Sesiapa sahaja yang dalam perjalanan dari arah Selatan ke arah Utara melalui pekan Tapah, pasti akan melalui sebuah jambatan yang sekian lama berbakti untuk menghubungkan pekan Tapah dengan kawasan-kawasan di bahagian Utara Tapah. Jambatan dibina di atas Sungai Tapah. Kalau sebelah pagi dan petang, iaitu waktu untuk pergi bekerja dan pulang bekerja, jambatan ini agak sesak, kerana ia hanya mengandungi dua lorong untuk perjalanan dua hala.Perjalanan dari Sungkai ke Jalan Pahang, Tapah hanya perasan pasang surut air sungai ketika melalui jambatan Tapah berdekatan dengan Masjid Daerah Tapah.
Rupanya di sebalik pasang surut air sungai tersebut, bukanlah satu proses pasang surut yang biasa berlaku yang disebabkan penambahan atau pengurangan jumlah air yang dibekalkan oleh mata air di puncak gunung.
Perkara ini berlaku sebenarnya disebabkan oleh pembangunan yang berlaku di kawasan-kawasan berhampiran dengan sungai, kerana setiap hari akan berlaku, pada waktu paginya air kelihatan jernih dan bila mencecah waktu dalam pukul 10 pagi ke atas, air sungai paginya tenang dan tak berapa besar akan menjadi keruh dan jumlah air betambah.
Ini ialah keadaan air sungai ketika waktu pagi yang sempat diambil gambarnya pada suatu pagi.



Berikut pula ialah gambaran air sungai di kawasan yang sama ketika waktu petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah



IlyTrolak: "Apa kesannya kepada ekosistem pula?"

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.





Apa itu Spirulina?
Agak jarang kita dengar lagu yang membawa kisah tentang lelaki atau ayah. Kebanyakan lagi yang dibawa adalah lebih berpihak kepada wanita, sama ada tentang wanita atau nama-nama seorang yang digelar wanita, perempuan atau gadis. Di sini ingin dikongsikan sebuah lagu yang dicipta untuk "Ayah"
Aku kongsikan sebuah nukilan rasa yang aku terima melalui posting di Group Whatsapp yang aku terima. Nukilan yang bertajuk "Wasiat Buat Bangsaku Melayu!!!" luahan rasa YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten
Mata Lensa Budak Trolak kali ini ingin memaparkan beberapa foto-foto yang diambil sendiri oleh admin. Sebenarnya admin blog ini tiada latihan khusus berkaitan fotografi atau penggunaan kamera. Cuma cuba-cuba dan syok sendiri sahaja.
AGROBANK membuka peluang kepada anda untuk menjana pendapatan tambahan secara PERCUMA melalui Program SAHABAT AGRO! Simpan DUIT di AgroBank & Jana pendapatan sampingan sehingga RM21k atau lebih Setiap Bulan.

24 Februari 2017, merupakan saat permulaan aku menjejakkan kaki ke sekolah ini. Melihat kepada persekitarannya, memang nampak serinya. Kereta diletakkan betul-betul berdepan dengan pintu pejabat. Dari arah parking jelas kelihatan guru besar yang sedang membuat tugasan di biliknya.




