BEIJING: Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
"Usul 'Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?' membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.
"Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini," katanya.
Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.
Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.
"Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.
"Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini," katanya. - Berita Harian (BH) Online
IlyTrolak: "Lagi anak Malaysia yang membanggakan negara"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.
CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.
Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.
PUTRAJAYA 11 Jun- Kementerian Pendidikan membekukan semua pertukaran melibatkan pelbagai jawatan dan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta.
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.




