About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Lot Tanah Untuk Anak Peneroka Diberikan Selepas Aidilfitri, Kata MB

SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada Rabu berkata lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini.



Beliau berkata buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.



Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini pada Rabu.



"Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah untuk membina kediaman mereka," katanya.



Katanya tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.



Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang mengamalkan adat perpatih ini.



Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.



"Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan menerima tunggakan tujuh bulan," katanya.



Ini merupakan penghargaan dari kerajaan negeri kepada golongan ini yang telah memelihara dan mengamalkan adat perpatih di negeri ini, katanya.



Sumber: BERNAMA




Subjek Sejarah Disaran Diperkenalkan Di Sekolah Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran digesa memperkasakan semula mata pelajaran sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya subjek wajib lulus dalam peperiksaan utama.



Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS Selangor) Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, langkah itu perlu bagi memastikan generasi muda mempunyai kefahaman mendalam tentang sejarah.



"Ini penting dalam usaha mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberikan kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air.



"Mereka juga perlu diberi lebih banyak pendedahan khasnya mengenai tokoh-tokoh penting negara sebelum merdeka yang telah meletakkan perpaduan dan bertolak-ansur sebagai formula teras dalam memerdekakan Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan V T Sambantan," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.



Beliau berkata sudah sampai masanya perkara itu diberikan pertimbangan sewajarnya memandangkan sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes mengenai pembabitan golongan pelajar dalam kegiatan negatif termasuk demonstrasi jalanan.



Malah katanya kini ada juga ahli-ahli politik Malaysia yang "sudah lupa" atau "buat-buat lupa sejarah".



Bagi lebih memantapkan pengertian dan penghayatan sejarah negara di kalangan rakyat, GPMS Selangor juga mencadangkan agar Kajian Sejarah yang kini hanya melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tiga diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat hingga enam.



Ini katanya bagi memberikan peluang seluas-luas kepada mereka untuk membuat kajian serta penyelidikan mengenai fakta-fakta yang mereka pelajari dalam subjek sejarah.



Mohd Faizal berkata kelulusan subjek itu turut disaran dijadikan syarat untuk permohonan ke institusi pengajian tinggi (IPT) selain menjadikannya mata pelajaran wajib di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA).



Dengan cara itu, katanya GPMS yakin ia juga akan dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan pelajar selain memupuk kesedaran tinggi agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang merugikan, dan seterusnya bakal membawa kesan jangka panjang yang sangat positif terhadap golongan ini dan generasi muda negara ini, katanya.



Sumber: BERNAMA




Penjenamaan Kerjaya Guru

Berulang-kali tentang kerjaya guru diketengahkan. Kali ini tentang penjenamaan kerjaya sebagai seorang guru.



Penjenamaan baru ini untuk apa? Apakah untuk mendapatkan guru yang benar-benar berkualiti atau untuk menambahkan bebanan tugas guru?



Banyak idea kebelakangan ini semuanya untuk menambahkan kerja guru... bagaimana dengan penjenamaan kali ini?







Sumber: Berita Harian


10 Ogos 2010



KPF 2 Untuk Generasi Baru Dapat Dana Awal RM10j

Oleh Azrina Ahzan

bhnews@bharian.com.my



PUTRAJAYA: Kerajaan setuju menubuhkan Koperasi Permodalan FELDA 2 (KPF 2) dengan dana awal RM10 juta disediakan agensi itu sebagai modal pembangunan ekonomi generasi baru FELDA.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan, di sini semalam, berkata KPF 2 akan memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu dalam syarikat FELDA.



Selain itu, beliau berkata, KPF 2 juga tidak akan menjadi pesaing kepada Koperasi Pembangunan FELDA (KPF) yang ditubuhkan 30 tahun lalu, sebaliknya ia akan menjadi pelengkap dan menambah rantaian ekonomi sedia ada.



“Kerajaan sedar hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat FELDA. Malah, ramai antara mereka berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi.



“Justeru, bagi mengekalkan semangat keluarga FELDA dan faedah generasi baru, KPF 2 ditubuhkan memandangkan generasi baru FELDA tidak dibenarkan menjadi ahli KPF sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terbabit dalam kegiatan ekonomi,” katanya.



Sehubungan itu, Najib mempelawa semua generasi baru FELDA membabitkan diri dalam KPF 2 kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan anak syarikat FELDA.



Pada masa sama, Perdana Menteri berharap generasi muda FELDA menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan KPF 2 demi memastikan nasib keluarga peneroka terus terbela.



“Ketika ini, warga peneroka yang melabur dalam KPF menguasai pegangan sebanyak 51 peratus dalam FELDA Holdings dan setiap tahun ia berjaya memenuhi hasrat semua ahli yang ingin mendapatkan pulangan memuaskan atas pelaburan mereka.



“Ini kerana dividen yang dibayar KPF setiap tahun secara puratanya adalah sebanyak 14 peratus dan ia adalah antara yang tertinggi di negara ini,” katanya.



KPF kini mempunyai seramai 189,415 ahli dengan modal syer sebanyak RM1.2 bilion.



Sumber:Berita Harian




Soalan Lazim Mengenai Ulasan Artikel Jurnal

Soalan. Artikel yang bagaimanakah boleh dibuat ulasan dan kritikan?



Pilihlah artikel yang berkaitan dengan tumpuan kursus ini, sama ada mengenai industri komunikasi, dasar komunikasi atau undang-undang yang berkaitan dengan komunikasi, ataupun yang menyentuh ketiga-tiga aspek yang dinyatakan itu.



Soalan. Bolehkah saya mengambil artikel dalam suratkhabar atau internet untuk dibuat ulasan?



Artikel akhbar tidak boleh diambil untuk dibuat ulasan dan kritikan. Ini kerana artikel akhbar adalah pendek dan tidak ditulis secara akademik. Artikel dari internet boleh diambil JIKA ia merupakan daripada sebuah jurnal. Artikel yang berdiri sendiri tidak boleh dianggap sebagai artikel jurnal.



Soalan. Bagaimana mengetahui sama ada ia sebuah artikel jurnal atau tidak?



Setiap artikel jurnal mempunyai perkara-perkara berikut: i. Nama Jurnal ii. Tajuk Artikel iii. Ada bilangan/volume iv. Ada tahun terbit v. Ada halaman (boleh tengok halaman kandungan). Apabila menyerahkan tugasan anda diminta menyatakan maklumat ini.



Soalan. Bolehkah saya mengulas sesebuah artikel berkaitan dengan pendidikan ataupun komunikasi keorganisasian?



Tujuan utama ulasan dan kritikan jurnal ini dibuat ialah untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek daripada kursus ini. Membuat kritikan mengenai sesuatu di luar daripada aspek itu tidak akan membantu matlamat tersebut. Perlu diingat bidang komunikasi adalah agak luas. Sebuah artikel yang mengulas mengenai pilihan model untuk muka depan majalah, tentulah tidak sesuai dibuat ulasan atau kritikan jika ia hanya membincangkan dari aspek kreatif semata-mata. Bagaimanapun, jika ia membincangkan dari sudut dasar, misalnya tidak boleh menyiarkan gambar bogel atau lucah, ia boleh dibuat ulasan dan kritikan.



Soalan. Bolehkah saya mengambil buku atau bab dalam buku untuk diulas dan dikritik?



Buku dan bab dalam buku memang boleh dibuat ulasan dan kritikan. Saya ingin mencadangkan sebuah buku iaitu Dasar Komunikasi Berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari: Satu Penelitian Awal. Ada beberapa buah bab di dalam buku itu yang boleh dibuat ulasan dan kritikan. Buku ini boleh diperolehi daripada Unit Penyelidikan di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi.



Soalan. Bagaimana membuat ulasan dan kritikan?



Langkah pertama ialah membaca dan memahami penulisan tersebut. Soalan-soalan berikut harus ditanya: Apakah idea pusat, atau idea utama, atau tesis (central idea or thesis) penulisan itu? Apakah yang cuba digarap oleh penulis. Apakah isi-isu pentingnya. Adakah ia menggunakan sesuatu teori atau falsafah tertentu? Apakah kupasannya jelas dan menarik? Adakah ia mudah difahami? Adakah wujud kesebatian dalam penulisannya – dari awal hingga akhir? Adakah penulisan itu menolong anda memahami isu yang diperkatakan?



Dalam menghasikan tugasan, buatlah dalam tiga bahagian: bahagian pertama ringkasan penulisan tersebut (sekadar membolehkan orang ketahui), kedua, tonjolkan beberapa isu yang penting dan menarik dalam penulisan itu dan berilah ulasan bagi setiap isu yang dikemukakan, akhir sekali buatlah kesimpulan anda. Gunalah kreativi anda sendiri untuk mengemukakan penulisan itu. Saya sudah member tiga contoh ulasan. Cuba baca balik ulasan itu.



Selamat membaca.





Kita membentuk kehidupan kita, dan bentuknya ditentukan pada amnya oleh sikap kita sendiri.



“We each shape our own life, and the shape of it is determined largely by our attitude”. M Russel Ballard (Dipetik daripada: Inspirational Qoutes by World’s Greatest Personalities. By Ganesh M. Kuala Lumpur. VM Vision Marketing).



Sumber: Dr M Safar




Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima. Emel ini pula adalah dari seorang kawan yang menerima emel dari Arab Saudi... beliau terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan beliau kongsi bersama anda semua...

____________________________________________________________________________




Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...







Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"



Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.



Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.



Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"



Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.



2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.



Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.







Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...











Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy





Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...













Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds




Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.



Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :



1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.



Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :



(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...



Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.



Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...



2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar



Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.



" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"



3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"



Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...



Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.






Emulsifier E471 Haram?





Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.



Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.



Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.



Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..



Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..



untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..



Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.



Sumber: http://fakarudinft.blogspot.com/2008/09/emulsifier-e471.html