Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua,Hari ini saya ingin sampaikan satu perkongsian untuk semua iaitu bahan yang saya terima ketika meneliti mesej-mesej dalam aplikasi WhatsApp, terbaca tentang sebuah Tahfiz yang dalam pembinaan. Saya siarkan untuk sama-sama kita membantu agar Maahad Tahfiz ini dapat disiapkan dengan segera dan sesempurna yang boleh. Mungkin inilah saham kita untuk bekalan di akhirat nanti. Insya Allah.
Saya paparkan keseluruhan mesej tersebut seperti berikut:
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, Sama-samalah kita memanjatkan sepenuhnya rasa syukur kita hanya kepada Allah SWT. Kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita semua meneruskan kehidupan dengan nikmat iman dan Islam.
Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan Tahfiz Darul Rahman (TDR) diteruskan hari ini masih lagi dengan kerja-kerja besi untuk beam dan lantai @ slab tingkat atas bangunan TDR. Pihak kami terpaksa menyewa staging bagi menahan bebanan lantai atas lebih kurang 3 bulan untuk fasa ini yang menelan belanja RM3500 sebulan (3500 x 3 Bulan = RM10500.00) dan juga mesin pembengkok besi lebih kurang sebulan yang menelan belanja RM3000.
Alhamdulillah kerja-kerja mengikat besi Y16 dan Y20 yang tuan, puan wakafkan pada bulan lepas sedang berjalan sekarang. Bagi meneruskan progress kerja untuk fasa membina beam dan slab tingkat atas ini Tahfiz Darul Rahman memerlukan lebih banyak dana lagi.
Untuk kerja-kerja besi dan konkrit bagi menyiapkan beam dan lantai @ Slab tingkat atas bangunan Tahfiz Darul Rahman ini kami memerlukan lagi barangan bernilai RM25k. Perincian barangan tersebut ialah :-
1.) Besi BRC A8 40 keping x RM160 = RM6040
2.) Besi BRC A7 37 Keping x RM126 = RM4662
3.) Konkrit Ready Mix 65m3 (+ Crane) = RM14298
Jumlah Keseluruhan RM25,000.00
Tahfiz Darul Rahman (TDR) memerlukan 200 orang yang budiman dan baik hati yang sudi menginfak atau mewakafkan RM125 seorang bagi mendapatkan RM25k untuk selesaikan pembinaan fasa ini bagi menyiapkan beam dan lantai tingkat atas bangunan TDR.
RM125 x 200 orang pewakaf = RM25k
Sahabat-sahabat yang ingin hulurkan sumbangan, sedekah, infak atau wakaf mohon hubungi saya melalui call atau Whatsapp terus---> www.wasap.my/60199042888
Pihak Tahfiz Darul Rahman merayu kepada tuan, cikpuan, sahabat-sahabat yang baik hati dan pemurah untuk sama-sama membantu menyertai SAHAM AKHIRAT ini bagi menyiapkan Bangunan Tahfiz Darul Rahman yang meliputi kelas pengajian, dewan, pejabat dan penginapan asrama buat para pelajar TDR. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau apa saja material seperti mesin, simen, batu bata atau barangan pembinaan yang lain juga kami terima dengan hati yang terbuka.
Insya-Allah bagi sahabat-sahabat tuan & cikpuan yang baik budi berminat untuk memberikan sumbangan infak atau wakaf boleh disalurkan melalui akaun bank Tahfiz Darul Rahman :-
5630 4631 8953 (Maybank Islamic)
TAHFIZ DARUL RAHMAN
Atau
1303 0000587 718 (Bank Muamalat)
TAHFIZ DARUL RAHMAN
Insya-Allah mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan urusan pembinaan Tahfiz Darul Rahman sehabis-habis mudah dan mempermudahkan juga urusan kalian yang budiman yang sudi mewakafkan, menderma, memviralkan, membantu dan mendoakan TDR. Allahumma Amin..
Al-Fakir Kasyidi Al-Baghdadi
Timbalan Pengerusi / Mudir
Tahfiz Darul Rahman
019-904 2888
12 Muharam 1439H
3 Oktober 2017

* Mohon Tuan/Cikpuan yang baik hati share, tularkan dan viralkan post ini kepada sahabat-sahabat yang lain.
IlyTrolak: "Sedekah, infak dan wakaf itu merupakan harta kita yang sebenar..."

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





















BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Kurikulum sedia ada dalam sistem pendidikan ketika ini digubal bagi memenuhi pendidikan abad ke-21 mestilah memenuhi penekanan dalam akademik serta pembentukan sahsiah.
Sesiapa sahaja yang dalam perjalanan dari arah Selatan ke arah Utara melalui pekan Tapah, pasti akan melalui sebuah jambatan yang sekian lama berbakti untuk menghubungkan pekan Tapah dengan kawasan-kawasan di bahagian Utara Tapah. Jambatan dibina di atas Sungai Tapah. Kalau sebelah pagi dan petang, iaitu waktu untuk pergi bekerja dan pulang bekerja, jambatan ini agak sesak, kerana ia hanya mengandungi dua lorong untuk perjalanan dua hala.





Apa itu Spirulina?
Agak jarang kita dengar lagu yang membawa kisah tentang lelaki atau ayah. Kebanyakan lagi yang dibawa adalah lebih berpihak kepada wanita, sama ada tentang wanita atau nama-nama seorang yang digelar wanita, perempuan atau gadis. Di sini ingin dikongsikan sebuah lagu yang dicipta untuk "Ayah"
Aku kongsikan sebuah nukilan rasa yang aku terima melalui posting di Group Whatsapp yang aku terima. Nukilan yang bertajuk "Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!" luahan rasa YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten
Mata Lensa Budak Trolak kali ini ingin memaparkan beberapa foto-foto yang diambil sendiri oleh admin. Sebenarnya admin blog ini tiada latihan khusus berkaitan fotografi atau penggunaan kamera. Cuma cuba-cuba dan syok sendiri sahaja.





