About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Surat Sokongan Kementerian Pendidikan Hanya Untuk Kes Terdesak - Maszlee

PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata mesyuarat Kabinet semalam memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri tidak boleh memberi surat sokongan kepada mana-mana tender dan cadangan, bagi memastikan tadbir urus yang baik bagi kerajaan.

Namun, katanya, penggunaan surat sokongan itu boleh dikaji bagi urusan Kementerian Pendidikan sekiranya ia tidak melibatkan wang selain jika ia isu terdesak seperti kesihatan.

"Sebagai contoh, surat sokongan cuti sebab sakit atau minta dipindahkan atas sebab kesihatan, ia tidak digalakkan tetapi akan dikaji jika kesnya tulen," katanya pada sidang media di kementerian itu di sini, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayani sebarang surat sokongan untuk anak atau anak saudara.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta penggunaan surat sokongan untuk urusan perniagaan daripada kerajaan diperhalusi dengan teliti.

Beliau berkata, sekiranya boleh, kerajaan perlu menghentikan amalan surat sokongan itu bagi membendung salah guna kuasa dalam parti dan penjawat awam. - Free Malaysia Today (FMT)

IlyTrolak: "Semoga ketelusan ini akan dilaksanakan secara efisien"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia FameLab International 2018

CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.

Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Beliau perlu bersaing dengan 11 finalis yang datang dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara akhir.

Keinginan untuk berkongsi perasaan teruja mengenai keindahan fenomena biologi mendorong Dr Siti Kayriyyah untuk menyertai pertandingan FameLab International ini.

Pertandingan berprestij ini berlangsung pada 7 Jun lalu sempena Pesta Sains Cheltenham. Dr Siti Kayriyyah adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia.

Terdahulu, Dr Siti Kayriyyah sudah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan, lantas melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia di saingan peringkat akhir itu.

FameLab International adalah pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak ramai dalam tempoh tiga minit sahaja.

Kemahiran penyampaian secara lisan ini adalah antara cabang dalam komunikasi sains yang bertujuan menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan dalam kalangan orang awam.

Kemenangan Dr. Siti Kayriyyah menyaksikan Malaysia sudah menjuarai Famelab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Sebelum ini, Prof Dr Abhimanyu Veerakumarasivam dari Sunway University, selaku Pengerusi Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dinobatkan sebagai juara pada tahun 2016 melalui pembentangan beliau yang bertajuk 'Genetik Kanser'.

FameLab Malaysia 2018, adalah pertandingan pencarian bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dianjurkan bersama oleh Kumpulan Industri Perindustrian Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan British Council Malaysia.

FameLab dimulakan pada tahun 2005 di United Kingdom oleh Cheltenham Science Festival. Ia dibawa ke Malaysia pada 2015 pada platform MIGHT Academy dan British Council dengan matlamat untuk menutup jurang antara saintis dan orang awam. - Berita Harian

IlyTrolak: "Memang ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang hebat dipersada dunia... namun apa ertinya pengiktirafan hanya dilihat pada pembuktian seperti ini. Bagaimana yang sedang menuju ke arah pencapaian tersebut, tanpa sokongan sepenuhnya?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Isu Beg Sekolah Berat

Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya. - Twiter KPM

Memang banyak idea-idea yang boleh dilontar bagi menangani isu beg berat... tetapi apabila melibatkan kos, ia perlu pertimbangan yang sewajarnya.

Antara cadangan yang popular ialah mewujudkan buku teks digital.

Memang nampak signifikannya idea tersebut untuk mengatasi masalah, tetapi akan muncul isu-isu sampingan berkaitan penggunaan buku-buku digital pula.

Idea popular ini telah diutarakan sejak bertahun-tahun. tetapi mengapa tidak dilaksanakan?

Idea ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana ia memerlukan setiap murid untuk memiliki alat untuk dilihat buku digital tersebut.

Termampukah kerajaan nak menanggung kos keseluruhan tersebut dan kos tersebut bukanlah kos yang berbentuk One-Off untuk setiap murid.

Alat ini pula bukanlah alat yang terus berada dalam keadaan terbaik prestasinya, adakala ianya meragam dan rosak.

Pada ketika ini, kita perlu memikirkan kos berkala yang perlu dilibatkan untuk perbekalan.

Satu lagi permasalahannya ialah murid akan kerap merenung paparan digital yang pastinya akan wujud masalah keletihan dan kerosakan mata pula.

Membaca menggunakan buku digital ini sebenarnya ada keburukannya, sebagaimana kita mengadap monitor komputer pada setiap hari.

Banyak lagi isu yang akan berbangkit dengan terlaksananya pengagihan buku digital ini.

Cukup sekadar itu, hanya bertujuan untuk mencuit pemikiran berkaitan itu, buat seketika...

IlyTrolak: "Dulu pikul beg, kemudian naik bukit... tapi tak jadi isu pun.."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pertukaran Di JPN Dan PPD Dibekukan Serta Merta

PUTRAJAYA 11 Jun- Kementerian Pendidikan membekukan semua pertukaran melibatkan pelbagai jawatan dan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau juga telah mengarahkan agar pegawai tertinggi kementerian menyemak semula kenaikan pangkat dan pertukaran peringkat JPN serta PPD yang berlaku dalam jangka masa dua bulan terakhir ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana kementerian telah menerima pelbagai maklumat mengenai percaturan yang mempunyai unsur-unsur politik kepartian di peringkat negeri dan daerah melalui JPN serta PPD.

“Kementerian juga mendapat maklumat ada usaha untuk menempatkan pegawai yang masih setia dengan kerajaan terdahulu di kawasan tertentu, langkah ini dipercayai untuk menyukarkan usaha kementerian membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan.

“Ini adalah perkara yang mengecewakan kerana saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak-anak kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai isu penyelewengan pemberian kontrak pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak, Maszlee berkata, pihaknya telah memulakan proses siasatan dalaman untuk mengenal pasti mereka yang bersalah dalam isu penyelewengan itu. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Portal Rasmi KPM

IlyTrolak: "Menyelesaikan percaturan berunsurkan politik sebelum ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Siri Audit SKPMg2 Dihentikan Serta Merta

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada sidang media di sini, hari ini.

Marzlee berkata, bagi membantu pihak pengurusan sekolah memantapkan penggunaan SKPMg2 dengan berkesan, JNJK bagaimanapun akan meneruskan sesi latihan dan bimbingan yang diperlukan.

Katanya, dokumen SKPMg2 pada mulanya dihasilkan dalam usaha memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.

"Bagaimanapun, proses audit untuk verifikasi pengisian data SKPMg2 bagi 2017 menyebabkan salah faham dan kegelisahan dalam kalangan guru.

"Saya mahukan bebanan tugas guru dikurangkan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid," katanya.

SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) serta kemenjadian murid. - Berita Harian

Berikut ialah surat siaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan perkara.

IlyTrolak: "SKPMg2 merupakan panduan untuk pengurusan sekolah, semoga ada penambahbaikan untuk memudahkan pelaksanaan di peringkat sekolah."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Insentif raya RM450 untuk peneroka FELDA, FELCRA

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemberian insentif ini akan disemak semula bagi pembayaran pada tahun hadapan.

Katanya, pembayaran itu membabitkan kos RM50 juta bagi FELDA yang menggunakan peruntukan kerajaan dan RM44 juta bagi FELCRA yang digunakan menerusi peruntukan FELCRA.

"Kita akan semak yang mana penerima Bantuan Sara Hidup tidak layak menerima nya untuk tahun depan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Difahamkan terdapat seramai 112,635 peneroka FELDA dan 7,636 bukan ahli FELDA yang akan mendapat manfaat berkenaan.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM500,00 ahli parlimen kerajaan, kerajaan dan RM200,000 kepada pusat khidmat sebelum Aidilfitri.

Beliau berkata bagi ahli parlimen pembangkang pula akan diberikan RM100,000.

"Kita tetap akan bagi kepada ahli parlimen dan DUN pembangkang, tapi kurang sikitlah," katanya. - BERNAMA

IlyTrolak: "Syukurlah... tetap terima walaupun berkurangan dari amaun sebelum ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua

Dokumen SKPMg2 ini dihasilkan untuk memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.

Dokumen ini diharapkan menjadi sumber rujukan utama pada semua peringkat khususnya sekolah bagi memberi nilai tambah kualiti kepimpinan sekolah.

Muat Turun panduan terkini SKPMg2 yang dimuatnaik pada 3 Jun 2018 di laman Kementerian Pendidikan Malaysia

Muat Turun Di Sini

IlyTrolak: "SKPMg2 menjadi isu terkini pengurusan pendidikan terkini"