Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, setiap penerima yang sudah berusia lanjut dan tinggal di beberapa kampung di daerah ini, menerima cek bernilai RM3,000.
"Mereka telah menganggotai pelbagai pasukan keselamatan termasuk sebagai pengawal kampung dan pengawal hutan ketika negara diancam pengganas komunis. Jasa dan bakti mereka terhadap negara wajar dikenang," katanya kepada pemberita sempena Hari Polis peringkat daerah di sini hari ini.
Mohd. Kamal berkata, pemberian kerajaan itu sebagai menghargai pengorbanan mereka yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan tanah air.
Sementara itu, seorang penerima, Wee Meng Ang, 82, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan KDN di atas ingatan itu dan sama sekali tidak menyangka menerima habuan sebanyak itu.
Jelasnya, sejak menentang pengganas komunis di Pahang sekitar tahun 1940-an, dia tidak pernah meminta apa-apa habuan daripada kerajaan kerana berpegang kepada prinsip 'sedia berbakti dengan ikhlas untuk negara.'
"Sekarang saya amat berterima kepada kerajaan di atas keprihatinan membela nasib saya dan rakan-rakan yang sememangnya sudah tidak larat lagi untuk bekerja," katanya yang tinggal di Kampung Belakang Klinik dekat sini.
Seorang lagi penerima, Hashim Yusuf, 67, turut melahirkan rasa syukur atas pemberian kerajaan itu kerana ia dapat meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.
Beliau yang tinggal di Kampung Kelubi turut memberi cadangan supaya acara sambutan sempena Hari Polis bersama bekas pasukan sukarelawan polis diadakan pada setiap tahun.
Sumber: Utusan Online





GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam BERNAMA menyatakan bahawa 2 bayi telah meninggal dan 2236 penduduk di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak setelah dijangkiti Rotavirus. Kes ini menjadi gempar kerana telah menyebabkan 2 bayi meninggal dunia dan kes ini dilihat terlalu mendadak.
Aurangzeb, nama yang agak asing. Mungkin pernah mendengarnya atau tidak. Namun, dalam satu penemuan e-mel, tiba-tiba nama tersebut muncul. Menarik isi yang dikemukan. Lalu diselitkan di sini sebagai tatapan dan nilaian semua.
1. Teori Kepemimpinan Sifat ( Trait Theory )




