About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sacha Inchi

Sejak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sebuah lembah herba akan diwujudkan di kawasan FELDA, maka bermulalah pencarian maklumat tentang jenis tanaman herba yang akan diusahakan di 5 kawasan FELDA terpilih.



Dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Hari Peneroka 2020 tersebut, perdana menteri turut menyenaraikan 5 buah tanah rancangan FELDA yang dipilih untuk mengusahakan tanaman herba tersebut.



5 buah tanah rancangan FELDA tersebut ialah FELDA Trolak Utara, FELDA Trolak Selatan, FELDA Trolak Timur, FELDA Sungai Kelah dan FELDA Sungai Sungai Behrang.



Jika disebut kepada peneroka-peneroka pada ketika itu, mungkin ada yang akan terpinga-pinga dan menimbulkan banyak persoalan. Maka mulalah mencari beberapa maklumat berkaitan tanaman herba yang diberi nama SCHA INCHI. Kalau di Malaysia ramai yang kenal Scha Al-Yahya, tetapi itu artis, yang dinyatakan kini ialah tanaman herba.



TANAMAN SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di negara kita Malaysia. Bagaimana pun ramai mula bertanya penulis blog mengenai tanaman ini yang didakwa amat berkhasiat apabila pihak RISDA mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka.



Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'. Tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai.



Scha Inchi MudaTumbuhan ini adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar di atas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Ia jenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.



Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah di negara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong.



Banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi di pasaran sebagai makanan kesihatan. Artikel ini ditulis mengenai tanaman sacha inci sebagai satu usaha di dalam memperkenalkan tanaman ini kepada rakyat Malaysia yang berminat dengan tanaman dan produknya.



Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas. Bagaimana pun untuk penanaman baik, ia perlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau di kawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar.



Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil di bahagian hujung dahan. Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang.



Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada di bahagian bawah jambak.



Tanaman di kawasan tropika mampa baik di mana pokok mampu menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Buahnya dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4 - 7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gepal apabila masak. Bila cukup matang masa ia terbuka sendiri dapat dilihat bijinya dan dituai apabila telah buah kering betul. Buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Di dalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat.



Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji. Bijinya mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng maka memberikan rasa sangat sedap.



Penanaman sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai di atas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah.



Lazimnya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih kekebun. Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji.



Scha Inchi TuaBagi mereka yang ingin menanam sacha inci dalam bekas sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman.



Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit.



Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus.



Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. Seterusnya RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.



Dakwanya tanaman sacha inchi yang kaya dengan Omega 3, 6 dan 9 itu adalah sebagai gantian kepada tanaman guarana yang tidak diluluskan kerajaan kerana dikatakan boleh membawa penyakit kepada pokok getah di negara ini. Meskipun akur dengan keputusan itu tetapi beliau berpendapat, sepatutnya jabatan pertanian membuat kajian punca yang menyebabkan tidak boleh ditanam. Ini memandangkan guarana dikatakan mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada para pekebun kecil getah. Bagaimana pun ramai bertanya apa dia tanaman Sacha Inchi yang kurang diketahui.



Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja.


Laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Sepokok dewasa mampu untuk mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil. Bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan.



Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman.



Bagi penduduk tempatan mereka akan memetik buah sancha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimana pun bahagian biji inilah yang dilaporkan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.



Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimanapun kini produk dari sacha inchi ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah. Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan.



Bagi menyediakan produk pati minyak sacha inchi ini, didapati negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk di dalam kapsul. Maklumat ringkas mengenai produk dari sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional.



Ia disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan. Antara kehebatan khasiat produk ini seperti membantu dalam pembentukkan sistem otot disebabkan oleh bahan protien tunbuhan di dalamnya.



Ia juga membantu elakkan masaalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan serangan jantung.



Setiap satu sudu serbuk sacha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan. Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitr 3 sudu sahaja sehari menurut Persatuan Dietary Antarabangsa.



Bagaimanapun bagi sacha inchi dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan ambil 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin di dalamnya. Wasallam!!!...



Sumber: http://animhosnan.blogspot.com/2017/10/sacha-inchi-tanaman-apa.html




IlyTrolak:
"Kini pihak FELDA telah menjadi sacha inchi sebagai tanaman untuk menambah pendapatan peneroka FELDA."



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tazkirah Ringkas Nur Kiasatina Sempena Maulidur Rasul 2020

Bersempena dengan memperingati Rasulullahu Alaihi Wassalam, pihak PASTI Negeri Perak telah mengadakan pertandingan bagi memastikan murid-murid dalam aliran persekolahan PASTI dalam negeri Perak dapat mengingati dan mengetahui serta memahami erti pengorbanan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullahu Alaihi Wassalam kepada umat Islam.



Nur Kiasatina, salah seorang murid 5 tahun di PASTI Al-Ansar, Sungkai, Perak turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.



Marilah kita sama-sama dengarkan, apakah yang dipersembahan oleh Adik Nur Kiasatina ini.







Semoga anda semua dapat memahami apa yang disampaikan oleh Adik Nur Kiasatina.



#SayaSayangNabi

#SayaSayangRasulullah




IlyTrolak:
"Semoga Nur Kiasatina dapat menjadi pendakwah Islam yang sejati"



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah?

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID

28 September 2020,

9:00 am



SAUDARA PENGARANG,



Penularan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, malah angka jangkitan semakin meningkat sejak kebelakangan ini sekali gus amat merisaukan.



Walaupun tiada tanda untuk pulih, orang ramai tetap mengambil kesempatan untuk bercuti di dalam negara.



Ya, ia amat bagus dalam membantu ekonomi untuk pulih, namun apa yang dirisaukan adalah kemungkinan virus itu berjangkit amat tinggi terutama melibatkan kanak-kanak.



Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka.



Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.



Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain.



Bukan hendak menyalahkan guru yang terbeban dengan tanggungjawab mengajar, namun sekiranya ada pemantauan daripada pihak sekolah, kemungkinan pelajar akan lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.



Ini kerana kita tidak pasti pergaulan pelajar di luar sekolah, ke mana mereka pergi dan berjumpa dengan siapa sekali gus kebolehjangkitan itu amat tinggi.



Justeru, amat penting untuk pihak sekolah sentiasa berwaspada dan meningkatkan peraturan terutama ketika wabak ini masih berada pada tahap merisaukan.



IZYAN QISTINA QUSAIRI

Ampang, Selangor



Sumber: Utusan Digital




IlyTrolak:
"Tohmahan yang dilemparkan terus kepada golongan guru. Mengapa semua perkara perlu diletakkan di atas bahu guru? Walaupun pada ketika itu, pelajar-pelajar telah berada di luar kawasan sekolah. Adakah benar ia masih tanggungjawab pihak sekolah?



Paling hebat, pihak akhbar juga bertindak menyiarkan. Tujuan menyiarkan perkara ini adalah tidak dapat dipastikan.



Adakah pihak akhbar bersetuju dengan apa yang ditohmahkan atau pihak akhbar ada tujuan lain?



Di manakah sebenarnya bidang kuasa pihak sekolah? Adakah benar sehingga pelajar telah selesai sesi persekolahan dan berada di luar kawasan sekolah, pihak sekolah perlu mengawasi para pelajar ini?



Persoalan lain pula, DI MANA PULA EMAK DAN BAPA ATAU PENJAGA PELAJAR? Adakah mereka hanya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab dalam pekerjaan mereka?



Adakah tanggungjawab dalam pekerjaan tersebut boleh menafikan amanah dari Allah? Bukankah anak itu amanah daripada Allah?



Apakah ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui waktu pulang anak masing-masing?



Tidakkah ibu bapa dan penjaga menasihatkan anak-anak masing-masing agar mematuhi SOP ketika di luar rumah atau di tempat awam?



Jika ibu bapa dan penjaga telah menasihati anak-anak masing-masing, mengapa anak masih berkeliaran???



Nampak gayanya cakap ibu bapa pun anak-anak tak nak dengar...



Banyak persoalan yang akan dihujahkan sekiranya masing-masing ingin mencari kesalahan...


Sepatutnya antara ibu bapa dan pihak sekolah perlu saling memahami dan tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab terhadap satu pihak sahaja.



Yang pastinya IZYAN QISTINA QUSAIRI dari Ampang, Selangor harus sedar peranan sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan."



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tanah FELDA Umpama Lombong Emas

Dalam satu pertemuan bersama dengan Pengerusi FELDA sebelum Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Slim yang lepas, kalimat "FELDA Adalah Lombong Emas" merupakan slogan yang menjadi pilihan Pengerusi FELDA pada kali ini.



Memang tidak dinafikan kenyataan yang telah diberikan. Namun, keinginan untuk mengetahui secara lebih dalam tentang kandungan berkaitan perkara tersebut, menemukan kepada satu wawancara pihak Berita Harian bersama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris bin Jusoh.



Berikut disisipkan kembali temubual wartawan tersebut yang disiarkan dalam dalam ruangan Nasional akhbar dalam talian pada Ahad, 19 Julai 2020 pukul 2:49pm.






FELDA mahu menjadi peneraju utama sektor pertanian pintar dan pengeluaran makanan di negara ini dengan memanfaatkan sepenuhnya aset tanah yang dimilikinya. Dengan strategi tepat dan keazaman utuh akan membolehkannya menjadi organisasi global serta tersenarai dalam Fortune 500 pada masa akan datang.


Itu antara aspirasi Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh selepas dilantik menerajui FELDA pada 1 Mei 2020 dan berpendapat, organisasi itu memiliki potensi amat besar, bukan sekadar dalam sektor sawit semata-mata. Bagi beliau, FELDA umpama 'lombong emas' kerana pemilikan tanah terbesar di negara ini dengan keluasan lebih dua juta ekar atau 800,000 hektar boleh membuka banyak peluang baharu, sekali gus memanfaatkan peneroka dan juga negara. Wartawan BH, Mahanum Abdul Aziz berkongsi aspirasi dan visi pengerusi baharu FELDA ini yang komited dalam usaha memastikan agensi berkenaan terus maju dan mencapai pertumbuhan stabil dan lestari.



S: Apa pandangan Datuk Seri mengenai FELDA apabila dilantik menjadi pengerusinya?


J: Sebenarnya sebelum dilantik, saya anggap FELDA ini hanya organisasi berkaitan kelapa sawit. Jadi, kita melihat kelapa sawit, bagaimana kelapa sawit akan tingkatkan pendapatan peneroka, hendak tingkatkan hasil peneroka dan mengurangkan kos. Jadi, kita ingat ia mudah. Namun, apabila datang ke FELDA, ia lebih besar daripada itu. Ini satu tanggungjawab besar. Ramai yang lupa FELDA adalah agensi pembangunan tanah. Bagaimana untuk membangunkan tanah? Tanah simpanan kita besar. Dengan aset yang begitu baik, ia menjadi 'lombong emas'. Emas pula tidak akan kita dapat jika kita tidak gali. Kita kena melihat apa itu FELDA. FELDA potensinya besar. Oleh sebab itu, keluar naratif FELDA itu 'lombong emas'. Sebenarnya kata-kata itu bukan datang daripada saya. Ia daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Apabila saya dilantik, saya berjumpa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian dengan semua tokoh berkaitan FELDA. Saya berjumpa semua pihak kerana saya ingin mendalami apa sebenarnya FELDA.






S: Apa yang Datuk Seri maksudkan dengan FELDA lebih besar daripada yang dijangkakan?


J: FELDA mempunyai tanah lebih sejuta ekar, dengan FGV Holdings Bhd pula kita ada sejuta ekar lagi atau lebih 400,000 hektar tanah. Ini bermakna tanah simpanan kita miliki secara keseluruhan lebih dua juta ekar. Dari segi warga FELDA pula, mulanya kita mempunyai 112,638 peneroka. Peneroka asal hampir 46 peratus sudah meninggal dunia dan yang tinggal berusia lebih 60 tahun. Justeru, saya melihat perspektif FELDA, penerokanya ialah orang muda iaitu generasi kedua, ketiga dan keempat. Ia beralih daripada generasi asal kepada generasi kedua. Oleh sebab itu, kita mengembalikan konteks peneroka perintis yang berani, sukakan cabaran dan ia adalah konteks asas yang menjadi kelebihan dalam kemajuan FELDA.



S: Apa kelebihan dengan memiliki aset tanah yang besar?


J: Apabila melihat tanah sebagai aset yang begitu besar sekali, yang harganya terus meningkat. Jadi kita melihat, dengan tanah yang berjuta ekar, penerokanya dengan generasi kedua, ketiga yang hampir dua juta orang. Malah, ada antara mereka yang jadi orang besar, jutawan dan memegang jawatan besar dalam kerajaan. Saya melihat ini potensi besar yang melangkaui apa yang saya fikirkan. FELDA adalah 'lombong emas' kerana potensi harga tanah, aset yang sentiasa naik dan juga warganya yang begitu besar sekali.



S: Bagaimana FELDA boleh memanfaatkan peluang yang ada?


J: Saya selalu berfikir besar. Saya kata, saya mempunyai track record, saya boleh berfikir besar kerana ketika saya di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ramai yang persoalkan, bolehkah kita berada dalam kedudukan 100 universiti terbaik dunia? Saya berjanji dengan Perdana Menteri pada 2013, beri saya dua tahun, kita akan melepasi kedudukan 100 terbaik. Selepas tiga tahun, kita berjaya. Malah, sekarang kita bukan saja bercakap melepasi kedudukan 100 terbaik. Universiti Malaya kini di tangga ke-59 dunia daripada kedudukan 167. Saya selalu menetapkan sasaran tinggi. Anda boleh lihat kepada peta minda saya, peta minda mengenai apa yang hendak FELDA capai pada masa depan. Dengan tanah yang begitu luas dan nilainya yang sentiasa meningkat serta warga FELDA yang terdiri daripada mereka yang berpangkat besar, jutawan dan hartawan, ahli akademik, pakar bedah, kita hanya perlu untuk mengumpulkan mereka. Setiap hari, saya melihat Menara PETRONAS (setinggi) 88 tingkat. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, anda akan melihat FELDA yang berbeza, ada menara 99 tingkat, tersenarai dalam Fortune 500.



S: Apa pendekatan yang ada dalam perancangan Datuk Seri untuk tujuan itu?


J: Seperti yang saya katakan, saya mempunyai track record dalam delivering, tetapi pendekatan orang adalah berbeza. Lazimnya, mereka menggunakan pendekatan untuk masa depan yang lebih kepada struktur, proses. Perlu saya tekankan untuk FELDA, pendekatan ialah human design engineering. Ini berbeza sebab saya melihat perkara dari sudut yang berbeza. Ini adalah pendekatan saya ketika di KPT. Human design engineering adalah sains minda. Jika anda fikir anda boleh lakukan, anda akan cari jalan membuatnya, jika anda fikir tidak boleh buat, anda tidak akan buat. 'Anda adalah apa yang anda fikir, anda adalah apa yang anda rasa, anda adalah apa yang anda kata, anda adalah apa yang anda lakukan.'


S: Adakah pembangunan tanah FELDA akan hanya ditumpukan kepada sawit selepas ini?


J: Tidak. Kita akan beralih daripada satu jenis tanaman saja. Berbalik kepada sejarah, dulu kita tanam getah apabila Lembah Bilut dibangunkan pada 1956. Kemudian, kita beralih kepada kelapa sawit kerana ia adalah tanaman dengan hasil yang tinggi dan mampu memberi pendapatan lebih baik. Justeru, ia tidak bermakna kita tidak boleh berubah. Namun, kita tidak akan buat sewenang-wenangnya kerana kita akan melihat apa yang perlu. Tambahan pula sekarang, dengan ladang pintar, kita tidak perlu tanah yang banyak sangat. Tanaman yang menjana hasil tinggi seperti buah tin, RM100 sekilogram. Kita boleh guna fertigasi, kita guna rumah hijau. Rumah hijau akan mengawal racun serangga, air dan banyak lagi, ia adalah ladang pintar. Kalau hendak tanam durian juga boleh. Kita akan cari benih FELDA, yang mana ia lebih hebat daripada Musang King, Black Thorn. Ini adalah proses, ia bukan boleh terus jadi keesokan harinya. Jadi, kita akan gunakan pendekatan berbeza.



S: Boleh Datuk Seri kongsikan apa perancangan dan pendekatan baharu FELDA?


J: Perancangan strategik kerajaan bagi FELDA memberi penekanan kepada pelan pembangunan sosioekonomi yang komprehensif, meliputi aspek keusahawanan dan prasarana serta pembentukan akhlak dan sahsiah masyarakat peneroka baharu yang progresif, inovatif dan berdaya saing. Malah, pendekatan baharu yang akan diguna pakai oleh FELDA berpandukan matlamat 'pembentukan hasil terbaik' atau well formed outcome yang memberi tumpuan kepada lima tonggak utama, iaitu tadbir urus, peneroka, ladang, pendidikan dan keberkatan.



S: Apa yang ingin FELDA capai menerusi tadbir urus?


J: Aspek tadbir urus memberi penekanan kepada pelaksanaan keseluruhan struktur kumpulan FELDA bagi meningkatkan tahap profesionalisme berasaskan tadbir urus korporat yang terbaik. Ini termasuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia yang optimum serta berintegriti, menyelesaikan isu pewarisan tanah melalui pelaksanaan program pengemaskinian data pemilikan tanah peneroka yang bakal memuktamadkan maklumat pewarisan. Tadbir urus juga merangkumi menangani cabaran kewangan termasuk aliran tunai, penyata hutang peneroka serta menyasarkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1 bilion menjelang 2022.



S: Bagaimana pula dengan peneroka?


J: Pendekatan baharu bagi FELDA adalah aspek yang amat penting iaitu peneroka. Antara tumpuan utama adalah perancangan untuk membantu peneroka mencapai pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menjelang 2023, mewujudkan 1,000 usahawan jutawan dalam kalangan peneroka menjelang 2025 serta melaksanakan program dan inisiatif yang bakal menggalakkan pembabitan dan pemerkasaan generasi baharu peneroka. Ini termasuk penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal dan meningkatkan kualiti pendidikan dan jati diri generasi baharu.



S: Boleh Datuk Seri jelaskan mengenai pendekatan memantapkan ladang?


J: Aspek ladang adalah tonggak ketiga. Antara isu yang harus ditangani serta merta termasuk isu kelemahan pengurusan ladang yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum, menyasarkan pengeluaran hasil sebanyak 25 tan sehektar menjelang 2023, peningkatan kadar perahan minyak (OER) serta penggunaan teknologi moden, mekanisasi, automasi dan pertanian pintar secara bersepadu.



S: Bagaimana pula dengan pendidikan anak FELDA?


J: Pendidikan menjadi tonggak keempat pendekatan baharu FELDA. Usaha akan dipergiatkan dalam pelaburan modal insan bagi memastikan akses yang saksama kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti kepada anak peneroka FELDA. Ini termasuk sekolah pintar, latihan kemahiran dan juga neuro linguistic programming yang fokus kepada aspek kesedaran diri dan komunikasi yang berkesan untuk mengubah corak tingkah laku mental dan emosi.



S: Boleh Datuk Seri kongsikan apa yang mahu dilakukan menerusi pendekatan keberkatan?


J: Pendekatan kelima ialah inisiatif yang membawa keberkatan. Antara inisiatif yang dikenal pasti adalah Tabung Wakaf FELDA yang bakal dilaksanakan pada Disember ini. Wakaf adalah satu sektor yang perlu dikembangkan di samping keberkatannya. Wakaf adalah kerangka ekonomi, ramai orang tidak sedar. Kita cadang 30 peratus daripada pendapatan akan diwakafkan. Jika kita ada RM1 bilion dan 30 peratus daripadanya diwakafkan, maka dalam tempoh 10 tahun kita sudah mempunyai dana berjumlah setengah bilion.



S: Pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan mengenai penubuhan sebuah pasukan petugas khas untuk mencari kaedah terbaik bagi memastikan kemapanan kewangan dan kelestarian FELDA. Boleh Datuk Seri ulas lebih lanjut?


J: Pasukan petugas khas ini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar (Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia). Saya dan Tan Sri Mohd Bakke Salleh (bekas Pengerusi FELDA) sebagai (ahli) jawatankuasa. Kita mendengar (suara) peneroka, lembaga pengarah, Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Kita mendengar daripada semua pihak. Kita akan merangka model perniagaan baharu FELDA untuk melangkah ke depan. Ia adalah menyeluruh. Cadangan akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh dua bulan.

-

Sumber: Berita Harian Online


IlyTrolak:
"Walaupun isu yang dikemukakan dah berlalu dalam 2 bulan lepas, sehingga kini masih memerhati apakah gerak kerja yang menjelaskan temubual tersebut, agar tidak menjadi hanya satu slogan. Pastikan manfaat bukan hanya kemegahan negara tetapi manfaat yang dapat dikecapi oleh seluruh warga FELDA, khususnya peneroka dan generasi FELDA


Apa yang tidak selera didengar pada pertemuan bersama Datuk Seri Pengerusi FELDA, hasrat membina menara FELDA setinggi 99 tingkat. Apakah relevannya???


Contohi sahaja KLCC yang menjadi kemegahan Malaysia, berapa ramai rakyat marhain yang dapat membeli belah di tempat tersebut? Jika dilihat peluang pekerjaan, daripada 32 juta penduduk Malaysia kini, berapa banyak peluang perkerjaan yang disediakan untuk warganegara terutama rakyat marhain ini.


Tak perlu jelaskan lagi tentang kenikmatan daripada kemegahan untuk pembinaan bangunan.


Fokus kepada masa depan peneroka dan generasi FELDA perlulah menjurus kepada peningkatan taraf kehidupan kluster tersebut."



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Eksklusif: Spesifikasi Penuh Proton X50

KUALA LUMPUR: Hari yang dinanti-nantikan telah tiba buat rakyat Malaysia yang tertanya-tanya berkaitan harga, spesifikasi, varian dan warna bagi Proton X50.



Masakan tidak, ini kerana, Proton X50 dikatakan bakal menjadi 'bad boy' dalam pasaran automobil negara.



Astro AWANI berjaya mendapatkan maklumat awal berkaitan perkara-perkara tersebut daripada sumber yang dipercayai.



Hari ini merupakan pra-pelancarannya di Tanjung Malim yang akan dihadiri pengamal media yang dibenarkan membuat liputan dan melihat secara dekat Proton X50.



SPESIFIKASI ASAS



Proton X50 mempunyai empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.



Didatangkan dengan enam warna jet grey, ocean blue, passion red, silver dan oren.



Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan terkini, mod khas.



Selain itu, mempunyai enam beg udara bagi ciri keselamatan.



Ruangan lapan pemegang cawan, 3+1 USB, dua tone warna untuk varian premium dan flagship.





SPESIFIKASI ENJIN



Enjin SUV ini dibangunkan 100 peratus oleh Volvo menggunakan enjin model XC40.



Menggunakan enjin 1.5 liter disertakan dengan turbo (mengikut varian) serta transmisi tujuh gear.



Timing belt dikemaskini daripada model-model terdahulu sekaligus mengurangkan getaran pada bahagian enjin dan dashboard.



Bagi penggunaan petrol pula, satu liter mampu bergerak sejauh 16 kilometer (6.4 liter untuk 100KM).



CIRI-CIRI EKSKLUSIF



Proton X50 didatangkan dengan ciri-ciri eksklusif antaranya mempunyai sistem mengesan manusia dan objek, berbeza dengan X70 yang hanya mempunyai sistem mengesan objek sahaja.



'Sunroof' hanya kepada varian Premium dan flagship sahaja, 90 peratus tinted dan dilindungi sinaran ultra violet (UV).



Ciri-ciri lain termasuk Advance Driver Assistance System (ADAS) 2.0.



Bagi kelengkapan kamera, varian standard kamera hadir pada bahagian depan dan belakang kenderaan sahaja manakala Executive ke atas mempunyai kamera 360 darjah.



Voice command pula kini bersuara perempuan berbeza dengan Proton X70 yang menggunakan suara lelaki.



Untuk model premium dan flagship Infotainment (10.25 inchi) manakala standard dan executive (8 inci)





Antara ciri eksklusif lain juga adalah penggunaan aplikasi Proton yang boleh melakukan beberapa perkara dan ini termasuk mengawasi kereta, mengetahui lokasi kenderaan, menghidupkan enjin walaupun berada jauh dari kenderaan, melihat pintu telah dikunci atau tidak, memeriksa angin tayar dan jumlah petrol yang masih ada.



Ciri Eksklusif paling 'gempak' pertama bagi Proton X50 ialah parkir automatik (auto parking) yang boleh memudahkan pemandu masuk ke kotak parkir dengan sendirinya tanpa perlu memegang stering dan sudah pasti kemudahan ini yang ditunggu-tunggu.



Manakala ciri eksklusif kedua 'tergempak' Proton X50 ialah pemanduan automatik yang membolehkan kenderaan ini mengikut arah yang dipandu kereta di hadapannya dan sangat sesuai untuk mereka yang gemar berkonvoi.



Selain itu, terdapat juga ciri 'Lane departure' yang membolehkan kenderaan sentiasa mematuhi dan berada dalam laluannya, sekiranya tersasar ia akan berbunyi dan stereng akan bergegar.



Sekiranya berlaku kemalangan ia dibina untuk keselamatan automatik membolehkan lampu kecemasan bernyala, bahagian enjin akan jatuh dan tertutup sendiri.



Perbezaan dengan Honda HRV hanyalah ruang bonet belakang.



Seteru utama kepada tiga kereta Mazda CX-3, Honda HRV dan Toyota CHR.



Harga bagaimanapun terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab persaingan pemasaran, namun akan didedahkan secara rasmi oleh Proton apabila tiba masanya.



Lebih ruang, lebih kuasa dan lebih pintar, itulah Proton X50.



Sumber: astroawani.com



IlyTrolak: "Dengarnya pesaing kereta Malaysia bagi Proton pun dah bersedia model SUV Segmen B ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bagaimana Melayu Singapura Dipinggirkan Kerajaan PAP Tanpa Menukar Perlembagaan?

"Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!"



Begini jawapannya:

Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.



Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan 'lorong' kepada 'avenue' atau 'drive'. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?



Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?



Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?



Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?



Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.



Tapi menjadi bXXi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.



Sumber rujukan:

1. Perlembagaan Singapura ms 158



2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265



FB Abdul Rahim Hilmi Zakariya



IlyTrolak: "Terdapat juga Melayu yang memiliki kedudukan dan kuasa yang mempergunakan dan mencanangkan Melayu dan Islam tetapi dalam masa yang sama menindas hak-hak orang Melayu dan Islam"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pentaksiran Baharu Ke SBP Diumum Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR: Pentaksiran baharu bagi kemasukan murid tahun enam dan pelajar tingkatan tiga ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diumum dalam masa terdekat.



Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, berkata pentaksiran baharu itu diperkenal susulan keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini.



Katanya, bagi murid dan pelajar lain, kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan terus digunakan dan sehingga kini, sekolah tidak berdepan masalah untuk menilai prestasi mereka.



"Pentaksiran ke asrama penuh bagi murid tahun enam dan tingkatan tiga, kita akan maklum dalam masa terdekat. Ketika saya umumkan batalkan UPSR dan PT3 tahun ini, memang kita ada kaedah yang sudah dilaksanakan. Ia dapat dilaksana dengan baik sepanjang tempoh ini.



"Sejak dia masuk darjah satu pun sudah dinilai. Perkembangannya pun kita sudah ikut. Kita sudah lihat rekodnya pun. Sudah ada banyak maklumat yang kita boleh rujuk. Selepas sekolah dibuka dan ada proses penilaian, itu boleh diadakan dalam bilik darjah," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Putrajaya.



Dalam pada itu, Radzi berkata, kementerian juga sedang menilai keberkesanan pemansuhan sistem peperiksaan pada murid tahap satu.



"Ini perkara yang sedang diteliti secara menyeluruh. Secara prinsipnya, apabila saya lihat sistem pendidikan di Australia dan kembali ke tanah air, (murid) darjah satu dua sudah pergi tuisyen, ambil peperiksaan dan sebagainya. Ini satu keadaan yang tidak kondusif untuk perkembangan anak-anak.



"Sebab pada umur terlalu muda ini, adalah ruang untuk anak-anak bina karakter. Kita tak boleh terus menekan mereka dengan peperiksaan. Sebab itu perkara ini saya sedang lihat secara menyeluruh. Dalam usia sebegini kita melihat minat mereka dalam konteks enrolmen dalam sains dan teknologi semakin tahun semakin kurang," katanya.



Beliau berkata, keadaan ini berbeza dengan sistem pendidikan di negara maju lain yang mana sains dan teknologi dilihat sebagai subjek yang diberi penekanan memandangkan ia berupaya memacu ekonomi masa depan.



"Dunia sedang melihat kepakaran dalam sains dan teknologi untuk memacu ekonomi pada masa depan tetapi enrolmen (murid) kita mengurang. Untuk membentuk generasi ke arah itu, ia mesti bermula dari awal.



"Kita lihat semua sistem untuk melihat kaedah yang terbaik namun apa-apa yang sedang dilaksanakan, bawa kebaikan kita akan teruskan," katanya.







Sumber: Berita Harian





IlyTrolak: "Kajian yang berkesan dapat menempatkan sistem pendidikan yang bersesuaian kepada seluruh pelajar"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Perancangan Strategik JPN Perak 2020 - 2024

Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melancarkan Perancangan Strategik (PS) Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNPk) bagi Tahun 2020 hingga 2024. PS kali ini telah memaparkan visi baharu JPNPk iaitu Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik.

Selain itu juga JPNPk telah memilih "Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Hadapan" sebagai misi dalam menyampai hasrat visi.

Motto "We Deliver" Melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa
bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni. JPN Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan
pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik.

Di sini dilampirkan Dokumen Perancangan Strategik Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam format Microsoft Powerpoint (.pptx) yang boleh dibuat pindaan untuk kegunaan mengikut kesesuaian pihak sekolah.
Klik Sini Untuk Muat Turun



IlyTrolak:
"Satu persediaan dalam menghadapi Gelombang Ke-3 PPPM"



Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Jemaah Awal Saf Belakang

Ah!!! hari ini mesti ramai... Kalau lambat alamatnya kena duk luar atau balik... Berkebetulan dengan cuti dan seluruh umat Islam sedang melepaskan keinginan untuk beraya di kampung pada kali ini, selepas larangan pergerakan ke kampung pada Syawal lepas.



Perasaan gusar tetiba apabila melihat jam di dinding hampir pukul 12:45. Bergegas memperlengkapkan diri, mencapai apa yang patut dan menerpa apa yang sempat.



Alhamdulillah, belum lagi pukul 1:00.



Sebuah senyuman dilemparkan kepada surihati yang dari tadi memerhati.



Mencapai handle motosikal dipegang beserta menekan tombol penghidup enjin motosikal, terus menuju ke destinasi.



Ah!!! tertinggal pulak... berpatah balik ke rumah.



Melintas lagi tersipu-sipu senyuman yang dilemparkan... sesali kecuaian.



Sejadah disandang dibahu, perjalanan dimulakan kembali menuju ke rumah Allah.



Tiba di perkarangan, begitu ramai jemaah yang telah berbaris menunggu giliran untuk memasuki ruang solat.



Bermulalah pelagai pertanyaan di fikiran. Walaupun waktunya masih awal, tetapi pastinya jemaah sedia ada di ruang solat mungkin hampir penuh.



Dalam susunan baris yang agak panjang, kelihatan di baris tengah dari 3 baris agak kurang. Mencelah pantas untuk menempatkan diri di barisan tersebut.



Alhamdulillah... Itulah yang dikatakan rezeki... berada dikedudukan ke 4 dari depan. Walhal di baris kiri dan kanan melebihi 10 orang sedang berbaris.



Sebaik berada dalam barisan, terdengar tazkirah baru dimulakan... Sambil menunggu giliran dalam baris, mata melilau melihat gelagat jemaah lain di hadapan dan telinga mendengar tazkirah yang sedang ke udara.



Menjadi rutin di masjid ini, ketika menunggu masuk waktu solat Jumaat, terdapat Ustaz yang memberi tazkirah. Pengisian yang bermakna dan bermanfaat.



Kelihatan petugas masjid yang diamanahkan untuk melaksanakan kerja perekodan. 5 orang semuanya... 3 orang memantau rekod dicatatkan oleh jemaah, 2 orang sibuk mengimbas suhu di kepala, manakala seorang lagi bertindak sebagai penyelaras.



Mereka ini merupakan insan-insan yang perlu hadir awal, agar jemaah dapat disaring sebelum masuk ke ruang solat untuk menunaikan aolat Jumaat.



Seusai suhu diimbas dan mengisi rekod kehadiran, ruang solat dimasuki dan kelihatan telah ramai jemaah yang sedang kusyuk mendengar tazkirah.



Mata sekali lagi melilau-lilau meninjau tempat-tempat kosong yang dibenarkan untuk jemaah menempatkan diri untuk solat...



Di bahagian saf hadapan terdapat beberapa tempat yang kosong. Dalam hati mungkin itu tempat yang telah dikhaskan untuk petugas tadi.



Berniat iktikaf betul-betul di tengah-tengah ruangan solat bertentangan dengan mimbar, sambil mendengar tazkirah yang disampaikan.



Jemaah berterusan masuk dan sesekali mendengar arahan-arahan yang diberikan oleh para petugas kepada jemaah yang hadir.



Tetiba mata tertarik kepada seorang jemaah yang lalu di hadapan, langkahnya menyusuri saf demi saf, sehingga ke hadapan. Tinggal beberapa tempat sahaja di bahagian hadapan, tidak cukup untuk kesemua petugas tadi.



Kemudian diikuti beberapa jemaah lain yang terus mengisi kekosongan tempat di saf hadapan. Meleset sangkaan awal tadi dan sedikit rasa kecewa.



Di dalam hati "Kalau macam tu, baik tadi terus sahaja ke saf hadapan..." Tapi, ketentuan rezeki Allah yang Maha Mengetahui.



Syukur masih berkesempatan untuk turut serta sebagai jemaah pada hari ini.



Terlintas di fikiran, "petugas tadi di saf mana???"



Mereka lebih awal hadir dari jemaah yang sedang berpusu-pusu masuk tetapi tempat tiada di saf hadapan.



Mereka akan memasuki ruang solat dan berada dalam saf setelah jumlah jemaah mengikut kapisiti penjarakan yang ditetapkan dipenuhi.



Bermakna berkemungkinan besar mereka akan berada di saf yang ditinggalkan di bahagian belakang.



Apakah ini juga dianggap sebagai pengorbanan??? Berkorban untuk jemaah lain mendapat ganjaran pahala yang lebih berbanding diri sendiri. Tetapi, tugas mereka juga mempunyai ganjaran yang terbaik.



Pada pandangan peribadi, sepatutnya para petugas ini diberi keutamaan khas sebagai jemaah di saf bahagian hadapan.



Memang ramai yang mengetahui ganjaran berada di saf hadapan, sebagaimana yang diterangkan oleh Ustaz yang memberi tazkirah semasa menunggu waktu solat Jumaat tadi. Namun, mereka juga patut berada di saf hadapan.



Sumber Foto: Sinar Harian



IlyTrolak: "Perlunya diletakkan label khas untuk petugas agar mereka berada di saf hadapan ketika solat. Label bertujuan agar jemaah lain tidak mengambil tempat mereka. Jemaah lain sepatutnya lebih faham"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Penyelesaian Untuk Lot Amanah

Melayari internet untuk sebarang informasi, kekadang bermanfaat, kekadang tidak.



Melalui pelayaran di lelaman Facebook terjumpa pos berkaitan hartanah, dengan tajuk:



BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH KOS PECAH BAHAGIAN DAN TUKAR SYARAT TANAH GERAN KONGSI YANG MAHAL?



1. Isu kos pecah bahagian dan tukar syarat tanah geran kongsi sering dijadikan alasan oleh masyarakat untuk tidak melakukan urusan tersebut sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah pemilikan geran kongsi.



2. Mereka juga sering menyalahkan pihak lain seperti juru ukur yang mengenakan caj yang tinggi, kos permohonan di pejabat tanah yang tidak munasabah dan pelbagai syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menyempurnakan urusan tersebut sebagai alasan untuk tidak melakukan urusan pecah bahagian dan tukar syarat tersebut. Sedangkan satu usaha ke arah itu pun mereka tidak lakukan. Hanya pandai komplen itu dan ini sahaja.



3. Akhirnya, tiada apa yang mampu mereka lakukan selain memberi alasan demi alasan. Dan mereka masih selesa untuk terus mempraktiskan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Kononnya itulah cara yang paling mudah dan jimat bagi mereka. Akhirnya, bila timbul masalah dan perbalahan dikemudian hari, barulah kalut nak cari lawyer sana sini. Apabila lawyer caj yuran guaman tinggi mereka salahkan peguam pula. Kesudahannya sampai akhir hayat mereka, tanah geran kongsi tersebut kekal begitulah keadaannya.



4. Baik, betul ke kos urusan pecah bahagian dan tukar syarat itu mahal? Saya dimaklumkan oleh seorang anak guam saya yang telah melakukan urusan tersebut, sebenarnya kos untuk melaksanakan urusan tersebut tidaklah terlalu tinggi. Untuk satu tanah pertanian geran kongsi berkeluasan 2 ekar lebih, untuk urusan pecah bahagian dan tukar syarat kepada 10 lot banglo menelan kos lebih kurang dalam RM70K sahaja, di mana pecahannya secara umum termasuklah kos juru ukur dan konsultan sebanyak lebih kurang RM20K, manakala kos bayaran premium kepada pejabat tanah lebih kurang dalam RM50K.



5. Jika dikongsi seramai 10 orang, setiap orang hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM7K sahaja. Kos RM7K untuk mendapatkan satu lot banglo amatlah berbaloi berbanding dengan nilaian satu lot banglo tersebut yang boleh mencecah puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit.



6. Jika semua pemilik bersama nampak akan kelebihan besar yang diperolehi sekiranya urusan pecah bahagian dan tukar syarat itu dilakukan, saya yakin mereka pasti akan berikhtiar untuk mencari sedikit modal untuk melaksanakan urusan tersebut.



7. Mungkin bagi sesetengah orang jumlah tersebut agak besar. Tetapi bagi saya padanlah dengan hasil pulangan yang anda bakal perolehi. Dan yang lebih penting lagi ianya selamat dan hak serta kepentingan anda akan dilindungi oleh undang-undang.



8. Sekiranya anda masih berpandangan urusan pecah bahagian dan tukar syarat ini mahal anda mungkin boleh lakukan cara-cara alternatif seperti berikut. Pun begitu ianya masih memerlukan kos. Pendek kata tak de benda dalam dunia ni yang free atau murah.



9. Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:



A. Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.



Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.



Sekiranya Surat Wakil Kuasa (PA) telah ditandatangani oleh semua penama kepada seorang PA di kalangan penama-penama tersebut, maka hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.



Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.



B. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.



Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.



Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.



C. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.



Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.



Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.



10. Walau apapun, apa yang saya nyatakan ini hanyalah sekadar panduan sahaja. Memang betul, ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.



11. Mind setting yang betul, perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain disamping saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.



12. Sifat ego, suka menyalahkan pihak lain dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk mudah dan untung jangka masa pendek sahaja.



13. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak terhadap bahagian masing-masing di samping ianya lebih selamat dan dilindungi oleh undang-undang.



Soal kos takkan tak boleh selesai kot?



14. Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Terpulang pada diri anda sendiri. Sekurang-kurangnya saya dah lepas tanggungjawab saya menyampaikan apa yang saya tahu sebagai panduan kita bersama.



Wallahuaklam.



Terima kasih,



SALKUKHAIRI ABD. SUKOR

Timbalan Presiden

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)





Sumber: Jual Beli Tanah di Selangor kiriman Nor Ariffin



IlyTrolak: "Semoga dapat membenihkan sedikit idea untuk membuat keputusan."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Panjat Pokok Sebab Nak Jawab Peperiksaan Online

SHAH ALAM - Masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.



Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).



Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.



Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.



"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.



"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.



Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.



Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.





Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.


Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.



"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.



Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.





Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.


Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.



Sumber : https://www.sinarharian.com.my/



Tontoni video rakamannya:







IlyTrolak: "Hebat usaha yang dilakukan oleh pelajar ini... pelbagai cabaran yang dihadapi..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tangki Simpanan Petrol Terbakar, Dua Pekerja Cedera

IPOH: Dua pekerja lelaki cedera dalam kebakaran membabitkan tangki simpanan petrol di bawah tanah sebuah stesen minyak mini SMART di Jalan Felda Trolak Utara, Sungkai dekat sini, malam ini.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.26 malam.



"Kami segera mengerahkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bagi kerja memadamkan kebakaran. Ketika kejadian, pekerja berkenaan sedang melakukan kerja di kawasan tangki simpanan petrol berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.



Beliau berkata dua pekerja itu yang melecur di kaki dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.



Katanya kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api namun pihak bomba masih melakukan pemantauan di lokasi kejadian.



Punca kebakaran masih disiasat, katanya. – BERNAMA



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Trolak Utara No.1

PERAK memang sinonim dengan slogan, Perak No 1, tapi untuk sukan hoki rasanya paling sesuai ialah Felda Trolak Utara No 1.

Umum mengetahui bahawa Felda Trolak sentiasa melahirkan beberapa jaguh hoki negara seperti bekas penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaluddin, adiknya Izad Hakimi Jamaluddin, Sukri Mutalib dan Haziq Shamsul.

Semalam dalam akaun Facebook, Roslan yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan wanita, memuatnaik gambar bahawa felda yang terletak di Sungkai, Perak itu harus dihormati kerana melahirkan pemain hoki berkualiti.

"Kami di antara pemain hoki yang pernah mewakili negara dan ada yang masih mewakili 'Malaysian Hockey Team' hingga kini," katanya sambil berkongsi gambar memakai jersi pasukan, Felda Hockey - The Orengine Warriors.

Dalam entri berkenaan Roslan masih berharap bahawa Felda Trolak Utara dapat meneruskan kesinambungan melahirkan lebih ramai pemain kebangsaan.

"Kami semua anak Jati Felda. Anak-anak Peneroka Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak. Alhamdullilah masih ada kesinambungan setakat ini.

Semoga ada generasi baru dari anak-anak Felda yang akan mewakili negara di persada hoki antarabangsa, Insya Allah," katanya.



Dari Kiri: Sukri, Roslan, Izad dan Haiziq bakat hoki yang dicungkil dari FELDA Trolak Utara


Sumber: https://www.hmetro.com.my/

IlyTrolak: "Hasil Usaha Cikgu Ismail"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Hari Ini Hari Apa???

Awal Adik bangun hari ini, tetiba Ummi ringan mulut bertanya. "Awal bangun dik???"



"Adik nak sahur" tersentak sejenak Ummi dengan jawapan Adik. Sejak Ramadhan lagi, adik dah biasa dengan Sahur. Adik akan bangun tidur seawal pukul 5 pagi. Semangat Adik bila sebut tentang puasa.



"Ni puasa sunat je dik... tak apalah, kalau adik nak cuba, bolehlah..."



Abah yang masih di bilik study jelas mendengar perbualan dua beranak itu.



"Abah, Abah???" laung Adik yang berada di muka pintu.



Adik menghampiri Abah "Hari ini hari apa?"



"Hari ini hari Khamis..." Abah faham mengapa setiap hari Adik akan tanya soalan yang sama.



Adik memang sentiasa soalan tersebut bukan sekadar sekali, kekadang berkali-kali dalam sehari.



Adik sangat rindukan sekolahnya, Adik sangat rindukan kawan-kawan dan Adik sangat rindu cikgu-cikgu di sekolahnya.



Nama kawan-kawan dan nama cikgu-cikgu sekolahnya sering meniti di bibir. Sehingga Abah dan Ummi dapat ingat nama cikgu-cikgu dan kawan-kawan adik.



Kekadang Adik berlakon seolah-olah berada di sekolah, sekejap jadi cikgu, sekejap panggil nama kawan-kawan.



Seperti lagak seorang guru sedang mengajar anak muridnya.





"Isnin Monday



Selasa Tuesday



Rabu Wednesday



Khamis Thursday



Jumaat Friday



Sabtu Saturday



Ahad Sunday



Isnin sekolah balik"


Inilah salah satu senikata lagu yang sering Adik nyanyikan. Selepas habis nyanyi lagu tersebut, Adik akan tanya "Bila nak sekolah Abah???



"Tak lama lagi kut" jawapan yang selalu diulang sejak 3 bulan lepas...



Muka Adik sangat gembira apabila mendengar jawapan tersebut.



IlyTrolak: "Dalam hati... Abah pun tak tau..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Perak Benarkan 40 Jemaah Tunai Solat Jumaat, Solat Fardu

IPOH: Seramai 40 orang jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di seluruh surau dan masjid di seluruh Perak berkuatkuasa 12 Jun.



Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata bilangan jemaah tersebut tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa kariah.



Menurutnya perkara tersebut telah dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Baginda telah memperkenannya, selepas menimbang nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri yang turut merujuk garis panduan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



“Bilangan ahli jemaah hendaklah tidak melebihi 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.



“Ahli jemaah yang dibenarkan hadir untuk menunaikan Solat Jumaat dan bersolat jemaah pada masa ini hanyalah dalam kalangan warganegara Malaysia.



“Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat jemaah hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.







Selain itu beliau berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan garis panduan dan kaedah terkini bagi pelaksanaan Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah kepada semua pengerusi kariah masjid dan surau



“Penggunaan masjid, surau diri Jumaat dan surau untuk pelaksanaan Solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu, hendaklah mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM,” katanya.



Sebelum ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perak hanya membenarkan 12 orang jemaah sahaja bagi menunaikan Solat Jumaat dan Solat Sunat Aidilfitri di semua surau dan masjid.



Walau bagaimanapun ianya terhad kepada ahli jawatankuasa kariah dan pegawai masjid atau surau sahaja.



Sumber:

https://peraktoday.com.my/

https://www.maiamp.gov.my/



IlyTrolak: "Alhamdulillah, semoga terpilih menjadi jemaah"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Segmen Khas : Sekolah Norma Baharu

Persediaan dan persiapan terus dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pembukaan semula sekolah dapat berjalan dengan lancar.



Satu garis panduan telah disebar luas kepada pusat pendidikan dan juga pihak awam.



Berikut ialah video penerangan, bagi menjelaskan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang disampaikan sendiri oleh Menteri Pendidikan.







IlyTrolak: "Penerangan yang sangat jelas."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pengecualian Cukai Di Bawah PENJANA Manfaatkan Industri Minyak Sawit

Oleh Nurul Hanis Izmir



KUALA LUMPUR, 7 Jun -- Pekebun kecil dan syarikat sawit yang terjejas akibat COVID-19 kini boleh menarik nafas lega susulan pengecualian cukai di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan menguruskan paras stok dan menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM) negara.



Pada Jumaat, kerajaan mengumumkan pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas MSM, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai, 2020 hingga 31 Dis, 2020.



Mengulas selanjutnya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata pengecualian cukai itu akan mendorong penggiat industri untuk menjual lebih banyak minyak sawit dan membantu menjana pendapatan lebih tinggi sambil menyelesaikan masalah yang dihadapi, termasuk kos tambahan yang dikenakan ketika tempoh sukar ini.



“Kita boleh mempromosikan lebih banyak eksport khususnya kepada pengguna minyak sayuran utama termasuk India, China dan Pakistan,” kata Ketua Pengarahnya Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir kepada Bernama.



Pengumuman itu juga amat bertepatan dengan langkah India untuk mengimport 1.14 juta tan minyak sayuran pada bulan ini berbanding purata bulanan 865,000 juta tan pada April hingga Mei.



Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA), Sudhakar Desai dilaporkan berkata, berikutan perintah berkurung yang dilonggarkan, purata import minyak sayuran dijangka menokok kira-kira 1.3 juta hingga 1.4 juta tan sebulan mulai Julai hingga September.



Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena webinar yang dihoskan IVPA pada 29 Mei lepas.



Menurut Ahmad Parveez, pengimport India telah menandatangani kontrak dengan pembekal Malaysia untuk penghantaran 200,000 tan MSM pada Jun/Julai.



“Pembelian semula oleh India ini telah didorong oleh stok minyak sayuran domestik yang lembap di negara ini akibat sekatan keluar masuk yang telah mempengaruhi pergerakan barangan.



“Langkah kelonggaran perintah berkurung telah membolehkan pengimport India untuk kembali menyimpan stok komoditi itu. Kami berharap India akan muncul kembali sebagai pelanggan yang dihargai bagi minyak sawit Malaysia,” katanya.



Katanya MPOB berharap jumlah eksport ke India adalah lebih baik pada separuh kedua 2020 berikutan aktiviti perniagaan telah mula beroperasi dalam kebiasaan baharu.



Pengerusi MPOB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pengumuman oleh kerajaan itu, sudah pasti akan membantu industri untuk meningkatkan lagi nilai eksport sawit Malaysia ke luar negara, terutamanya India kerana kerajaan negara itu tidak lagi melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit yang ditapis.



“MPOB sentiasa komited dengan segala usaha untuk memastikan industri sawit terus maju dan berdaya saing. Kami sentiasa meletakkan kepentingan pekebun, pihak industri dan negara sebagai keutamaan operasi kami,” katanya.



Jika kesemuanya berjalan lancar, Ahmad Parveez berkata paras stok negara tidak akan mencecah paras tiga juta tan menjelang akhir tahun ini seperti diramalkan pakar-pakar perladangan (daripada jangkaan 2.28 juta tan pada Mei) dan harga purata MSM pada 2020 akan kekal pada RM2,500 satu tan.



Keadaan cuaca yang baik pada tahun ini dijangka mendorong pengeluaran yang memberangsangkan bagi minyak makan di seluruh dunia, justeru, memberi persaingan sengit kepada MSM.



Meskipun Indonesia selaku pesaing terdekat Malaysia meningkatkan duti import sebanyak US$5 kepada US$55, Malaysia berpeluang untuk menarik lebih ramai pembeli minyak sawit dengan harganya yang lebih rendah.



“Ini (pengecualian cukai) merupakan pakej yang menarik dan tepat pada masanya dan akan memanfaatkan keseluruhan industri,” kata Ahmad Parveez.



Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa komoditi itu adalah mencukupi untuk kegunaan di peringkat tempatan.



Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa mengunjurkan Malaysia menerima eksport MSM yang tinggi ke India dan Pakistan.



“Niaga hadapan MSM menerima galakan selepas pengumuman (PENJANA). Malaysia boleh menjangka eksport MSM yang tinggi ke negara-negara seperti India dan Pakistan dan harga eksport MSM Malaysia akan mempunyai kelebihan daya saing berbanding Indonesia,” kata beliau.



Bagaimanapun, beliau menegaskan pengukuhan ringgit berbanding dolar US dijangka mengurangkan kelebihan daya saing itu.



Ketika ditutup pada Jumaat, unit tempatan meningkat semula berbanding dolar US kepada 4.2640/2700 daripada 4.2740/2810 pada Khamis.



Mengulas mengenai rancangan India untuk mempromosikan penanaman sawit di peringkat domestik berikutan menjana hasil tinggi sebanyak empat tan sehektar, Sathia berkata pengeluaran sawit di negara itu adalah kecil sahaja.



“Sebanyak 70 peratus bergantung kepada import minyak makan dengan sawit adalah bahagian terbesar, diikuti minyak kacang soya,” katanya.



Tahun lepas, Malaysia mengeksport 18.46 juta tan minyak sawit berbanding 16.48 juta tan pada 2018. Tiga pembeli utama ialah India iaitu 4.4 juta tan (2018: 2.51 juta tan), China (2.49 juta tan; 2018:1.85 juta tan) dan Pakistan (1.08 juta tan; 2018:1.16 juta tan).





Sumber: BERNAMA @ https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1848960



IlyTrolak: "Semoga dapat merancakkan kembali industri sawit negara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Solat Jumaat 40 Jemaah, Mula Jumaat ini

KOTA BHARU – Kelantan membenarkan jemaah solat Jumaat ditambah kepada 40 orang berbanding sebelum ini hanya 12 individu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran tersebut berkuatkuasa pada 5 Jun ini.



Beliau berkata, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan selaku Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukkan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan agar solat Jumaat di negeri ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ianya terkawal sebagai langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19).



Tambahan bilangan jemaah daripada 12 orang kepada 40 orang terdiri daripada Imam Tua, Imam Muda, Bilal, Siak, Ahli Jawatankuasa masjid dan anak-anak mukim yang terpilih setelah mendapat pandangan Mufti Negeri Kelantan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.



“Diingatkan agar pelaksanaan Solat Jumaat ini mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan untuk mengelak berlakunya penularan virus Covid-19 di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian pada 3 Jun.



Beliau berkata, pastikan Pegawai-pegawai masjid (Imam Tua, Imam Muda, Bilal dan Siak), Ahli Jawatankuasa Masjid dan anak-anak mukim terpilih sahaja dibenarkan serta tidak melebihi jumlah 40 orang.



“Sediakan senarai dan maklumat jemaah yang terpilih dan mendaftarkan kehadiran di dalam buku pendaftaran.



“Saringan suhu kepada para jemaah yang hadir perlu dibuat. Mereka yang mempunyai bacaan suhu lebih 37.40 darjah celsius adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid,” katanya.



Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa, Ahli Jawatankuasa dan anak-anak mukim yang berumur 70 tahun ke atas serta bergejala batuk, demam selain sakit tekak juga tidak dibenarkan hadir.



Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa pintu pagar masjid dibuka 20 minit sebelum azan dan memastikan khutbah dan solat Jumaat diselesaikan dalam tempoh 20 minit setelah azan Jumaat.



“Kebenaran pelaksanaan solat Jumaat ini tertakluk kepada kepada kehadiran sekurang-kurangnya seorang anggota polis di setiap masjid.



“SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid. Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini.



“MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya. – Sinar Harian





Sumber: YADIM @ http://www.yadim.com.my/v2/solat-jumaat-40-jemaah-bermula-jumaat-ini/





IlyTrolak: "Alhamdulillah, Kelantan dah mula"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.