
Selepas solat Maghrib, aku termenung sendirian, entah mengapa hati ini terasa sayunya...Mungkin sebab ini rasanya. Pengiraan ini aku buat sebaik sahaja kad 'pink' di serahkan ke tangan ini.Baru sangat rasanya kad 'pink' Ummi Nurul diterima. Dengan perasaan bangga dan gembiranya, aku beberapa kali membelek-belek kad tersebut. Dah lama aku tidak melihatnya.Tapi hari ini, semua perancangan terpaksa dibatalkan. Aku hanya sempat melaksanakan satu perancangan...