untuk mengecilkan bilangan pelajar-pelajar dalam setiap kelas. Bermakna peluang kerjaya ke bidang perguruan ini akan bertambah. Jom, buat persediaan untuk ke bidang perguruan ini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Penuntut Malaysia Juara Debat Bahasa Mandarin

BEIJING: Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.

Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.

"Usul 'Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?' membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.

"Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini," katanya.

Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.

Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.

"Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.

"Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini," katanya. - Berita Harian (BH) Online

IlyTrolak: "Lagi anak Malaysia yang membanggakan negara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Surat Sokongan Kementerian Pendidikan Hanya Untuk Kes Terdesak - Maszlee

PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata mesyuarat Kabinet semalam memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri tidak boleh memberi surat sokongan kepada mana-mana tender dan cadangan, bagi memastikan tadbir urus yang baik bagi kerajaan.

Namun, katanya, penggunaan surat sokongan itu boleh dikaji bagi urusan Kementerian Pendidikan sekiranya ia tidak melibatkan wang selain jika ia isu terdesak seperti kesihatan.

"Sebagai contoh, surat sokongan cuti sebab sakit atau minta dipindahkan atas sebab kesihatan, ia tidak digalakkan tetapi akan dikaji jika kesnya tulen," katanya pada sidang media di kementerian itu di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayani sebarang surat sokongan untuk anak atau anak saudara.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta penggunaan surat sokongan untuk urusan perniagaan daripada kerajaan diperhalusi dengan teliti.

Beliau berkata, sekiranya boleh, kerajaan perlu menghentikan amalan surat sokongan itu bagi membendung salah guna kuasa dalam parti dan penjawat awam. - Free Malaysia Today (FMT)

IlyTrolak: "Semoga ketelusan ini akan dilaksanakan secara efisien"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia FameLab International 2018

CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.

Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Beliau perlu bersaing dengan 11 finalis yang datang dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara akhir.

Keinginan untuk berkongsi perasaan teruja mengenai keindahan fenomena biologi mendorong Dr Siti Kayriyyah untuk menyertai pertandingan FameLab International ini.

Pertandingan berprestij ini berlangsung pada 7 Jun lalu sempena Pesta Sains Cheltenham. Dr Siti Kayriyyah adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia.

Terdahulu, Dr Siti Kayriyyah sudah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan, lantas melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia di saingan peringkat akhir itu.

FameLab International adalah pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak ramai dalam tempoh tiga minit sahaja.

Kemahiran penyampaian secara lisan ini adalah antara cabang dalam komunikasi sains yang bertujuan menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan dalam kalangan orang awam.

Kemenangan Dr. Siti Kayriyyah menyaksikan Malaysia sudah menjuarai Famelab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Sebelum ini, Prof Dr Abhimanyu Veerakumarasivam dari Sunway University, selaku Pengerusi Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dinobatkan sebagai juara pada tahun 2016 melalui pembentangan beliau yang bertajuk 'Genetik Kanser'.

FameLab Malaysia 2018, adalah pertandingan pencarian bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dianjurkan bersama oleh Kumpulan Industri Perindustrian Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan British Council Malaysia.

FameLab dimulakan pada tahun 2005 di United Kingdom oleh Cheltenham Science Festival. Ia dibawa ke Malaysia pada 2015 pada platform MIGHT Academy dan British Council dengan matlamat untuk menutup jurang antara saintis dan orang awam. - Berita Harian

IlyTrolak: "Memang ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang hebat dipersada dunia... namun apa ertinya pengiktirafan hanya dilihat pada pembuktian seperti ini. Bagaimana yang sedang menuju ke arah pencapaian tersebut, tanpa sokongan sepenuhnya?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Isu Beg Sekolah Berat

Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya. - Twiter KPM

Memang banyak idea-idea yang boleh dilontar bagi menangani isu beg berat... tetapi apabila melibatkan kos, ia perlu pertimbangan yang sewajarnya.

Antara cadangan yang popular ialah mewujudkan buku teks digital.

Memang nampak signifikannya idea tersebut untuk mengatasi masalah, tetapi akan muncul isu-isu sampingan berkaitan penggunaan buku-buku digital pula.

Idea popular ini telah diutarakan sejak bertahun-tahun. tetapi mengapa tidak dilaksanakan?

Idea ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana ia memerlukan setiap murid untuk memiliki alat untuk dilihat buku digital tersebut.

Termampukah kerajaan nak menanggung kos keseluruhan tersebut dan kos tersebut bukanlah kos yang berbentuk One-Off untuk setiap murid.

Alat ini pula bukanlah alat yang terus berada dalam keadaan terbaik prestasinya, adakala ianya meragam dan rosak.

Pada ketika ini, kita perlu memikirkan kos berkala yang perlu dilibatkan untuk perbekalan.

Satu lagi permasalahannya ialah murid akan kerap merenung paparan digital yang pastinya akan wujud masalah keletihan dan kerosakan mata pula.

Membaca menggunakan buku digital ini sebenarnya ada keburukannya, sebagaimana kita mengadap monitor komputer pada setiap hari.

Banyak lagi isu yang akan berbangkit dengan terlaksananya pengagihan buku digital ini.

Cukup sekadar itu, hanya bertujuan untuk mencuit pemikiran berkaitan itu, buat seketika...

IlyTrolak: "Dulu pikul beg, kemudian naik bukit... tapi tak jadi isu pun.."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pertukaran Di JPN Dan PPD Dibekukan Serta Merta

PUTRAJAYA 11 Jun- Kementerian Pendidikan membekukan semua pertukaran melibatkan pelbagai jawatan dan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau juga telah mengarahkan agar pegawai tertinggi kementerian menyemak semula kenaikan pangkat dan pertukaran peringkat JPN serta PPD yang berlaku dalam jangka masa dua bulan terakhir ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana kementerian telah menerima pelbagai maklumat mengenai percaturan yang mempunyai unsur-unsur politik kepartian di peringkat negeri dan daerah melalui JPN serta PPD.

“Kementerian juga mendapat maklumat ada usaha untuk menempatkan pegawai yang masih setia dengan kerajaan terdahulu di kawasan tertentu, langkah ini dipercayai untuk menyukarkan usaha kementerian membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan.

“Ini adalah perkara yang mengecewakan kerana saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak-anak kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai isu penyelewengan pemberian kontrak pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak, Maszlee berkata, pihaknya telah memulakan proses siasatan dalaman untuk mengenal pasti mereka yang bersalah dalam isu penyelewengan itu. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Portal Rasmi KPM

IlyTrolak: "Menyelesaikan percaturan berunsurkan politik sebelum ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada sidang media di sini, hari ini.

Marzlee berkata, bagi membantu pihak pengurusan sekolah memantapkan penggunaan SKPMg2 dengan berkesan, JNJK bagaimanapun akan meneruskan sesi latihan dan bimbingan yang diperlukan.

Katanya, dokumen SKPMg2 pada mulanya dihasilkan dalam usaha memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.

"Bagaimanapun, proses audit untuk verifikasi pengisian data SKPMg2 bagi 2017 menyebabkan salah faham dan kegelisahan dalam kalangan guru.

"Saya mahukan bebanan tugas guru dikurangkan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid," katanya.

SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) serta kemenjadian murid. - Berita Harian

Berikut ialah surat siaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan perkara.

IlyTrolak: "SKPMg2 merupakan panduan untuk pengurusan sekolah, semoga ada penambahbaikan untuk memudahkan pelaksanaan di peringkat sekolah."