About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Bila Guru Luah Rasa...

Oleh WAHID HASHIM

pendidikan@utusan.com.my




Tabik dan salam semua guru.



Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan fakta ,dalam kolum Perspektif Mysekolah Isnin lalu, berjudul Mencemburui Gaji Guru. Saya menerima puluhan warkah e-mel daripada guru, ada pro dan kontra. Ada yang menghentam peribadi saya 360 darjah tanpa saya sempat membela diri - tanpa belas kasihan. Namun saya tidak menyimpan sebarang sentimen.



Tidak sangka saya akan guru-guru kita yang pandai menulis dalam nada sebegitu keras. Tetapi ada juga yang bersetuju dengan pendapat saya itu, dan mahu saya terus membongkar dan melondehkan hakikat.



Tapi dalam diri saya masih mempunyai kewarasan pertimbangan. Maka saya berpendapat kalau saya menyiarkan pandangan yang saling bertentangan itu, tentu masyarakat akan menjadi tambah keliru - mana satu yang betul dan yang mana satu salah tentang guru-guru kita ini.



Namun begitu, saya tetap percaya bahawa guru berhak mendapat apa yang setimpal dengan beban tugasan mereka - khususnya guru yang mengajar, yang memimpin, yang mendidik, dan yang menjadi lilin kepada kesamaran dan kegelapan di pedalaman - walau mereka sendiri terpaksa bergelap.



Keikhlasan, keberanian pengorbanan, perjuangan dan kemahuan yang tidak boleh diukur dengan apa-apa juga alat pengukur itu hanya boleh dihargai dengan ucapan terima kasih dan syabas.



Mungkin sedikit penghargaan boleh diluahkan melalui sejambak bunga, kad ucapan, ciuman pada tangan atau persembahan penghargaan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Guru, hari lahir, perayaan dan sebagainya.



Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berikut saya petik sebahagian daripada reaksi e-mel:



Sepucuk e-mel daripada Shafarizan Mohamed, eddeved@hotmail.com berkata, gaji pokok permulaan guru DG1 P1T4 bersamaan RM1,967.82, bukan RM2,500 sehingga RM2,700.



Kata beliau, tidak adil membuat 'pukul rata' bahawa semua guru yang ada di Malaysia ini tergila-gila kepada kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.



"Sebelum saudara terbawa-bawa dengan tuduhan ini, saya cadangkan agar saudara memohon untuk kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekiranya saudara berumur belum 35 tahun dan masuk ke mana-mana institut perguruan kalau nak tahu macam mana kami menghadapi perkara-perkara yang tak masuk akal dan mencabar," tegas beliau.



Tambah beliau: "Saya bersyukur dan berterima kasih akhirnya kepada bapa saya kerana memaksa saya memilih kerjaya sebagai guru kerana setelah setahun saya menjadi guru, baru saya memahami maksud saya itu. Tugas sebagai seorang guru bagi saya lebih menyeronokkan kerana:



i) kerja kurang daripada lima jam,



ii) tidak terlalu pening kepala dan



iii) tiap-tiap hari jumpa murid yang comel dan petah bercakap menyebabkan kita bersemangat nak mengajar mereka."



Tambah beliau: "Bagi saya biarlah akaun gaji duniawi saya tidak seberapa asalkan akaun gaji akhirat saya melimpah ruah kerana saya percaya Allah sahaja yang boleh menilai kerja saya dan keikhlasan saya."



Elia Hasimi di eliahasimi@yahoo.com pula menceritakan susahnya bertugas di pedalaman.



Berikut ialah luahan isi hati beliau.



"Saya sendiri seorang guru dan bertugas di kawasan pedalaman. Kalau hendak ke sekolah saya, kita akan naik van dari bandar S ke bandar K. Selepas itu, kita perlu naik perahu selama lima minit untuk menaiki van ke tebing sungai yang satu lagi selama 15 minit. Setelah sampai di situ, kita perlu naik long boat selama satu jam ke sekolah. Kami hanya keluar sekali seminggu untuk mendapatkan bekalan makanan.



Hanya beberapa rumah staf di sini mempunyai Astro. Itu pun bukan disediakan oleh kerajaan. Saya pernah pada satu ketika dahulu memiliki antena televisyen biasa. Semua ditanggung sendiri. Untuk pengetahuan saudara, bukan senang bertugas di kawasan seperti ini lebih-lebih lagi dalam kalangan guru beragama Islam. Oleh itu, saya rasa usaha yang bagus kerajaan sediakan rumah untuk kami berteduh.



Yang paling kelakar saya baca tulisan saudara ialah berkenaan dapur pun disediakan oleh kerajaan. Sebenarnya dapur dan tong gas kami beli dan bawa sendiri dari pekan. Bukan mudah bertugas di tempat ini lebih-lebih lagi tiada coverage (liputan) untuk talian telefon. Kalau nak bertelefon, kena panjat bukit yang tinggi baru dapat coverage.



Anda tidak berada di tempat kami, dan anda tidak rasa apa yang kami rasa."



Adni Atha e-mel athaadni@yahoo.com.my dalam coretannya bertajuk Pendidik Pedalaman Wajar Di Hormati menegaskan, setelah 20 tahun menabur bakti, hampir 13 tahun saya mengajar di pedalaman, tiada yang percuma, di pedalaman, semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Semua perkakas terpaksa dibeli, seperti katil, tilam, apatah lagi jika hendak memasang Astro.



Jangan menyalahkan guru atas kurniaan gaji yang Kementerian Pelajaran berikan, tetapi carilah mengapa pihak KPM memberi elaun pedalaman kepada warga pendidikan di pedalaman.



Berkenaan akujanji pula, pengirim e-mel itu berkata, "bagi guru-guru yang baru dilantik, mereka diwajibkan 'bersumpah' untuk menyimpan rahsia serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam borang akujanji.



Selain daripada itu, para guru juga diberikan sasaran tertentu seperti Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang perlu dicapai untuk digunakan oleh ketua jabatan (Guru Besar/Pengetua) menilai prestasi dipenghujung tahun dalam borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).



Hal ini bermakna semua warga pendidik sudah ada akujanji atau Bai'ah seperti yang saudara sebutkan."



Tambah pengirim e-mel itu: "Kami warga pendidik amat mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak dalam menjayakan hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan rakyat celik huruf dan angka melalui NKRA Pendidikan."



Pengirim e-mel fazlinfy@gmail.com mengirim e-mel dalam bahasa Inggeris dan saya alih bahasa. Lebih kurang seperti berikut: "Saya tinggal di dalam rumah yang disediakan oleh kerajaan.



Rumah itu kosong, kecuali almari pakaian di setiap bilik dan kabinet dapur. Tiada katil, tiada tilam dan sudah tentulah tiada peti televisyen. Jika seorang guru baru masuk ke sebuah rumah yang sudah lengkap, maka itu adalah titik keringat penghuni guru sebelum mereka.



Saya terpaksa menunggu enam bulan sebelum saya memiliki televisyen dan dekoder. Saya terpaksa tidur di atas tilam angin. Saya tinggal bergelap bila solar hybrid mengalami kerosakan yang teruk, dan solar hybrid kadang kala mengalami kerosakan menyebabkan kami tinggal dalam kegelapan - sehinggalah ke hari ini."



Katanya: "Sekolah di pedalaman masih kekurangan guru dan kakitangan. Guru menjalankan tugas pentadbiran untuk melicinkan perjalanan harian. Sekolah di bandar mempunyai juruteknik dan pustakawan mereka sendiri. Tetapi di pedalaman tidak ada semua itu. Guru terpaksa menjadi juruteknik dan pustakawan."



Ada Guru Pusat Sumber terpaksa mengajar 37 waktu subjek English kerana kekurangan guru English. Dengan 37 waktu mengajar, maka guru-guru ini hanya tinggal satu masa senggang setiap hari, menyebabkan tugas pentadbiran di perpustakaan menjadi perlahan."



Kata beliau: "Mengajar di pedalaman dengan murid yang sedikit lebih susah daripada mengajar sebuah kelas dengan 40 orang murid, kerana faktor kurang pendedahan dalam kalangan murid. Dengan kepadatan waktu mengajar tujuh hingga lapan waktu sehari menyebabkan cikgu kehabisan tenaga dek keletihan pada penghujung waktu dalam sehari."



Tentang elaun pedalaman, katanya, bila tinggal di pedalaman banyak duit dihabiskan untuk pengangkutan.



"Ambil contoh berikut, seorang guru yang ingin mengeluarkan duit terpaksa ke Sandakan kerana tiada mesin ATM di Beluran. Kos pengangkutan dengan bot dari Kampung Bukit Besi ke Beluran berharga RM25 seorang. Kalau guru ini tidak mempunyai kereta, dia terpaksa membayar RM18 lagi untuk ke Sandakan.



Kos yang sama terpaksa ditanggungnya apabila tugasnya selesai dan hendak berpatah balik ke Kampung Bukit Besi. Kesemuanya akan menelan kos RM86. Kesemua ini akan menyebabkan elaun pedalamannya habis.



Hal ini belum termasuk tiket penerbangan yang mahal jika hendak pulang ke Semenanjung untuk bertemu yang tersayang."



Seterusnya beliau bertanya: "Encik Wahid, kalau anda cemburu dengan gaji dan elaun guru pedalaman, kenapa tidak saudara datang dan tinggal di pedalaman, dan mengajar di sini, Anda juga akan mendapat insentif. Apa kata saudara?"



Berikut ialah jawapan saya, di sudut hati saya, saya sangat mencintai profesion perguruan. Jika diberi peluang mengapa tidak?



Jika ada kesempatan dan ruang, saya akan siarkan lagi beberapa e-mel minggu hadapan di ruangan istimewa Mysekolah ini.




Sumber: Utusan Online



Pengambilan Guru Seimbang

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

pengarang@utusan.com.my





Mohd. Puad Zarkashi (tengah) bersama penerima sumbangan yang mewakili 12 buah sekolah sekitar Hulu Selangor di Batang Kali, semalam




HULU SELANGOR 16 April - Kerajaan akan menyeimbangkan pengambilan guru pada tahun ini pada kadar yang sama iaitu 50 peratus untuk guru lelaki dan perempuan.



Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu diambil ekoran jumlah guru perempuan yang terlalu ramai ketika ini.



"Bagi mengimbangi jumlah guru wanita dan keperluan kepada guru lelaki, kerajaan pada tahun ini akan seimbangkan pengambilan guru mewakili kedua-dua jantina itu," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan yang kesemuanya bernilai RM940,000 kepada 12 buah sekolah dalam Parlimen Hulu Selangor di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Puad berkata, keperluan untuk mempunyai guru lelaki adalah penting di sekolah terutamanya melibatkan aspek disiplin dan pembangunan sukan pelajar.



"Ia juga bagi memudahkan kerajaan untuk menempatkan guru-guru lelaki di kawasan pedalaman. Ini melibatkan soal keselamatan, lebih baik kita letakkan guru lelaki berbanding wanita untuk bekerja di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak," katanya.



Dalam pada itu, katanya, kerajaan pada tahun ini juga akan menetapkan peratusan penempatan guru iaitu 40 peratus di Semenanjung dan selebihnya di Sabah dan Sarawak.



Beliau berkata, langkah itu bagi menyelesaikan masalah yang kerap kali berlaku apabila kerajaan menempatkan guru-guru di kawasan pendalaman.



"Dengan langkah yang diperkenalkan ini, kerajaan akan menempatkan guru-guru dari Sabah dan Sarawak untuk mengajar di sekolah-sekolah kawasan pedalaman di sana. Ia juga bagi mengurangkan permohonan guru-guru untuk membuat pertukaran tempat mengajar.



"Tetapi, ini tidak bermakna, 40 peratus guru di Semenanjung itu tidak akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, kerajaan tetap akan berbuat demikian sekiranya keadaan memerlukan," katanya.




Sumber: Utusan Online



Jin Dan Syaitan

  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.


  3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

  4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu.

  5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

  6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca



    "Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."



    Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

  7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh

    yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."



    Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.



    Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

  8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

  9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar!!!

  10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.



* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain.



Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



Mahkamah Putuskan Majalah Katolik Herald Boleh Guna Perkataan 'Allah'

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.



Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.



Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan "Allah" kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.



Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, katanya.



Lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu daripada segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.



Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak terhadap kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, katanya.



Lau berkata keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah salah, batal dan tidak sah.



Beliau berkata menteri berkenaan juga gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan itu akan mengancam keselamatan negara dan mewujudkan salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.



Pada 16 Feb, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.



Beliau mendakwa perkataan 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.



Pada 7 Jan, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.



Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.



Selepas keputusan itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili menteri dan kerajaan, meminta penjelasan mahkamah sama ada keputusan itu akan menjejaskan penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010.



Beliau berkata ini disebabkan permohonan itu adalah untuk tahun ini dan bukannya untuk penerbitan tahun depan.



Peguam yang mewakili gereja berkenaan, Porres Royan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa menteri telah pun memberi permit baru pada awal tahun ini untuk penerbitan tahun depan.



"Keputusan itu dengan sendirinya jelas. Menteri telah pun memberi permit baru untuk tahun depan. Saya percaya menteri akan akur dengan keputusan ini," katanya.



Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa beliau perlu mendapatkan arahan daripada menteri sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan permit baru untuk penerbitan tahun depan memandangkan ia membabitkan perkara yang sangat serius.



Katanya, beliau juga perlu mendapatkan arahan daripada responden mengenai sama ada untuk merayu atau memohon penangguhan pelaksanaan keputusan.



Lau berkata responden mempunyai 30 hari untuk memfailkan permohonan itu.



Sumber: BERNAMA



Ily Trolak: Benarkah tindakan ini? Apakah tidak terdapat kekeliruan nanti? Mana pihak yang bertanggungjawab dalam Agama Islam? Jika sekarangpun memang ramai yang telah terpesong akidah, walau Allah hanya untuk Islam, apatah lagi jika ia dibolehkan dalam agama lain. Tidakkah mereka tidak melihat apa yang berlaku di negara jiran kita iaitu Indonesia? Allah telah menimpakan bala kepada mereka sekarang ini.... kerana apa? Marilah kita renungkan. Selamatkan umat Islam.



Macam Tak Percaya

"Hang kat Mana?" Suara yang aku terima sebaik sahaja panggilanku disambut oleh seseorang.



"Sorry, tadi pergi bank (tandas)". Tadinya aku memang mendengar deringan tersebut tetapi tengah asyik...



"Ni... 16 haribulan ni ada mesyuarat, hang kena datang" Terkejut!!!



.

.

.

.

.

.




Hari berikutnya 15 Disember 2009



Menerima SMS dari Kak Aminah Pembantu Am Pejabat SK Behrang, tertera "Tahniah, dapat tukar ke SK Proton City"



Aku balas "Dah ada surat ke?"



"Dah terima la sayang, mai la ambik"



Aku biarkan dengan seribu persoalan di kepala.



Biodata Rasulullah S.A.W







Kita sekarang lebih kenal artis daripada Rasulullah, lebih menyambut Hari Valentine daripada menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik! Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.



Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.



Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St. Valentino" daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.





BIODATA RASULULLAH S.A.W.



  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.






  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)






  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.






  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.






  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.






  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).






  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).






  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).










  • USIA 5 TAHUN



    Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.





    USIA 6 TAHUN



    Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).



    Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.





    USIA 8 TAHUN



  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.








  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.










  • USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun



    Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.



    Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.





    USIA 20 TAHUN



    Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.



    Menyaksikan 'Perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.





    USIA 25 TAHUN



    Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.



    Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.



    Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.



    Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.





    USIA 35 TAHUN



    Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.



    Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.



    Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.





    USIA 40 TAHUN



    Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.





    USIA 53 TAHUN



    Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.



    Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.





    USIA 63 TAHUN



    Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.





    ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W



    § Khadijah Binti Khuwailid.

    § Saudah Binti Zam'ah.

    § Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

    § Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

    § Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

    § Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

    § Zainab Binti Jahsy.

    § Maimunah Binti Harith.

    § Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

    § Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).





    ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W



    1. Qasim

    2. Abdullah

    3. Ibrahim

    4. Zainab

    5. Ruqaiyah

    6. Ummi Kalthum

    7. Fatimah Al-Zahra '





    ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W



    Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).





    SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W



    IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN



    1. Thuwaibah 1. Hamzah

    2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad





    SAUDARA SUSUAN



    1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

    2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

    3. Syaima' binti Harith bin Abdul ' Uzza

    4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza





    BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW



    (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)



    1. Al-Harith

    2. Muqawwam

    3. Zubair

    4. Hamzah ***

    5. Al-Abbas ***

    6. Abu Talib

    7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

    8. Abdul Ka ' bah

    9. Hijl

    10. Dhirar

    11. Umaimah

    12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

    13. Atiqah ##

    14. Arwa ##

    15. Umaimah

    16. Barrah

    17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***



    *** Sempat masuk Islam.

    ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.





    Sabda Rasulullah SAW:



    "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)





    اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم





    Nabi Muhammad SAW - Manusia agong





    KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.





    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:



  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw.






  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.






  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.






  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.






  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.






  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.






  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.






  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.






  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.






  • Wajahnya seperti bulan purnama.






  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.






  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.






  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.






  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.






  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.






  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.






  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.






  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.






  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.






  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.






  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.






  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.






  • Rambutnya sedikit ikal.






  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.






  • Rambutnya terbelah di tengah.






  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.






  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.






  • Seimbang antara kedua bahunya.






  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.






  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.






  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.






  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.






  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.






  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.






  • Warna putihnya lebih banyak.






  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.






  • Warna kulitnya putih tapi sihat.






  • Kulitnya putih lagi bercahaya.






  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.






  • Badannya tidak gemuk.






  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.






  • Perutnya tidak buncit.






  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripadad mereka.










  • KESIMPULANNYA :



    Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



    NB:



    Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...



    Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.



    70 Dosa-dosa Besar







    1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)

    2. Membunuh Manusia

    3. Sihir

    4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)

    5. Tidak Mengeluarkan Zakat

    6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)

    7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan

    8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)

    9. Memutuskan Silatulraham

    10. Berzina (individu tertentu)

    11. Homosex

    12. Memakan Riba

    13. Memakan Harta Anak Yatim

    14. Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul

    15. Lari dari Medan Perang

    16. Sombong (yang selalu di lakukan)

    17. Saksi Palsu

    18. Meminum Arak(individu tertentu)

    19. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam

    20. Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)

    21. Menuduh orang baik melakukan Zina

    22. Menipu harta rampasan Perang

    23. Mencuri

    24. Merompak

    25. Sumpah Palsu (HOT)

    26. Berlaku Zalim

    27. Pemungut cukai yang Zalim

    28. Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)

    29. Bunuh Diri

    30. Berbohong (yang selalu di lakukan)

    31. Hakim yang Tidak adil (HOT)

    32. Rasuah (HOT)

    33. Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)

    34. Tidak Cemburu

    35. Cina Buta

    36. Tidak Suci Hadas kecil

    37. RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)

    38. Ulamak Dunia (jahat)

    39. Khianat (yang selalu di lakukan)

    40. Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)

    41. Mengingkari Takdir

    42. Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)

    43. Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)

    44. Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)

    45. Mengingkari Janji (individu tertentu)

    46. Percaya Kepada Sihir dan Nujum

    47. Derhaka kepada Suami (amalan isteri)

    48. Gambar pada Baju (hari-hari)

    49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala

    50. Menggangu Orang lain (hari-hari)

    51. Berbuat Zalim terhadap yg lemah

    52. Menggangu Tetangga

    53. Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)

    54. Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik

    55. Melabuhkan Pakaian

    56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas

    57. Hamba Lari dari Tuan

    58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T

    59. Menjadi Pak Sanggup (HOT)

    60. Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)

    61. Enggan Memberi Kelebihan Air

    62. Mengurangkan Timbangan

    63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T

    64. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T

    65. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)

    66. Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jangan lebih 3 kali dah laa... idea & fatwa bodoh)

    67. Mengurangi Wasiat

    68. Menipu (Hari-hari)

    69. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain

    70. Mencela Nabi dan Sahabat