About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dato Seri Ustaz Abu Hassan Din Telah Tiada

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.



Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad.



"Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah," tulisnya.



Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.



Berita lanjut akan menyusul. - UTUSAN ONLINE



إنَّا لِلَّهِ وَإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ



اَللَّهـُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ , وَلَا تَجْعَلْهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ





[VIDEO] Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subu



KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.



Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.



“Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan ketika ambulans sampai dah cuba buat bantuan kecemasan (CPR) sampai ke hospital.



“Tempoh CPR selama sejam (tetapi) tiada apa-apa kesan. Kemudian doktor berhenti (CPR) dan hampir pukul 7.30 pagi, doktor isytihar dia meninggal dunia,” katanya.



Menurut Mohamad Yusri, dia kini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk urusan membawa pulang jenazah.



Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Muda dan setelah itu akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah di kampung yang sama untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.







“Seterusnya jenazah dibawa untuk dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.



“Insya-Allah secepat mungkin, kalau sempat sebelum Zohor (dikebumikan),” katanya.



Abu Hassan merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Allahyarham Ishak Din. Kedua-dua abangnya kembali ke rahmatullah pada 2016.



Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis sebelum ke Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah lalu melanjutkan pelajaran di Mesir.



Selain pernah menjadi Penasihat Agama Istana Negara, Allahyarham turut berpengalaman berkhidmat di Masjid Negara dengan jawatan tertingginya sebagai Imam Besar. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Hilangnya seorang permata Islam"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ibu MB Perak Meninggal Dunia

IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaliha Nordin telah meninggal dunia pada jam 7.25 malam tadi.



Menerusi satu kenyataan oleh pejabat Menteri Besar, Zaliha, 79, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Sungai Rokam, dekat sini.



Katanya, jenazah akan dibawa ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir, di sini.



“Tempoh waktu untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin telah ditetapkan di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi, pada 29 April 2019 di Kediaman Rasmi Menteri Besar.



“Jenazah Allahyarhamah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Khairiah di Kampung Kepayang, Fair Park pada pukul 10.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Khairiah yang terletak berhampiran masjid tersebut,” katanya - Perak Today





IlyTrolak: "Takziah kepada MB Perak dan keluarga"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pelajar Dirotan 22 kali Dengan Batang Penyedok Sampah

LAHAD DATU - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirotan 22 kali oleh guru kelasnya dengan menggunakan sebatang plastik penyedok sampah di dalam kelasnya hingga punggungnya lebam, Rabu lalu.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner, Nasri Mansor berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tampil membuat laporan polis pada jam 9.56 pagi semalam terhadap seorang guru lelaki berusia 38 tahun berhubung kejadian terbabit.



"Dalam kejadian 11.30 pagi pada Rabu itu, mangsa dipercayai dirotan sebanyak 22 kali di hadapan pelajar lain selepas didapati tidak hadir ke sekolah pada Isnin lalu tanpa kebenaran dan makluman guru kelas terbabit.



"Siasatan awal mangsa mengakui tidak hadir kerana mengikuti bapanya ke Tawau bagi menyaksikan kejohanan taekwondo dan tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak sekolah berhubung perkara itu," katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.





sekadar hiasan


Katanya, mangsa, yang mendapatkan rawatan awal selepas kejadian, mengalami kecederaan lebam di bahagian punggung dan kecederaan tisu lembut.



Nasri, dalam pada itu berkata, guru berkenaan mengenakan denda terhadap mangsa menggunakan batang penyedok sampah kerana terlupa membawa rotan.



Sementara itu, katanya, guru berkenaan belum ditahan kerana siasatan masih berjalan dan selepas kertas siasatan disiapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.- Sinar Harian





IlyTrolak: "Dirotan atau dipukul dengan penyodok sampah??? Dah nak=ik hantu kot cikgu ni... Mesti berat kes ni..."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Minyak Sawit Malaysia Masih Banyak Potensi Untuk Cemerlang – Teresa Kok

KUALA LUMPUR 27 April - Minyak sawit Malaysia masih mempunyai banyak potensi untuk cemerlang berbanding pesaingnya seperti minyak kacang soya, sesawi, zaitun dan bunga matahari, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.



Bagaimanapun, katanya peserta industri besar dan kecil perlu memastikan minyak sawit Malaysia lebih baik daripada minyak makan yang lain.



“Kita perlu mematuhi semua peraturan termasuk mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bagi ladang kita.





“Sehingga 31 Mac, kira-kira 28 peratus daripada ladang kita diperakui MSPO. Kami mahu memastikan menjelang tahun depan, semua pengeksport minyak sawit terutamanya ke Kesatuan Eropah (EU) diperakui. Ini matlamat kami,” katanya pada taklimat bersama media sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.



Kok berkata kempen Sayangi Sawit dengan slogan ‘Produk Malaysia Lima Bintang’ yang dilancarkan baru-baru ini, menggesa peserta industri untuk meneliti semula cara mereka mengendalikan ladang mereka.



“Dengan menguruskan ladang dengan baik, secara automatik kita akan dapat menangani semua dakwaan terhadap industri ini, termasuk penebangan hutan, membunuh hidupan liar dan kehilangan biodiversiti.



“Itu sebabnya saya pergi ke Sabah. Saya mahu memberi inspirasi kepada semua kerajaan negeri dan peserta industri minyak sawit untuk menanam semula satu juta pokok hutan di seluruh negara.



“Saya turut menemui Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membincangkan tentang bagaimana kita dapat menghubungkan kembali seluruh koridor hidupan liar supaya ladang kelapa sawit dapat bersama hidupan liar kita. Beri kembali hutan kepada hidupan liar,” katanya.



Sementara itu, mengenai resolusi EU dan cadangannya untuk melarang minyak sawit ke Eropah, menteri itu mengakui bahawa ia akan menjadi ‘perjuangan jangka panjang’.



Beliau berkata walaupun berdekad menangani isu ini, lebih banyak penglibatan diperlukan antara Malaysia dan pemimpin politik EU.



“Kita masih perlu melobi dan berkempen untuk minyak sawit. Mengetahui pada Mei akan terdapat pilihan raya Parlimen Eropah dan perubahan iklim, semua ini menjadi kepentingan politik untuk semua calon yang bertanding dalam pilihan raya itu.



“Oleh itu, ia mungkin amat sukar bagi kami untuk meminta mereka menangguhkan peraturan perwakilan itu, tetapi peraturan tersebut akan dikaji semula pada Jun 2021,” katanya.



Ditanya mengenai potensi kehilangan hasil daripada kehilangan eksport ke blok perdagangan itu disebabkan larangan tersebut, menteri itu berkata tiada angka yang tepat pada peringkat ini berikutan ia masih mengimport minyak sawit Malaysia.



“Mereka akan menghentikan secara berperingkat jumlah import menjelang 2030,” katanya.



Data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia menunjukkan tahun lepas, negara mengeksport sejumlah 1.91 juta tan minyak sawit ke EU, susut empat peratus berbanding 1.99 juta tan dicatatkan pada 2017 dan menyumbang 12 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada 2018.



EU merupakan pembeli minyak sawit Malaysia kedua terbesar, selepas India.



Sementara itu, China merupakan pengguna ketiga diikuti Pakistan, Filipina, Turki dan AS. Tujuh negara utama ini menyumbang 9.31 juta tan atau 56.5 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada 2018.



Malaysia turut agresif mencari pasaran baharu dan mengembangkan pasaran semasa.



“Misalnya Rusia, telah menyatakan ia berminat untuk membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia. Sehubungan itu, Majlis Minyak Sawit Malaysia telah berurusan dengan pihak Rusia. Dan dua hari lepas, timbalan menteri saya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berada di Arab Saudi untuk seminar perdagangan minyak sawit.



“Reaksi daripada komuniti perniagaan Arab terhadap minyak sawit amat menggalakkan dan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan kita, akan pergi ke Iran dan Rusia di mana beliau juga akan berbincang dengan mereka mengenai minyak sawit Malaysia.



“Oleh itu, pada dasarnya menteri kabinet kita, tidak kira dari kementerian mana, mereka juga akan menjadi jurucakap bagi minyak sawit.



“Saya benar-benar berharap menjelang pertengahan tempoh perkhidmatan saya, saya akan dapat melakukan apa yang saya janjikan semasa mengambil alih portfolio ini pada 2 Julai, 2018, dan saya berharap kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 pokok (daripada sasaran satu juta).



“Semua usaha kita untuk pensijilan MSPO memberi hasil yang positif, dan kilang minyak sawit kita menghasilkan minyak gred premium untuk menolak semua dakwaan,” katanya.



Kok dan kementeriannya (termasuk agensinya) berjanji untuk melaksanakan empat bidang tumpuan utama untuk memastikan komoditi itu kekal menjadi penyumbang utama kepada hasil eksport negara.



Ia termasuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, terutamanya dengan mewujudkan pendekatan yang mesra pelabur, mesra perniagaan, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat (pekebun kecil, pengeluar, tenaga buruh).



Kementerian turut berjanji untuk mengukuhkan pasaran komoditi itu dan menggalakkan industri hiliran.- UTUSAN MELAYU



IlyTrolak: "Mohon konsisten dengan setiap kenyataan yang diberi. Kelapa sawit bukan semata-mata dijadikan minyak sahaja... banyak produk berasaskan sawit ni"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

BMW Motorrad Perkenal Empat Motosikal Baharu

KUALA LUMPUR 26 April – BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan portfolionya yang terdiri daripada motosikal premium dan serba dinamik terbaharu daripada segmen motosikal pengembaraan, penjelajahan dan skuter urban.



Model-model motosikal yang diperkenalkan hari ini ialah skuter urban BMW C 400 X dan BMW C 400 GT daripada segmen Mobiliti Urban serta jentera ‘enduro’ serba boleh, BMW F 750 GS terbaharu dan jentera penjelajah dinamik, BMW R 1250 RT yang terbaharu.





Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pihaknya telah menunjukkan kepakaran dalam aspek kebolehpercayaan, inovasi alaf baharu, kejuruteraan yang cemerlang, reka bentuk penular trend serta kaedah pembuatan yang bertanggungjawab dengan portfolio motosikal premium kami daripada BMW Motorrad.



``Kesemuanya ini telah memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen motosikal premium di peringkat global juga Malaysia,” katanya sempena pelancaran motosikal terbaharu BMW C 400 X, BMW C 400 GT, BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT di sini hari ini.



Tambah Hoelzl lagi, BMW Motorrad telah mencatat pencapaian yang mantap saban tahun, lebih daripada seribu motosikal berjaya diserahkan kepada pemilik baharu pada tahun 2018, melakar pertumbuhan sebanyak 7 peratus berbanding tahun sebelumnya.





Sementara itu Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley berkata, sejak lebih dari 35 tahun, model GS dan RT telah melambangkan kenikmatan tunggangan serba premium bagi sesi jelajah yang panjang, mahupun perjalanan santai yang pendek, ditujah dengan adrenalin berkuasa tinggi.



``Rangkaian jentera Mobiliti Urban daripada BMW secara alternatifnya dibangunkan sebagai solusi berorientasikan masa hadapan yang sempurna untuk persekitaran metropolitan. Dengan pengenalan empat model baharu tersebut, peluasan portfolio kami tidak mengecualikan sesiapapun kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup individu yang mendahagakan pengembaraan dan kemodenan,’’ katanya.



Membuat penampilan sulungnya di Malaysia, BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT terbaharu didatangkan dengan enjin canggih yang disempurnakan untuk mencapai tahap kuasa dan kilas yang lebih tinggi demi pengalaman tunggangan yang luar biasa.





Begitu juga dengan BMW C 400 X dan BMW C 400 GT yang dilengkapi dengan enjin versi baharu untuk tahap mobiliti yang lebih pantas bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.



Harga atas jalan tanpa insurans untuk BMW C 400 X baharu ialah RM44,500 sebuah, BMW C 400 GT (48,500), BMW F 750 GS (RM71,500) dan BMW R 1250 RT (RM139,500). - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Berita baik untuk penggemar motosikal berjenama BMW"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

FGV, JPV Teroka Potensi Makanan Haiwan Dari Hampas Sawit

SEREMBAN 26 April - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi meneroka potensi dalam pembangunan makanan haiwan berasaskan hampas isirung kelapa sawit (PKC).



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada perancangan strategik untuk menembusi dan memperluaskan produk sisa kepada pendapatan.





“FGV adalah pengeluar terbesar PKC dengan menghasilkan 380,000 tan metrik setahun dengan 97 peratus untuk dieksport. PKC digunakan sebagai bahan asas untuk makanan ruminan seperti lembu dan kambing.



“Dengan kerjasama ini kami harap dapat menawarkan makanan haiwan premium pada harga kompetitif dan membantu penternak mengurangkan kos makanan haiwan mereka,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas penyerahan dokumen memorandum persefahaman (MoU) dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Veterinar Sedunia dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dataran Nilai di sini hari ini.



Haris Fadzilah hadir bagi mewakili FGV manakala JPV diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam.



Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.



Menurut Haris Fadzilah, JPV akan membantu strategi makanan haiwan FGV dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, panduan program ruminan berkesan, membangunkan model perniagaan penternakan lembu dan nasihat mengenai geran, subsidi dan insentif kerajaan.



“Tujuan meneroka perniagaan berkaitan lembu ini adalah untuk mewujudkan cabang perniagaan baharu kerana kita bergantung terlalu lama kepada satu jenis perniagaan,” ujarnya.



Katanya, Malaysia mengimport 4 juta tan metrik makanan haiwan pada tahun 2017 dengan nilai RM7 juta dan produk PKC FGV berpotensi membangunkan kebergantungan industri pertanian kepada sumber luar. - UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Komersilkan makanan haiwan daripada hasil sawit"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

iGuru Sambut Baik Cadangan Nilai Semula Agihan Tugas Guru

BANGI, 17 Syaaban 1440H, Selasa – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru, supaya tidak membebankan serta menganggu tugas hakiki sebagai pendidik.



Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tumpuan dan masa guru seharusnya diberi keutamaan kepada proses kemenjadian murid melalui sesi bersama pelajar dan ibu bapa.



Beliau berkata, langkah itu juga secara tidak langsung memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara, sekali gus memastikan guru fokus dengan tugas hakikinya iaitu mengajar dan mendidik.



“iGuru berharap pihak pentadbir membuat kesesuaian tugas dengan mengambil kira kesesuaian sekolah masing-masing, tanpa mengorbankan aspek pembangunan duniawi.



“Langkah ini diharap dapat mengembalikan semula guru sebagai superhero dan tidak terbeban dengan hal-hal kerani yang membantutkan tugas utama mereka sebagai seorang guru iaitu mengajar dan mendidik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Terdahulu, Amin menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini, untuk menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru supaya tidak membebankan tugas hakiki mereka.



Beliau dilaporkan berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas pengetua dan guru besar.



“Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya pembentukan jawatankuasa yang banyak membabitkan guru harus dilihat dan diselaraskan semula,” katanya. - ISMAweb



IlyTrolak: "Perincian tentang semakan semula tugas guru perlu diuar-uarkan terlebih dahulu untuk sokongan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Nilai Semula Tugas Guru

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 guru besar dan pengetua di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas pengetua dan guru besar.



“Sekiranya 25 peratus kerja tambahan ini dapat dikurangkan, maka sudah tentu beban kerja guru akan berkurang.



Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya pembentukan jawatankuasa yang banyak membabitkan guru harus dilihat dan diselaraskan semula," katanya kepada Sinar Harian dalam satu temu bual khas di pejabatnya di sini.



Menurut beliau, memang diakui guru dahulu mengambil tahu semua hal ehwal berkaitan sekolah termasuk aspek pembangunan, tetapi guru sekarang mempunyai tugas yang lebih banyak memandangkan sistem pendidikan tidak lagi berorientasikan peperiksaan tetapi penilaian menyeluruh.



Katanya, pihak Kementerian Pendidikan memberi autonomi kepada sekolah untuk mencari jalan penyelesaian selain langkah berterusan yang diambil oleh kementerian bagi mengurangkan beban tugas guru.

“Sebenarnya tugas guru mempunyai dua kategori iaitu tanggungjawab profesional yang wajib dilakukan seperti buku rekod pengajaran yang mahu tak mahu memang kena buat dan juga tugasan yang berbentuk pentadbiran,” katanya.



Januari lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, bebanan tugas golongan pendidik dapat dikurangkan sehingga 25 peratus menerusi pelaksanaan lima inisiatif yang telah dirangka Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.



Katanya, kesemua inisiatif itu berkuat kuasa serta-merta. Ia merupakan perancangan jangka pendek yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan pada tahun ini. - Sinar Harian



IlyTrolak: "Kajian demi kajian yang berterusan dijalankan untuk menambahbaik perkhidmatan keguruan di Malaysia"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Enjin Boxer 1800cc Motosikal Cruiser BMW Bakal Tiba Pada Tahun 2020

- Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020.

- Berita ini telah disahkan oleh BMW Motorrad.

- Enjin prototaip tersebut pada waktu ini telah digunakan sebagai penjana kuasa bagi motosikal buatan khas.



Ianya telah disahkan bahawa enjin Boxer 1800cc bagi motosikal cruiser BMW akan membuat kemunculannya pada tahun 2020. Berita ini telah disahkan oleh Timo Reschm Naib Presiden Jualan dan Pemasaran BMW Motorrad.



Resch telah membuat kenyataan tersebut sewaktu acara Handbuilt Show di Austin, Texas, di mana Revival Cycles telah memperagakan sebuah motosikal buatan khas yang bergelar “Birdcage” yang dilengkapi dengan sebuah enjin Boxer 1800cc.





Dengan kerangka titanium kimpalan Birdcage yang mempersonakan itu, motosikal ini telah dicipta atas permintaan BMW Motorrad bagi memperagakan enjin yang baharu itu. Enjin ‘pushrod’ yang besar itu bakal menjadi platform bagi sebuah motosikal cruiser yang baharu pada tahun 2020.





Motosikal Birdcage ini merupakan motosikal kedua yang menggunakan enjin 1800cc berkenaan, selepas motosikal “R18”, yang telah dibina oleh Custom Works Zon dari Jepun.





”Kami akan mempersembahkan sebuah motosikal konsep yang dibangunkan oleh BMW Motorrad yang didatangkan dengan enjin ini dalam separuh pertama tahun 2020. BMW Motorrad akan mempersembahkan satu rangkaian motosikal pengeluaran dengan enjin Big Boxer bagi segmen motosikal cruiser dalam tahun 2020,” kata Resch.





Enjin gerakan injap ‘pushrod’, sejukan udara, 1800cc ini bermakna yang pengeluar dari Jerman ini sedang mempersiapkan diri untuk bersaing bersama Harley-Davidson dan Indian Motorcycles. Bagaimana pun, para penggemar kedua-dua jenama berkenaan amat setia sekali dengan jenama mereka dan ianya pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan bagaimana BMW Motorrad cuba untuk memenangi hati mereka.







Sumber:

Moto Malaya




IlyTrolak: "keterujaan pasti kepada peminat motosikal cruiser"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Anjakan 4 PPPM 2013-2025

[ANJAKAN 4 PPPM 2013-2025] Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.









IlyTrolak: "Bagaimana menetapkan standard kualiti guru tersebut?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Dua Kementerian Bergabung Bantu FELDA

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.



Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek bernilai RM 1 bilion itu akan bermula dalam masa terdekat dengan melibatkan beberapa jenis tanaman buah-buah serta sayur-sayuran.



“Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimana langkah seterusnya bagi memulihkan kembali Felda dengan mengemukakan konsep ‘cash crop’ bernilai hampir RM 1 bilion.



“Mungkin tahun ini suku daripada jumlah itu (RM250 juta) akan dilaksanakan. Jadi sememangnya kementerian kita saling berkerjasama bagi membantu Felda dan ini satu cabaran besar untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Hari Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Lembang Klang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE





IlyTrolak: "Termampukah tangan-tangan yang berurat tua itu untuk kembali membanting tulang mengusahakan apa yang disarankan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Anjakan 1 PPPM 2013-2015

[ANJAKAN 1 PPPM 2013-2025] Murid perlu mempunyai kemahiran asas seperti mengira dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif agar dapat bersaing di peringkat global.

















IlyTrolak: "Menyediakan kesamarataan akses, tahap keberhasilan murid dapat menjamin standard pendidikan yang berkualiti."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ucapan KPPM Sempena Persidangan GMGBM Kali ke-37

Berikut ialah Ucapan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena Persidangan atau Konvensyen Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia kali Ke-37 di Kuching, Sarawak



1. Datuk KPPM mengucapkan terima kasih atas jemputan dan ucapan tahniah kpd GMGBM atas penganjuran persidangan.



2. Respon 2 permintaan GMGBM



i.Gred hakiki GB DG48 akan menjadi perjuangan beliau dan akan terus sama berjuang bersama gmgbm sehingga dapat



ii.Tentang kebajikan guru rentetan kes kemalangan membabitkan kematian pelajar diJohor baru2 ini kpm akan terus bantu guru dan tidak akan ambil tindakan tapi kita perlu lihat semula SOP dan kpm xmampu halang jika pihak luar(ibubapa) utk saman namun kpm tidak akan lepas tangan dan akan cuba bantu pertahankan guru



*NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN*



3.Tuntutan terhadap pendidikan sangat tinggi, seolah2 setiap hari kita perlu berubah. Perubahan dlm 2 bentuk iaitu jangka pendek dan panjang. Yg paling oenting adalah perubahan budaya yg menuntut perubahan jiwa dan raga kita



4.Soalan pertama yg perlu kita tanya utk perubahan ialah apakah bentuk murid yg perlu kita lahirkan. Ianya mestilah memenuhi kehendak keperluan negara kita yg bersesuai dgn budaya negara.contoh kejayaan hidup berbilang kaum dinegara kita membuktikan sistem pendidikan tidak gagal.Bench marking terbaik kpd perubahan.



5.kompetensi guru haruslah berubah mengikut perubahan zaman.Yg lebih penting hanya kita yg mampu menyelesaikan masalah kita sendiri



6.Pembelajaran berkonsepkan student center di negara kita adalah contoh kekuatan dan kejayaan sistem pendidikan kita dimana hanya negara kita mampu melaksanakan kaedah pembelajaran student center utk kelas yg bersaiz murid lebih 45 org .Maka kita harus berbangga dgn kekuatan yg kita ada



7.Pemansuhan GPS di sk rendah adalah untuk menyokong PBS melalui PBD utk mengembalikan sistem pendidikan murid berdasarkan asas FPN yg jauh lari dari naratif lama iaitu exam oriented.PBS harus memenuhi tempoh masa 6+3.Drp 4 komponen PBS berdasarkan kajian PBD adalah merupakan bahagian kelemahan pengurusan paling ketara



8.KBAT , PAK21 adalah komponen penting dlm PBS/PBD dalam naratif baru kearah grows oriented, bukan exam oriented.Untak membawa kembali kpd nilai2 asas yg betul ini maka kita sebagai guru lah yg harus bertanggungjwb, bukan org luar/lain.



9.Objektif utama dlm UPSR ialah menguasai tahap minima dan tahap 3 dalam PBD.Maka setiap guru kena menjanjikan setiap pelajar mesti mampu mencapai tahap minima bukan berapa banyak A yg diperolehi.Pencapaian tahap minimum ini hendaklah meliputi semua 4 komponen PBS.



10.Dlm GPS dimana moral kita bila kita cuma mengagungkan murid A dan menafikan hak murid untuk mencapai tahap minima.Seharusnya setiap guru mengambil peranan sebagai tanggungjawab moral utk memastikan setiap murid berhak untuk mencapai tahap minima.



11.Untuk mengukur kualiti sistem pendidikan bukan melalui brp banyak pencapaian A tapi br9 banyak murid boleh menguasai soalan KBAT.Sbb alam temuduga mencari pekerjaan kita tidak akan ditanya brp banyak A tp akan ditanya cara berfikir kita



12.Seharusnya selepas 6 tahun di sk semua murid mampu menguasai tahap minimum dan 3 tahun di smk.



13.Pelaporan PBD akan diumumkan kpd umum pada bulan Jun





DICATAT OLEH:

NORDIN MOHD.TAIP

SUA MGB SABAH





IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ucapan YDP GMGBM Sempena Persidangan Kali Ke-37

Berikut antara intipati ucapan Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Rustam Affandy Bin Abdul Aziz sempena Persidangan GMGBM Kali ke-37 di Kuching, Sarawak.



  1. Mengucapkan tahniah semua perwakilan yang hadir dan MGB Sarawak sebagai tuan rumah di atas kejayaan penganjuran konvensyen dan persidangan

  2. Menerangkan tentang keyword Datuk KPPM iaitu fokus dan fokus kita adalah sebagai seorang guru manakala tugas dalam MGB adalah merupakan tugas ikhlas dan mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan atas kesanggupan pengorbanan masa tenaga dan wang ringgit.

  3. Visi dan misi GMGBM, MGBN, dan MGBD mesti selari dgn visi dan misi KPM.

  4. Memberikan penghargaan kepada bekas pemimpin-pemimpin GMGBM terdahulu hingga sekarang kerana menunjukkan kepemimpinan yang sentiasa progresif.

  5. Menyatakan perjuangan gred DG48 hakiki GB adalah merupakan perjuangan yang amat panjang dan bersyukur Datuk KPPM amat positif mengenai perkara ini.

  6. Perlantikan SIP+ dan SISC+ di sekolah rendah juga telah dibincangkan bersama-sama Datuk KPPM dan beliau amat positif mengenai perkara ini.

  7. Kejayaan perbincangan mengenai isu jadual waktu PAI bersama KPM.

  8. Pengurusan MGB sentiasa diperhatikan oleh banyak pihak termasuk SPRM. Oleh yang demikian semua MGBN dan MGBD perlulah perkukuhkan pengurusan perlembagaan dan pengurusan kewangan masing-masing.

  9. MGB bukan didaftar dibawah ROS, cuma didaftar dibawah pendaftar KPM.

  10. Jangan ada perbandingan keputusan UPSR antara JPN dgn JPN, antara PPD dgn PPD, antara SK dgn SK, sepatutnya tiada isu murid diberi penghargaan dan tidak dapat penghargaan, tapi secara realitinya perkara ini masih berlaku di beberapa tempat. Isu ini juga telah dibincangkan bersama Datuk KPPM.

  11. Gunakan Platform MGB ini secara profesional untuk membincangkan sebarang isu secara muafakat.



IlyTrolak: "Catatan telah disediakan oleh: Nordin bin Mohd. Taip, SUA MGB Sabah

"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Pembentangan Kertas Putih FELDA

UCAPAN YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI MENTERI HAL EHWAL EKONOMI SEMASA MEMBENTANGKAN USUL KERTAS PUTIH “KE ARAH KELESTARIAN LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)”



Tuan Yang di-Pertua,



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut,



“Bahawa Dewan ini,



menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang dihadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan kebajikan peneroka terus dibela oleh Kerajaan;



mengambil maklum cabaran dan pemasalahan peneroka, hasil penemuan audit forensik ke atas lapan (8) pelaburan yang dilaksanakan oleh FELDA dan anak syarikat serta prestasi kewangan FELDA, termasuk implikasi perjanjian pajakan tanah, pinjaman kepada peneroka dan pulangan pelaburan; dan



meluluskan dan merestui usaha Kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 6 Tahun 2019.



Bahawa dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)”, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama menyokong Kerajaan dalam menjayakan usaha ini.”



Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bentangkan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)” untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.



Tuan Yang di-Pertua,



PENDAHULUAN



1. Bermula dengan 616 peneroka perintis di Rancangan FELDA pertama pada tahun 1958 di Lurah Bilut, Pahang, FELDA kini telah membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.



2. FELDA bukan sahaja memenuhi objektif penubuhannya untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar, bahkan kecekapan dan kebertanggungjawaban pengurusan tokoh-tokoh awal FELDA seperti Tan Sri Taib Haji Andak dan YM Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali telah membangunkan FELDA menjadi sebuah agensi yang mandiri. Namun, tunjang kekuatan yang lalu. FELDA mula merapuh sedekad yang lalu.



SENARIO SEMASA FELDA



3. Jika dahulu FELDA sentiasa duduk di atas khazanah tunai berbilion ringgit, kini aliran tunai FELDA berada pada tahap kritikal. Baki tunai FELDA telah merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada tahun 2017. Kedudukan baki tunai terus menjunam sehingga RM35 juta sahaja pada 9 Mei 2018.



4. Kekangan aliran tunai ini telah menyebabkan FELDA tidak mampu menampung perbelanjaan operasi, kos penanaman semula dan bantuan serta pinjaman untuk peneroka. Isu defisit aliran tunai ini turut dibangkitkan dalam laporan audit Jabatan Audit Negara sejak tahun 2016.



5. Sebelum penyenaraian FGV, FELDA menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik FELDA seluas lebih kurang 400,000 hektar. Dalam tempoh 2007 sehingga 2011, FELDA mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.



6. Bagi tujuan penyenaraian FGV, FELDA telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik FELDA melalui Land Lease Agreement (LLA) untuk tempoh 99 tahun. Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan FELDA mulai merosot. FELDA melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017.



7. Mengikut LLA, FELDA akan menerima bayaran pajakan tanah ladang berjumlah RM248 juta setahun serta perkongsian keuntungan ladang pada kadar 15% setahun sebagai balasan pajakan tanah komersial milik FELDA. Namun, FELDA hanya menerima secara purata RM400 juta setahun daripada FGV berbanding keperluan sekurang-kurangnya RM800 juta setahun untuk mengurus ladang serta menjamin kebajikan peneroka.



8. Penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana FELDA telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV. Perolehan FELDA sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan FELDA dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta R&D. Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap (shady transactions).



9. Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum.



10. Kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96% lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu. Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.



11. Dato’ Sri Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan. Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan FELDA menanggung liabiliti yang tinggi.



12. Situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat ‘corporate malfeasance’ atau kedurjanaan urus tadbir korporat.



13. Jumlah hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100% daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107%. Manakala, keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590% dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA. Sebaliknya, pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA.



14. Menyedari hal ini, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan FELDA dari kemelut yang berterusan. Sebagai sebuah kerajaan yang peduli peneroka, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian holistik tentang kedudukan keseluruhan FELDA dan merangka hala tuju masa depan FELDA.



15. Usaha ini bermula dengan pembentukan satu pasukan khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama pengurusan baru FELDA dan firma profesional. Pasukan ini memberi fokus kepada penilaian semula kedudukan kewangan, pelaksanaan kajian audit forensik dan pembentukan hala tuju baru FELDA.



16. Dapatan audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset (impairment) berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50% daripada nilai pelaburan asal. Audit forensik juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman.



17. Audit forensik mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad yang selepas ini dikenali sebagai FO1 memegang jawatan Pengerusi dalam FELDA, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad. Pada masa yang sama, FO1 juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah FELDA dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi FELDA. Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan. FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta.



18. Pengurusan FELDA telah membuat laporan polis terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku berdasarkan dapatan audit forensik.



19. Dalam usaha untuk meneliti kedudukan sebenar FELDA, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan peneroka termasuk hutang peneroka kepada FELDA. Menurut rekod FELDA, baki hutang peneroka telah mencecah RM7.7 bilion pada tahun 2018 yang merangkumi antara lain, kos penanaman semula, Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



20. FELDA menghadapi kesukaran untuk mengutip semula hutang peneroka akibat kelemahan proses pengurusan peneroka, kelewatan dalam proses mengemaskini rekod peneroka dan akaun peneroka yang belum dikunci.



21. Kerajaan juga memandang serius di atas tindakan lebih 20,000 peneroka yang merampas kebun dan menghantar hasil kepada peraih dan kilang-kilang persendirian bagi mengelak pemotongan hutang kepada FELDA. Tindakan ini menyebabkan FELDA gagal untuk mengutip semula hutang dari peneroka tersebut. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada peraih dan kilang-kilang persendirian yang membeli hasil daripada peneroka yang merampas kebun.



22. Untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil mereka ke kilang-kilang milik FGV, FELDA dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah pun memperkenalkan skim pembayaran tunai dalam projek perintis di FELDA Wilayah Jengka dan akan dikembangkan kepada wilayah-wilayah di seluruh negara.



23. Pada ketika yang sama, Kerajaan mengambil serius di atas aduan peneroka-peneroka berhubung kelemahan pengurusan ladang oleh FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTP) yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum. FELDA bersedia untuk melihat kaedah-kaedah penambahbaikan termasuk semakan operasi (operational review). FELDA juga sedang dalam proses menggabungkan FTP dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan, pengurangan kos, mengoptimum produktiviti dan memaksimum hasil kebun peneroka.



24. FELDA turut mendengar rintihan peneroka-peneroka berhubung isu yang berkaitan penyata hutang peneroka. FELDA komited untuk memastikan integriti penyata hutang peneroka melalui proses penambahbaikan penyata tersebut.



HALA TUJU



25. Kelestarian FELDA amat penting bagi menjamin masa depan peneroka. Langkah pemulihan FELDA harus berteraskan usaha-usaha yang lebih gigih dan progresif demi menjamin industri perladangan yang mampan dan melahirkan generasi baru FELDA yang mandiri, kreatif dan inovatif yang berupaya mencipta rangkaian nilai ekonomi negara.



26. Pelan transformasi dan hala tuju FELDA akan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi.



Penambahbaikan Tadbir Urus Korporat



27. Tadbir urus korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah:



i. Melantik kepimpinan baharu FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti.



ii. Menyusun semula struktur korporat dan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.



iii. Memperkenalkan sistem semak dan imbang bagi mencegah dan menghalang penyalahgunaan kuasa dan salah laku rasuah.



Penstrukturan dan Pengukuhan Kewangan



28. FELDA memerlukan sistem kewangan yang baru dan lestari. Kedudukan kewangan semasa FELDA perlu distruktur semula dengan kadar segera melalui penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset. Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019. Pada tahun 2018, FELDA terpaksa melunaskan RM1.4 bilion bayaran pinjaman dan kadar faedah kepada institusi kewangan.



29. Untuk mendukung usaha FELDA, Kerajaan bersetuju memberi Jaminan Kerajaan (Government Guarantee) bagi membolehkan FELDA menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan.



30. FELDA kini di dalam proses mengenalpasti aset-aset tidak strategik yang berpotensi untuk dicairkan bagi menjana aliran tunai pada nilai yang terbaik.



Tuan Yang di-Pertua,



Penstrukturan dan Pengukuhan Operasi



31. FELDA akan memperkenalkan model baharu pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah. Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan (economies of scale). Pengenalan model baharu ini akan membolehkan tanah peneroka-peneroka digabungkan dan diusahakan secara cekap, berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti.



32. FELDA bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baharu seperti ‘smart farming’ dan ‘precision agriculture’. Usaha ini akan membantu peneroka untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sawit. Sebaliknya, peneroka mampu menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat. Bagi melaksanakan gagasan baru ini, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh 4 tahun.



33. Demi meringankan bebanan hutang peneroka, skim pengurusan aset canggih (SPAC) akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang lebih fleksibel menggantikan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Melalui skim baharu ini, peneroka akan menerima pinjaman yang bersesuaian berdasarkan pendapatan mereka. Cadangan skim baharu ini sedang diteliti secara mendalam termasuk libat urus dengan peneroka- peneroka. Sementara proses ini sedang berjalan, FELDA akan meneruskan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil mengikut kadar sedia ada. Bagi tahun 2019, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tujuan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.



Tuan Yang di-Pertua,



34. Untuk membiayai Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil, FELDA terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara 4% hingga 6%. Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8% di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan kewangan peneroka.



35. Merasai denyutan nadi peneroka, Kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan kepada peneroka. Bantuan Kerajaan ini dianggarkan berjumlah RM2 bilion.



36. Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua FELDA (Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)) yang terbengkalai sekian lama tanpa pembelaan daripada Kerajaan lama. Sebagai sebuah Kerajaan yang peduli generasi baru FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70% dan ke atas. Untuk tujuan ini, Kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019.



37. Sukacita saya mengumumkan bahawa secara keseluruhannya, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif di atas. Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah mengambil peduli tentang masalah peneroka FELDA dan masa depan FELDA.



PENUTUP



38. Saya juga ingin menzahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Kami Anak FELDA (KAF), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Koperasi Permodalan FELDA (KPF), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pertubuhan Suara Generasi Ke-2 FELDA (SGK2F) dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang secara aktif memberikan pandangan, teguran dan nasihat dalam program libat urus dengan Kementerian dan juga pengurusan FELDA. Saya berharap usaha Kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan daripada peneroka-peneroka FELDA untuk mengembalikan FELDA sebagai sebuah agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka FELDA dan menjamin kelestarian FELDA.



39. Saya yakin FELDA mampu bangkit semula. Dengan model baharu, FELDA akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.



40. Wahai peneroka FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama- samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan FELDA, rakyat dan negara.



Tuan Yang di-Pertua,



saya mohon mencadangkan.



Sumber: Berita Harian



IlyTrolak: "Semoga pemulihan ini benar-benar berlaku dan menguntungkan peneroka.
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Prestasi Kewangan Felda Merosot Selepas Penyenaraian FGV

KUALA LUMPUR 10 April - Prestasi kewangan Felda merosot sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017, selepas penyenaraian FGV Holdings Berhad (FGV).



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebelum penyenaraian FGV, Felda menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik Felda seluas sekitar 400,000 hektar.



Jelasnya, dalam tempoh 2007 sehingga 2011, Felda mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun.



“Bagi tujuan penyenaraian FGV, Felda telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik Felda melalui perjanjian sewa tanah (LLA) untuk tempoh 99 tahun.



“Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan Felda mulai merosot. Felda melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih pemulihan Felda di Dewan Rakyat hari ini.



Kata menteri itu lagi, penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.



Tambahnya, perolehan Felda sewajarnya dimanfaatkan untuk membangun kapasiti masa depan Felda dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi serta penyelidikan dan pembangunan.



“Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.



“Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum,” katanya.- UTUSAN ONLINE



IlyTrolak: "Pegangan sahama untuk peneroka?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.