About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

FGV in Talks To Sell RM1bil Plantation Assets in Trurich

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd is in negotiations with seven potential buyers to sell its plantation assets worth RM1bil in Trurich Resources Sdn Bhd – its 50:50 joint-venture company with Lembaga Tabung Haji – by end-September.

Trurich owns two estates, totalling to 42,833ha, in Kalimantan, Indonesia.



FGV chief executive officer Datuk Haris Fadzilah Hassan said the group would sell the plantation estates as a package.







“Three out of the seven buyers are interested in both estates, while the remainder four are interested to buy only one estate.



“Preferably, we want to sell both as a whole,” he added.



Haris said the proceeds from the sale would be used in areas related to the group’s core assets while pointing out that Trurich has borrowings of RM700mil.



FGV is on track to achieve RM350mil proceeds from its divestment of non-core and non-performing assets over the next three years.



Earlier this month, FGV chairman Datuk Wira Azhar Abdul Hamid said that the group plans to liquidate and dispose of its 11 non-core subsidiaries over the next 18 months.



By end-2019, the divestments of three non-core assets with an estimated value of RM150mil are expected to be finalised.



“We hope to register some of the value of the disposal of non-core assets by second quarter or third quarter,” he said



FGV reported a net loss of RM3.37mil in the first quarter (Q1) ended March 31, 2019, compared with a net profit of RM1.12mil a year ago largely due to a sharp decline in crude palm oil (CPO) prices, and lower average selling price in the sugar sector.



On FGV’s strategy to return to profitability after four quarterly losses, Haris said the group would focus on the downstream sector, as CPO prices are low.



From the second quarter, FGV’s downstream business would launch four new products namely mass blended oil, industrial margarine, premium blended oil and coconut milk.



Moving forward, Haris said the company planned to strike a balance of the revenue contribution from both upstream and downstream to a 50:50 ratio by 2021 due to the “abnormal CPO price cycle”.



Currently, revenue contribution of the upstream and downstream sector to the company is 60:40, with the upstream sector contributing a majority of the revenue.



On the CPO prices, he expected it to trade between RM1,900 and RM2,200 per tonne in Q2 on US-China trade war, subdued demand from China, and competition from Indonesia.



Read more at The Star



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelajar, Guru ‘Mengamuk’ Bajet Pendidikan Dipotong

31/05/2019 – Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi beberapa jalan raya utama di seluruh Brazil, bantahan kedua dalam tempoh beberapa minggu susulan rancangan kerajaan untuk mengurangkan belanjawan pendidikan.



Kerajaan Presiden Jair Bolsonaro membangkitkan kemarahan pelajar dan guru berhubung cadangan untuk mengurangkan 30 peratus perbelanjaan untuk beberapa universiti awam pada separuh kedua tahun ini.



Penangguhan biasiswa pascasiswazah untuk pelajar dalam bidang sains dan kemanusiaan turut mengundang kemarahan pelajar.



Menurut wartawan AFP dan media tempatan, bantahan bermula di ibu negara pada sebelah pagi dan mula merebak ke seluruh negara membabitkan kira-kira 100 bandar. Dalam beberapa kes penunjuk perasaan mengawal seluruh bandar.



“Mesej utama adalah, pemotongan 30 peratus belanjawan pendidikan tidak masuk akal dan menjadikan ia mustahil bagi pendidikan tinggi di negara ini,” kata seorang guru Lina Vilela yang turut menyertai tunjuk perasaan yang kebanyakan memegang poster tertulis ‘Buku dan pensel adalah senjata kami’.



Pelajar perkhidmatan sosial, Karina Afonseca berkata, dia membantah tindakan ‘kemunduran intelektual’ Bolsonaro yang boleh memusnahkan Brazil.



“Saya berada di sini berjuang untuk golongan miskin yang berhak mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Saya bimbang generasi akan datang tidak akan mendapat peluang pendidikan seperti yang pernah saya nikmati,” kata Kaio Duarte.



Penunjuk perasaan di Rio de Janeiro, penunjuk perasaan membawa sepanduk menyifatkan Bolsonaro sebagai ‘musuh pendidikan’.



“Kami tidak boleh berlagak seolah-olah semuanya okay – ia tidak okay,” kata pelajar universiti, Isadora Duarte, 24.



Kementerian pendidikan mengeluarkan kenyataan amaran tidak membenarkan guru-guru, pelajar dan ibu bapa mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu ketika waktu persekolahan. – AFP



IlyTrolak: "Tidak berlaku di Malaysia"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Had Laju Diturunkan Sehingga 70 km Sejam

BENTONG 30 Mei - Had laju kenderaan di jalan persekutuan dan negeri diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam berbanding kadar biasa selama 15 hari bermula semalam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, penurunan had laju berkenaan menyaksikan had laju jalan persekutuan sepanjang tempoh itu 80 kilometer sejam manakala bagi jalan negeri adalah 70 kilometer sejam.



“Ingatlah, apabila hidupkan suis kenderaan, baca doa, ingat had laju kita 80 kilometer di jalan persekutuan dan 70 kilometer sejam di jalan negeri.



“Jika masih ikut had laju lama, bersedialah untuk disaman,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program ‘Coffee Break’ sempena Hari Raya Aidilfitri di Stesen Minyak Petronas Jalan Tras di sini hari ini.



Yang hadir sama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Bilut, Lee Chin Chen; ADUN Karak, D. Kamachee dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Abdul Razak Jaafar. - UTUSAN ONLINE





IlyTrolak: "Tindakan ini untuk mengurangkan kadar kemalangan atau menambah sumber kewangan?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Peneroka Felda Diluluskan?

KUALA LUMPUR 30 Mei - Selepas ditekan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya memutuskan untuk memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri 2019 kepada setiap peneroka Felda yang selalu diterima mereka menjelang ketibaan Syawal.



Utusan Malaysia difahamkan mesyuarat Kabinet pada 29 Mei lalu telah memutuskan pemberian bantuan khas bagi setiap peneroka sebanyak RM300 kepada lebih 112,000 peneroka Felda.



Juga difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau pulang dari Jepun selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference).



Ketika ini dikatakan tular dalam pelbagai platform media sosial mengenai surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi tentang keputusan tersebut.



Berdasarkan kandungan surat itu, Felda juga dimohon untuk membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka yang terlibat.



“Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyarankan supaya Felda membuat pembayaran Bantuan Khas Hari Raya tersebut dan tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dengan kadar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilftri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini,” menurut surat itu.



Berdasarkan kandungan surat itu, arahan tersebut ditujukan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar bertarikh 30 Mei 2019.



Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lebih berhasrat memberi keutamaan sumber bagi menyelamatkan Felda melalui rancangan pemulihan bernilai RM6.23 bilion yang diumumkan di Parlimen pada 10 April lalu berbanding memberikan bantuan kewangan dan kebendaan.



Kenyataan beliau itu mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak memandangkan peneroka kini hidup tertekan akibat kejatuhan harga komoditi.



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meminta kerajaan supaya mempertimbangkan rayuan untuk pemberian insentif Hari Raya Aidilfitri kepada peneroka Felda.



Pada tahun lalu, peneroka Felda di seluruh negara menerima insentif hari raya sebanyak RM450. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Bantuan Khas le namanya...."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

IPCMC: KPN Mahu Bela Hak, Kebajikan Seluruh Warga PDRM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menegaskan perjuangannya dalam penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah untuk membela hak dan kebajikan seluruh warga pasukan keselamatan itu.



Katanya, beliau mahu setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat hak yang sepatut dan setimpal dengan pengorbanan mereka dalam menjalankan tanggungjawab.



Beliau berkata, rakyat berhak memperkatakan apa saja terhadap PDRM berhubung penubuhan IPCMC, namun yang penting bagi dirinya ialah memperjuangkan kebajikan warga pasukan berkenaan.



“Kebanyakan warga PDRM sudah terima (bersetuju dengan penubuhan IPCMC) dan sekarang kita hanya menunggu bentuk muktamadnya.



“Selepas itu, tanggungjawab saya ialah meyakinkan anak buah bahawa apabila IPCMC terbentuk dan undang-undangnya diluluskan nanti, saya akan memastikan PDRM mendapat hak kebajikan sewajarnya,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan rondaan di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, sempena program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Negara, petang tadi.



Yang turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid.



Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, beliau juga tersentuh dengan keadaan balai dan kuarters polis yang daif berikutan tiada peruntukan membaikinya, manakala anggota pula tiada pilihan melainkan terus tinggal di situ.



“Sejak sebulan lalu, saya turun melakukan tinjauan di balai dan kuarters. Sedih apabila ada kuarters yang bumbungnya bocor di sana sini tetapi tidak mampu dibaiki kerana tiada peruntukan.



“Anggota pula terpaksa berkorban kerana mahal kalau hendak menyewa di luar, terpaksa jugalah duduk walaupun bocor. Itulah IPCMC yang saya perjuangkan.



“Pada masa sama, saya mahu membela warga PDRM yang selama ini tidak mendapat hak sepatutnya kerajaan berikan kepada mereka.



“Dengan gaji RM1,500, anak dua orang, tinggal di tengah Kuala Lumpur... cuba bayangkan,” katanya.



Media sebelum ini melaporkan penubuhan IPCMC akan diteruskan selepas mendapat persetujuan daripada PDRM.



Perkara itu dicapai melalui perbincangan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dengan 20 wakil jabatan PDRM serta persatuan polis diketuai Abdul Hamid di Perdana Putra, Putrajaya, 10 Mei lalu.



Ketua Pengarah GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dipetik sebagai berkata kertas Kabinet berhubung penubuhan IPCMC dijangka dapat dikemukakan selepas Aidilfitri.



Pada akhir tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata kerajaan bersetuju Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkasakan dan dikenali sebagai IPCMC.



Perdana Menteri berkata, IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik berikutan banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai PDRM.



IlyTrolak: "Teringat dokumen Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Jangan Biarkan IPGKKB Terkubur

KOTA BHARU: Selepas dua bulan diumumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) tidak akan ditutup, institut itu dikejutkan dengan kehadiran surat pekeliling yang mengarahkan tiada kemasukan pelajar dibuat untuk sesi Jun ini.



Edaran surat pekeliling daripada Kementerian Pendidikan itu diterima dua minggu lalu, turut menyatakan terdapat penyuraian dalam kalangan pensyarah yang dilihat ada percanggahan dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini.



Timbalan Pengerusi Portfilio Pendidikan Pengajian Tinggi dan Agama Pakatan Harapan (PH), Dr Mohd Sha’rani Mohd Naim, berkata ketika kunjungan Dr Maszlee pada Mac lalu, sebanyak 10 IPG yang dikatakan ditutup, diisytiharkan akan terus beroperasi seperti biasa.



“IPGKKB adalah salah satu daripadanya, malah akan dinaik taraf kerana akan ditawarkan kursus hubungan serantau dengan beberapa negara jiran.



“Apabila menerima surat pekeliling baru-baru ini, saya melihat terdapat pertembungan arahan antara pihak kementerian dan menteri (Pendidikan),” katanya kepada pemberita di IPGKKB di sini, hari ini.



Mohd Sha’rani berkata, sejak empat tahun lalu, sudah tiada kemasukan pelajar dibuat dan sebaik pengumuman Dr Maszlee bahawa IPGKKB tidak akan ditutup, ia memberi kelegaan kerana menaruh harapan tinggi pusat latihan guru itu akan kembali ‘hidup’ kerana sudah mengeluarkan ramai pendidik.



Katanya, sehingga kini, hanya terdapat 103 penuntut dan 122 pensyarah sahaja di IPGKKB, sekali gus menunjukkan bahawa IPG itu bakal berkubur juga suatu hari nanti.



Beliau yang juga bekas pensyarah IPGKKB, berkata menurut Dr Maszlee juga, sebanyak tiga kursus lagi akan ditambah di IPG itu iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pedagogi Pendidikan Islam, namun tidak pasti bagaimana kedudukannya apabila ada pertembungan arahan seperti itu.



“Saya bimbang apabila tiada pengambilan pelajar baharu dibuat, selepas ini penuntut semakin kurang, seterusnya tiada seorang pun yang tinggal selepas baki 103 orang ini tamat pengajian pada Jun tahun depan, sekali gus IPGKKB akan berkubur begitu sahaja.



“Begitu juga dengan penyuraian pensyarah di mana mereka akan ditempatkan di mana-mana IPG negeri lain mengikut kepakaran dan bayangkan jika ada (pensyarah) yang sudah berkeluarga dan umur yang hampir berpencen, apa nasib mereka? katanya.



Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan melihat secara serius masalah itu terutama pertembungan arahan yang membabitkan kementerian dengan Menteri Pendidikan.



“Adalah satu kerugian sekiranya IPGKKB yang ditubuhkan sejak 1954 dibiarkan berkubur kerana bakal hilang identitinya sebagai antara pusat latihan guru yang paling awal dibina,” katanya. - BERITA HARIAN



IlyTrolak: "Bekas pelajar di MPKB atau KBTC dan sekarangnya digelar IPGKKB"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

MUET Digunakan Sejak 2017 Kenal Pasti Tahap Penguasaan Guru

PUTRAJAYA - Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) telah dipilih sebagai ujian untuk guru opsyen Bahasa Inggeris bagi mengenal pasti tahap penguasaan mereka sejak tahun 2017, kata Kementerian Pendidikan (KPM).



KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, MUET juga telah digunakan untuk guru opsyen Bahasa Inggeris yang masih belum mencapai tahap penguasaan C1 di bawah Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).



"MUET dipilih kerana ia ujian yang dibina menggunakan kepakaran tempatan, telah dinilai berlandaskan CEFR, dilaksanakan tiga kali setahun di seluruh Malaysia, dan lebih murah berbanding ujian lain," katanya.





KPM juga membenarkan guru menduduki ujian selain MUET yang telah dijajarkan kepada CEFR seperti Aptis dan International English Language Testing System (IELTS), menurutnya.



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) baru-baru ini membantah arahan KPM supaya seramai 20,634 guru opsyen Bahasa Inggeris yang belum mengambil sebarang ujian profesiensi dikehendaki menduduki MUET dengan pembiayaan sendiri bagi mengetahui tahap penguasaan bahasa itu menjelang Disember hadapan.



Menurut NUTP, KPM dan pihak berkepentingan sektor pendidikan perlu membuat kajian untuk mengetahui punca yang mempengaruhi tahap penguasaan murid yang lemah dalam subjek itu berbanding memberi arahan supaya guru opsyen Bahasa Inggeris menduduki MUET. KPM menjelaskan pelan hala tuju pendidikan Bahasa Inggeris, English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap (2015-2025) telah digubal, sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah mengenal pasti keperluan bagi membantu guru dan murid menguasai bahasa Inggeris.



Bagi memenuhi keperluan guru dan murid menguasai Bahasa Inggeris, katanya kerangka piawaian antarabangsa CEFR digunakan sebagai penanda aras dengan tahap penguasaan yang ditetapkan bagi guru opsyen Bahasa Inggeris adalah pada tahap minimum CEFR C1.



Bagi membantu guru opsyen Bahasa Inggeris mencapai tahap penguasaan CEFR C1, KPM melaksanakan pelbagai latihan bersemuka, latihan dalam talian, latihan berbentuk komuniti pembelajaran guru (PLC), kepada guru opsyen Bahasa Inggeris, kata kementerian itu.





Menurut KPM, program khusus Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT) turut dilaksanakan dan sehingga kini, 67 peratus daripada guru yang telah menduduki ujian tahap penguasaan bahasa Inggeris berada pada tahap CEFR C1 dan C2.



KPM berkata ia sentiasa berusaha meningkatkan kualiti guru Bahasa Inggeris dengan memastikan hanya yang cemerlang dilantik. "KPM tidak berkompromi dengan syarat kelayakan calon guru opsyen Bahasa Inggeris bagi memastikan kualiti bahasa Inggeris murid di sekolah mencapai tahap yang ditetapkan supaya dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pasaran global," katanya.



KPM juga terus mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris termasuk penawaran lantikan baharu kepada guru subjek itu yang telah bersara awal, penempatan semula dan mempercepatkan pelantikan guru daripada bekalan pasaran terbuka seperti guru interim/kontrak opsyen Bahasa Inggeris.



"KPM dalam usaha untuk menempatkan 500 guru interim di sekolah rendah dan menengah. Mereka perlu menghadiri Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP) untuk disahkan dalam jawatan sebagai guru opsyen Bahasa Inggeris selepas tiga tahun," katanya. - SINAR HARIAN



IlyTrolak: "Pengalaman pengajian di universiti memaksa diri untuk mengambil MUET"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pendidikan Asas Penyatuan, Perpaduan Negara

Oleh Prof Datuk Dr Asma Ismail



KENYATAAN Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mempertahankan Program Matrikulasi untuk Bumiputera semasa menghadiri pertemuan dengan pelajar dan staf Universiti Sains Malaysia (USM) wajar dipuji.



Kata beliau, Program Matrikulasi masih perlu selagi berlaku ketidakseimbangan terutamanya dari sudut peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



Pendidikan dan peluang pekerjaan saling bersangkutan. Ini hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat. Rata-rata, tekanan berlaku dalam pelbagai sektor yang selama ini tidak berani didedahkan oleh kita.



Ia dianggap tabu dan walaupun ada kajian dibuat, ia jarang didedahkan demi menjaga keharmonian kaum.



Pendidikan menjadi mekanisme penting meningkatkan kebolehpasaran bakat masa hadapan yang perlu juga seimbang dan merapatkan jurang ketidaksamarataan yang ada.



Hal ini perlu disokong keseluruhan ekosistem yang ada termasuk syarat pekerjaan dan peluang untuk peningkatan dalam kerjaya, sesuai peningkatan bakat seperti disebut Menteri Pendidikan.



Kenapa kita tidak pernah pun berani menyentuh keseluruhan sistem pendidikan yang ada secara telus dan holistik?



Justeru, penting sekali reformasi terhadap keseluruhan sistem pendidikan diusahakan Kementerian Pendidikan.



Bagaimanapun, sebelum reformasi pendidikan boleh dilaksanakan, kita perlu terlebih dahulu melihat sama ada reformasi minda berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia.



Adakah ahli politik, ahli akademik dan mereka yang terbabit sebagai pembuat dasar mempunyai kesungguhan untuk duduk semeja berunding menyelesaikan perkara ini?



Hal ini hanya boleh dilakukan apabila wujudnya sikap berani menerima kenyataan tentang masalah da n cabaran yang ada.



Malaysia Baharu mesti menekankan perpaduan dalam kepelbagaian, sebagai titik utama untuk dihormati dan digunakan sebagai kekuatan masyarakat negara ini dalam menikmati kek ekonomi negara.



Kenyataan Menteri Pendidikan harus dilihat dalam konteks positif dan ikhlas, tanpa mengapi-apikannya dengan sentimen perkauman.



Agihan ekonomi saksama



Keperluan memberi akses pendidikan kepada golongan Bumiputera yang majoritinya berpendapatan rendah amat penting bagi memastikan berlakunya agihan ekonomi lebih saksama dan seimbang. Ini penting bagi kelangsungan kestabilan sesebuah negara.



Masyarakat negara ini tidak perlu diingatkan mengenai kepentingan mengambil iktibar dan pengajaran dari semua sejarah hitam negara sebelum ini.



Menangani isu kemiskinan dan mengurangkan jurang ketidaksamaan bukan sahaja agenda negara, tetapi juga agenda penting di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan menjadi tonggak Sustainable Development Goals (SDGs).



Dua daripada 17 agenda utama di bawah SDGs adalah ‘Poverty’ (kemiskinan) dan ‘Reduced Inequalities’ (mengurangkan ketidaksamaan) dan ia harus disantuni Malaysia.



Sistem pendidikan kita harus berupaya menjadi alat perpaduan utama, yang memperkasa masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya, hidup secara harmoni dan menjadikan kepelbagaian sebagai kelebihan untuk diraikan dan dilestarikan demi kelangsungan negara pada masa hadapan.



Matlamat dan prinsip Rukun Negara perlu dilihat seiring hasrat ini, yang perlu dijunjung seluruh rakyat sebagai sebahagian teras Malaysia Baharu yang kita inginkan.



Pendidikan sememangnya radas penting penyatuan bangsa dan kaum di sesebuah negara multi-etnik seperti Malaysia. Bermula dari umur enam hingga tujuh tahun, penerapan kebangsaan berteraskan penyatuan bangsa diperkenalkan, sesuai peribahasa ‘melentur buluh, biar dari rebungnya’.



Pengukuhan pemahaman sedemikian adalah berterusan dan diterapkan lagi di peringkat lebih tinggi. UNESCO misalnya dalam laporan tentang pendidikan abad ke-21 yang bertemakan Learning the Treasure Within, menekankan empat tonggak utama iaitu learning to know, learning to do, learning to live together dan learning to be.



Ia jelas menggambarkan kepentingan kebersamaan dalam pembangunan pendidikan individu yang menjadi sebahagian reformasi pendidikan baharu yang mendidik seseorang itu dengan keperluan membangun masa hadapan yang lebih bermakna.



Jelas, proses pendidikan bukan sahaja bertujuan meningkatkan kapasiti intelek dengan ilmu dan kemahiran, tetapi juga membekalkan kapasiti sosial individu untuk menghayati dan bersedia menerima kebersamaan dalam bermasyarakat, agar memberi natijah kebahagiaan dan keharmonian selaras konsep Shared Prosperity 2030 diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Sebagai institusi keilmwuan, USM akan terus menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan staf.



Melalui agenda ‘Unity in Diversity’ (penyatuan dalam kepelbagaian), USM merancang pelbagai program bertujuan memupuk ‘inter-cultural competencies’ (kecekapan antara budaya) bukan saja dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi juga membabitkan pelajar antarabangsa. Matlamatnya menghasilkan graduan ‘global citizens’ (warga negara global) yang bukan bersikap toleran terhadap perbezaan budaya masyarakat lain, tetapi memahami dan menghormati kepelbagaian itu.



Inilah langkah transformasi minda yang penting dan perlu dilaksanakan segera. - BERITA HARIAN



Penulis adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)



IlyTrolak: "Sekolah ada Program RIMUP & RIGUP"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Doa Selepas Solat Berserta Wirid

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.



Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.



Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.



1. Mulakan dengan istigfar



Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:







"Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya."



2. Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:







"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu."



3. Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:







"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka."



4. Seterusnya disambung dengan ucapan:







"Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."



5. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihah







"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."



6. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:







"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."



7. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:







"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"



8. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:







"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali."



9. Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:







"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"



10. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:







"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."



11. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:







"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam."



12. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:







"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."



13. Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:







"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."



14. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:







"Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."



15. Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:







"Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya."



16. Disambung lagi dengan surah An-Nas:







"Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"



17. Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:







"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."



18. Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:







"Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah"





19. Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:







"Maha Suci Allah"





20. Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:







"Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya"



21. Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:







"Segala puji bagi Allah"



22. Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:







"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat"



23. Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:







"Allah Maha Besar"



24. Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:







"Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah."



Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.



Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.



Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah:



Doa Selepas Solat Fardhu


Doa Selepas Solat (Pilihan 1)







"Dengan nama Alah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.



Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami.



Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.



Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Ya Allah, jadikanlah agama kam agama Nabi Muhammad.



Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya.



Keimanan kami, iman yang sempurna.



Solat kami, solat yang khusyuk.



Amal kami, amal yang soleh.



Niat kami, niat yang ikhlas.



Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun.



Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama.



Mati kami dengan mati syahid.



Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.



Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat.



Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka.



Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.



Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.



Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam."




Doa Selepas Solat (Pilihan 2)







"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya.



Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.



Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya.



Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.



Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.



Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu.



Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan.



Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya.



Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.



Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil.



Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama.



Matikan kami seperti kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi.



Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.



Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.



Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.



Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik.



Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka.



Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk.



Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya.



Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.



Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam."




Doa Selepas Solat (Pilihan 3)







"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.



Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.



Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.



Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab).



Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.



Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.



Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.



Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami.



Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.



Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.



Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.



Peliharalah kami daripada azab api neraka.



Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda.



Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam."




Doa Selepas Solat (Pilihan 4)







"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.



Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.



Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami.



Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.



Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.



Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.



Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.



Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.



Peliharalah kami daripada azab neraka.



Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.



Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."




Penutup:



Doa Ialah Untuk Membuktikan Sifat Kehambaan Kita di Hadapan Allah SWT




Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’



Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.



Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.



Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.



“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.



— Surah Ghafir ayat 60



Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah.



Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu.



Maka berdoalah.



Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.



Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.



Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.



IlyTrolak: "Semoga bermanfaat kepada kita semua!"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Belangkasuwa : Sultan Ahmad Shah Raja Disenangi Rakyat

KUANTAN, 17 Ramadan 1440H, Rabu – Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini, adalah seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutama apabila berlaku sesuatu bencana.



Almarhum yang mangkat pada usia 89 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri Pahang selama 45 tahun sebelum diambil alih oleh anakanda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan lalu, ekoran keadaan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan.



Tanpa mengira protokol dan darjat sebagai sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah merupakan antara orang yang terawal akan ‘menyinsing seluar’ mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang setiap kali berlaku bencana terutama banjir, untuk menghulur bantuan dan berkongsi derita serta keluh kesah dengan rakyat.



Walaupun Pahang merupakan antara yang kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh, namun baginda tidak pernah jemu untuk meranduk air, berhujan dan menaiki bot bagi membantu mangsa dan pernah mengerah tukang masak istana memasak untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.



Bagi Sultan Ahmad Shah, rakyat adalah keutamaan dan baginda yang lebih mesra membahasakan dirinya `saya’ juga sentiasa memantau pembangunan di Pahang dan tidak teragak-agak untuk menegur pihak yang terlibat jika mendapati sesuatu projek itu boleh membawa mudarat kepada rakyat.



Ini terbukti apabila Almarhum menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di Cameron Highlands November 2014.



Begitu juga semasa kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada November 2015, walaupun dalam keadaan keuzuran, baginda tetap turun padang melihat sendiri keadaan itu dan mengarahkan penyelesaian dicari bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.



Di kalangan pengamal media pula baginda turut disayangi dan disenangi kerana sifat mesra baginda yang tidak keberatan untuk ditemubual setiap kali ditemui disatu-satu majlis.



“Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” itulah ungkapan yang sering diucapkan menjadi pegangan baginda sehinggalah ketika baginda mula jarang kelihatan di khalayak umum kerana gering sebelum menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 28 Disember 2016.



Sultan Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.



Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.



Walaupun pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.



Apabila perang Dunia ke II berakhir, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.



Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang apabila peperangan tamat.



Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tingi dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon United Kingdom dalam bidang pentadbiran tempatan.



Tuanku juga berkesempatan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun.



Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri.



Putera dan puteri baginda ialah Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Datuk Seri Muhaini, Tengku Datuk Seri Aishah Marcella,Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Datuk Nong Fatimah, dan Tengku Datuk Shahariah.



Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera. Tengku Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah.



Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada usia 14 tahun dan ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab Pahang.



Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Sultan Pahang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar pekan setahun kemudian iaitu pada 8 Mei 1975.



Baginda kemudian dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-6 dan telah melaksanakan tugas sebagai ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-7 yang memerintah negara 26 April 1979 hingga 25 April 1984.



Lain-lain jawatan yang pernah disandang baginda termasuk Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) 1 Julai 1983, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984 sehingga 2014. Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. serta dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2011. – BERNAMA



IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kaji Punca Kelemahan Penguasaan Bahasa Inggeris Murid

KUALA LUMPUR 19 Mei - Kementerian Pendidikan dan pihak berkepentingan sektor pendidikan perlu membuat kajian komprehensif untuk mengetahui punca sebenar kelemahan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid berbanding menuding jari terhadap tahap penguasaan BI oleh para guru.



Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, mereka harus mengenal pasti punca yang mempengaruhi tahap penguasaan murid lemah dalam subjek itu berbanding memberi arahan supaya guru opsyen BI menduduki Malaysian University English Test (MUET).



“Pada tanggapan kami, selain kekurangan guru opsyen BI mungkin ada faktor lain seperti persekitaran, motivasi murid-murid seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mewajibkan untuk lulus subjek BI dan sebagainya, maka kita kena duduk semeja untuk tahu apakah faktor-faktornya,” katanya.







Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pendidikan Bahasa Inggeris NUTP, di sini hari ini.



Pada 14 April lepas, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam satu pekeliling mengarahkan supaya guru yang mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaaan MUET, bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris yang selari dengan keperluan termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.



Menurut arahan pekeliling itu, semua guru opsyen bahasa Inggeris perlu berada pada tahap penguasaan minimum C1 dalam kelayakan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).



Arahan pekeliling itu memaklumkan seramai 20,634 guru belum mengambil sebarang ujian profisiensi dan diminta untuk menjalani peperiksaan MUET.



Bagaimanapun Aminuddin berkata, berdasarkan Pelan Pembaharuan Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia: The Roadmap 2015-2025 tidak menyatakan mengenai keperluan menduduki peperiksaan MUET selain CEFR.



Aminuddin mengulangi pendirian pihaknya yang tidak setuju dengan arahan tersebut dan menyifatkan MUET hanya diambil oleh pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat universiti manakala para guru telah mengikuti pelbagai latihan intensif termasuk ‘Cambridge Placement Test’ dan ‘APTIS-Assess English Skills’ yang dikelolakan British Council.



Beliau turut mahu kementerian itu menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai keperluan guru yang perlu menduduki peperiksaan MUET.



“Kami ingin mendapatkan pengesahan siapakah yang wajib menduduki MUET? Adakah guru opsyen BI atau bukan opsyen BI kerana beberapa kenyataan yang bercanggah telah dikeluarkan oleh pihak kementerian sendiri,” katanya.



Tambahnya, NUTP juga mahu tahu nasib guru yang bakal menduduki ujian MUET pada November ini sekiranya tidak mencapai tahap yang ditetapkan selain akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bagi membincangkan isu ini. - BERNAMA



IlyTrolak: "CEFR dan MUET, arah dan tujuan diperincikan sebaiknya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.