Unit Kokurikulum SK Batu Melintang telah mengadakan Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah.Program yang bermula pukul 8 pagi tersebut dimulakan dengan taklimat perjalanan program oleh Guru Kanan Kokurikulum, En. Mohd Shafri.
Sejurus usai taklimat, bagi memanaskan badan, beberapa murid telah memandu sesi senamrobik. Seramai 12 murid-murid tahap 2 sekolah ini telah menerajui sesi tersebut.
Program berjalan seribu langkah berjalan, merupakan program kemuncak dalam sambutan tersebut. Acara yang disertai oleh semua guru, kakitangan dan murid-murid itu telah menyelusuri sekitar kawasan Kampung Batu Melintang dan sekitarnya.
Selain, di sekolah ini, program ini merupakan program tahunan yang diadakan oleh setiap agensi dalam negara pada minggu kedua di bulan Oktober.
Semua yang menyertai ternyata berasa puas dan gembira dan berharap ia terus diadakan.









IlyTrolak: "Walaupun laluan yang dilalui merupakan laluan harian mereka dengan kenderaan, tetapi sesekali berjalan memang menyeronokkan"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua,















BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Kurikulum sedia ada dalam sistem pendidikan ketika ini digubal bagi memenuhi pendidikan abad ke-21 mestilah memenuhi penekanan dalam akademik serta pembentukan sahsiah.
Sesiapa sahaja yang dalam perjalanan dari arah Selatan ke arah Utara melalui pekan Tapah, pasti akan melalui sebuah jambatan yang sekian lama berbakti untuk menghubungkan pekan Tapah dengan kawasan-kawasan di bahagian Utara Tapah. Jambatan dibina di atas Sungai Tapah. Kalau sebelah pagi dan petang, iaitu waktu untuk pergi bekerja dan pulang bekerja, jambatan ini agak sesak, kerana ia hanya mengandungi dua lorong untuk perjalanan dua hala.





Apa itu Spirulina?
Agak jarang kita dengar lagu yang membawa kisah tentang lelaki atau ayah. Kebanyakan lagi yang dibawa adalah lebih berpihak kepada wanita, sama ada tentang wanita atau nama-nama seorang yang digelar wanita, perempuan atau gadis. Di sini ingin dikongsikan sebuah lagu yang dicipta untuk "Ayah"
Aku kongsikan sebuah nukilan rasa yang aku terima melalui posting di Group Whatsapp yang aku terima. Nukilan yang bertajuk "Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!" luahan rasa YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten




