Debat calon-calon Presiden UMNO yang dilaksanakan bermula jam 9.30 malam serta disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen Malaysia. Dua orang calon berada di studio iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, YB dan Khairy Jamaluddin, dan seorang melalui lintas langsung terus dari Bagan Datok iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Debat ini merupakan langkah terbaik untuk mempamerkan ketokohan masing-masing dan bagi menyatakan hasrat dan visi yang hendak dicapai oleh calon-calon yang bertanding. Segalanya mungkin telah pamerkan dalam debat tersebut. Terpulang kepada semua perwakilan untuk membuat pemilihan pada 30 Jun 2018 ini. Semoga dengan adanya debat ini, para pemilih akan dapat membuat penilaian terbaik mereka.
Kepada yang tidak berkesempatan atau ingin melihat kembali debat tersebut, saksikan rakaman yang telah dibuat oleh Astro Awani dan kepada semua, buat penilaian anda sendiri.
IlyTrolak:"Buatlah penilaian secara ikhlas dan jujur"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membuat tiga laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membabitkan bekas pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa entiti lain.
Timbalan Presiden ANAK Mohd Nasaie Ismail berkata laporan pertama adalah mengenai penjualan 51 peratus saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures (FGV) pada harga RM2.2 bilion atau RM19.61 sesaham pada 2013.
Bagaimanapun, katanya, Felda Badan Berkanun yang turut menjual 49 peratus pegangannya dalam FHB, menerima bayaran RM5.7 bilion atau RM52 sesaham daripada FGV.
"Kami minta SPRM buka siasatan terhadap semua yang terlibat iaitu Mohd Isa sebagai Pengerusi FELDA dan FGV ketika itu, serta pengerusi dan lembaga pengarah KPF atas keraguan berlakunya pecah amanah sehingga KPF rugi berbillion ringgit," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.
Menurutnya firma penyelidikan saham TA Securities dan Kenanga Research menganggarkan nilai pasaran 51 peratus saham KPF itu sepatutnya berharga antara RM3.2 bilion sehingga RM4.08 bilion.
"Ini bermakna KPF menerima bayaran kurang RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion. Dokumen hasil penyelidikan firma tersebut turut kami serahkan kepada SPRM hari ini," katanya.
Mohd Nasaie berkata dua lagi laporan membabitkan kes yang pernah dilaporkan kepada SPRM sebelum ini iaitu isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corp (FIC) dan pembelian Eagle High Plantation milik Rajawali Group Indonesia oleh FIC Properties.
"Kami melaporkan semula kedua-dua kes ini berikutan tiada tindakan lanjut diambil sebelum ini dan kami menyahut seruan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Datuk Seri Mohd Shukri Abdull) yang menyatakan kesediaan SPRM untuk membuka siasatan terhadap kes-kes lama," katanya.
Beliau berkata tahun lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian tiga hotel oleh FIC di London, Kuching dan Kota Kinabalu yang dibeli lebih tinggi daripada nilai pasaran.
"Walaupun dalam kes ini sudah ada tangkapan dan siasatan dilakukan terhadap Mohd Isa dan beberapa pegawai kanan, namun belum ada pendakwaan dibuat," katanya.
Dalam isu Eagle High Plantation pula, Mohd Nasaie berkata tindakan FIC Properties membeli syarikat perladangan itu mendapat kritikan penganalisis pasaran apabila ia dibeli pada harga RM2.26 bilion, jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.
"Apabila kita melawat kawasan ladang ini, ia bukan lokasi yang baik kerana tanahnya paya gambut dan masih banyak lagi proses penanaman semula yang perlu dilakukan," katanya. - BERNAMA
IlyTrolak:"Laporan berdasarkan kepada:
Penjualan 51 peratus saham Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures (FGV).
Pembelian 3 hotel di London oleh Felda Investment Corp (FIC).
Pembelian Eagle High Plantation milik Rajawali Group Indonesia oleh FIC Properties.
"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
MESYUARAT Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 dijadual berlangsung 6 Ogos depan, kata Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata upacara angkat sumpah semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), speaker serta timbalan speaker akan diadakan pada 3 Julai.
“Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan untuk berangkat merasmikan pembukaan sidang DUN pada Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM500,000 untuk Tabung Harapan daripada Unisem Group di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Mengenai calon speaker DUN, Ahmad Faizal berkata calon daripada Pakatan Harapan (PH) telah dikenal pasti.
“Kami dah kenal pasti calon daripada PH dan saya percaya pihak sebelah sana (PAS dan Barisan Nasional) akan menamakan calon mereka, kita tengok lah, setakat ini daripada tiga pihak,” katanya.
Pada PRU14, PH menang 29 daripada 59 kerusi DUN, BN (27), dan PAS (3).
Bagaimanapun, PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri setelah memperoleh majoriti mudah menerusi sokongan dua Adun BN.– BERNAMA
IlyTrolak:"Sidang pertama di bawah kerajaan Pakatan Harapan"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini.
A. PERIHAL JAWATAN :
Jawatan
:
Pembantu Operasi
Gred
:
N11
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan
:
Sokongan
Taraf Jawatan
:
Tetap
Jadual Gaji
:
GAJI PERMULAAN
RM1,216.00 – GAJI MAKSIMUM RM2,983.00
B. SYARAT LANTIKAN
1. PEMBANTU OPERASI GRED N11
i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
b. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
iii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat cuepacs.
C : UMUR
1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
D : PERMOHONAN
Resume yangg telah lengkap i hendaklah dihantar kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Resume yang lengkap hendakl dihantar ke alamat di atas sebelum atau pada 10 Julai 2018. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.
G : DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.
IlyTrolak:"Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Nama Majikan: Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)
Lokasi Kekosongan: Selangor
Tarikh Tutup Permohonan: 13 Julai 2018
Maklumat Jawatan Kosong:
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
ANGGOTA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Untuk memohon, pastikan anda ikuti langkah memohon kerja kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti di bawah.
Keperluan & Kelayakan Memohon:
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
Berperwatakan menarik
Berpengetahuan
Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
Kelebihan:
Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
Cuti Tahunan
Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)
Bagaimana Memohon:
Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
IlyTrolak:"Perkhidmatan dalam sebuah badan sukarela dalam Malaysia"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
KUALA LUMPUR 26 Jun – Istana Negara memaklumkan bahawa Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai ini.
Pemakluman tersebut dinyatakan dalam satu kenyataan akhbar, sebentar tadi.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah menghantar senarai nama tersebut pada 20 Jun lalu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Senarai nama tersebut telah diperkenankan oleh baginda dan dipulangkan semula ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun.
Pihak istana berharap pihak media untuk tidak menyiarkan sebarang berita dan maklumat yang tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE
IlyTrolak:"Melengkapkan anggota kabinet Malaysia Baru"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
22 Jun - BEKAS timbalan gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus yang terlibat dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dinamakan sebagai teraju baru bank pusat itu menggantikan Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan bulan ini.
Bloomberg memetik kenyataan seorang jurucakap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan pelantikan Nor Shamsiah selepas namanya mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Nor Shamsiah sebelum ini terlibat dalam siasatan skandal dana negara sarat hutang 1MDB ketika menjadi timbalan gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau memegang jawatan itu selama enam tahun sebelum berundur pada November 2016.
Beliau berkhidmat selama 30 tahun dengan BNM, terlibat dalam perancangan dasar tadbir urus kewangan, menyelia sektor perbankan, syarikat insuran dan takaful, risikan dan penguatkuasaan kewangan dan pengurusan bakat sumber manusia.
Beliau juga terlibat dalam inisiatif diambil bank pusat ketika Krisis Kewangan Asia dan menyediakan Pelan Pembangunan Sektor Kewangan 2001 hingga 2010.
Sebagai timbalan pengarah, beliau bertanggungjawab dalam aspek pengurusan risiko bank pusat. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank dan ahli panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas meninggalkan Bank Negara, beliau bekerja dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington sebagai pembantu pengarah Jabatan Kewangan dan Kapital Pasaran.
Muhammad yang dilantik jadi gabenor pada Mei 2016 meletak jawatan bulan ini selepas persoalan timbul mengenai peranan bank pusat itu dalam urus niaga membeli tanah kerajaan yang dikaitkan dengan usaha langsai hutang 1MDB.
Beliau bagaimanapun menegaskan yang urus niaga itu telus dan dilakukan ikut prosedur dan keputusan meletak jawatan adalah kerana mahu menjaga integriti institusi awam dihormati ramai itu.
"Saya sedia melepaskan jawatan saya sekiranya saya tidak lagi dipercayai dan tidak mendapat sokongan umum. Saya tidak boleh secara sedar terus memegang jawatan sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank." – The Malaysian Insight
IlyTrolak:"Wanita kedua dilantik ke jawatan tersebut"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang guru. Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI pada tahun 2018 ini.
Bagi mereka yang berminat, boleh memohon sekarang. Perlu diingatkan bahawa walaupun berjaya lulus dengan cemerlang kursus ini, tiada jaminan kepada peserta bahawa mereka dijanjikan posting atau penempatan.
Namun, memiliki diploma dalam pendidikan membolehkan anda dianggap lebih layak untuk menjadi guru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai kelulusan diploma dan ijazah dalam pendidikan. Untuk menjadi guru, perlu lulus temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Guru yang ditempatkan sebelum lulus temuduga SPP merupakan guru interim untuk mengisi kekosongan di sesebuah sekolah. Apabila dilantik ke jawatan interim, perlu peka dengan temuduga SPP untuk memudahkan dilantik menjadi guru tetap Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus DPLI ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Program DPLI 2018 ini merupakan program anjuran Universiti Malaya. Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik
Pendidikan Islam
Sains
Pendidikan Pra Sekolah
Pendidikan Seni Visual
Kemahiran Hidup
Pendidikan Jasmani
Pengajian Sosial
Pendidikan Muzik
Berikut merupakan antara syarat kelayakan program DPLI 2018 bawah universiti malaya ini adalah:
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 35 tahun.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.
Bagi memohon, pengguna perlu mendaftar dahulu username di laman Universiti Malaya. Selepas itu, perlu memilih kursus DPLI 2018 ini.
Kemasukan diploma ini merupakan kemasukan bagi sesi September 2018.
IlyTrolak:"Walaupun tiada jaminan penempatan, tetapi ia merupakan tiket untuk ke bidang perguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Kerajaan Malaysia terkini berhasrat untuk mengecilkan bilangan pelajar-pelajar dalam setiap kelas. Bermakna peluang kerjaya ke bidang perguruan ini akan bertambah. Jom, buat persediaan untuk ke bidang perguruan ini."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
BEIJING: Dua penuntut Malaysia yang mewakili pasukan debat Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) muncul johan dalam Pertandingan Debat Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa di China.
Education Malaysia Beijing (EMB) dalam kenyataannya berkata, Nur Afifah Elias dan Arina Safwah Jailan berjaya mempamerkan aksi debat yang cemerlang dan melayakkan diri ke peringkat akhir mewakili daerah Beijing selepas mengharungi lima pusingan dalam tempoh tiga bulan.
"Usul 'Penularan di Media Sosial: Barah atau Penawar?' membuktikan kesungguhan kedua-duanya berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan cemerlang.
"Pasukan debat BFSU dinobatkan sebagai johan sekaligus berjaya mencipta sejarah baru dalam rekod penyertaan kali ini," katanya.
Pertandingan terbabit berlangsung dari 15 April sehingga 15 Jun lalu menyaksikan pasukan debat terdiri daripada wakil 16 universiti terkemuka di daerah Beijing yang datang dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Sweden dan Australia.
Mengulas lanjut, EMB berbangga dengan prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan penuntut Malaysia.
"Ini menunjukkan kualiti dan potensi yang ada pada pelajar Malaysia setanding dengan negara-negara membangun lain.
"Semoga lebih ramai lagi penuntut Malaysia dapat mencipta kejayaan di negara tembok besar ini," katanya. - Berita Harian (BH) Online
IlyTrolak:"Lagi anak Malaysia yang membanggakan negara"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.
Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata mesyuarat Kabinet semalam memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri tidak boleh memberi surat sokongan kepada mana-mana tender dan cadangan, bagi memastikan tadbir urus yang baik bagi kerajaan.
Namun, katanya, penggunaan surat sokongan itu boleh dikaji bagi urusan Kementerian Pendidikan sekiranya ia tidak melibatkan wang selain jika ia isu terdesak seperti kesihatan.
"Sebagai contoh, surat sokongan cuti sebab sakit atau minta dipindahkan atas sebab kesihatan, ia tidak digalakkan tetapi akan dikaji jika kesnya tulen," katanya pada sidang media di kementerian itu di sini, hari ini.
Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayani sebarang surat sokongan untuk anak atau anak saudara.
Baru-baru ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta penggunaan surat sokongan untuk urusan perniagaan daripada kerajaan diperhalusi dengan teliti.
Beliau berkata, sekiranya boleh, kerajaan perlu menghentikan amalan surat sokongan itu bagi membendung salah guna kuasa dalam parti dan penjawat awam. - Free Malaysia Today (FMT)
IlyTrolak:"Semoga ketelusan ini akan dilaksanakan secara efisien"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
CHELTENHAM, United Kingdom: Saintis muda Malaysia, Dr Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di sini, baru-baru ini.
Beliau berjaya menawan hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, Cheltenham melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.
Beliau perlu bersaing dengan 11 finalis yang datang dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara akhir.
Keinginan untuk berkongsi perasaan teruja mengenai keindahan fenomena biologi mendorong Dr Siti Kayriyyah untuk menyertai pertandingan FameLab International ini.
Pertandingan berprestij ini berlangsung pada 7 Jun lalu sempena Pesta Sains Cheltenham. Dr Siti Kayriyyah adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia.
Terdahulu, Dr Siti Kayriyyah sudah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan, lantas melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia di saingan peringkat akhir itu.
FameLab International adalah pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak ramai dalam tempoh tiga minit sahaja.
Kemahiran penyampaian secara lisan ini adalah antara cabang dalam komunikasi sains yang bertujuan menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan dalam kalangan orang awam.
Kemenangan Dr. Siti Kayriyyah menyaksikan Malaysia sudah menjuarai Famelab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
Sebelum ini, Prof Dr Abhimanyu Veerakumarasivam dari Sunway University, selaku Pengerusi Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dinobatkan sebagai juara pada tahun 2016 melalui pembentangan beliau yang bertajuk 'Genetik Kanser'.
FameLab Malaysia 2018, adalah pertandingan pencarian bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dianjurkan bersama oleh Kumpulan Industri Perindustrian Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan British Council Malaysia.
FameLab dimulakan pada tahun 2005 di United Kingdom oleh Cheltenham Science Festival. Ia dibawa ke Malaysia pada 2015 pada platform MIGHT Academy dan British Council dengan matlamat untuk menutup jurang antara saintis dan orang awam. - Berita Harian
IlyTrolak:"Memang ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang hebat dipersada dunia... namun apa ertinya pengiktirafan hanya dilihat pada pembuktian seperti ini. Bagaimana yang sedang menuju ke arah pencapaian tersebut, tanpa sokongan sepenuhnya?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Kementerin Pendidikan Malaysia mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu beg sekolah berat melibatkan murid-murid.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini pihaknya menyerahkan tugas itu kepada pihak sekolah bagi melihat penyelesaian terbaik dalam menanganinya. - Twiter KPM
Memang banyak idea-idea yang boleh dilontar bagi menangani isu beg berat... tetapi apabila melibatkan kos, ia perlu pertimbangan yang sewajarnya.
Antara cadangan yang popular ialah mewujudkan buku teks digital.
Memang nampak signifikannya idea tersebut untuk mengatasi masalah, tetapi akan muncul isu-isu sampingan berkaitan penggunaan buku-buku digital pula.
Idea popular ini telah diutarakan sejak bertahun-tahun. tetapi mengapa tidak dilaksanakan?
Idea ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana ia memerlukan setiap murid untuk memiliki alat untuk dilihat buku digital tersebut.
Termampukah kerajaan nak menanggung kos keseluruhan tersebut dan kos tersebut bukanlah kos yang berbentuk One-Off untuk setiap murid.
Alat ini pula bukanlah alat yang terus berada dalam keadaan terbaik prestasinya, adakala ianya meragam dan rosak.
Pada ketika ini, kita perlu memikirkan kos berkala yang perlu dilibatkan untuk perbekalan.
Satu lagi permasalahannya ialah murid akan kerap merenung paparan digital yang pastinya akan wujud masalah keletihan dan kerosakan mata pula.
Membaca menggunakan buku digital ini sebenarnya ada keburukannya, sebagaimana kita mengadap monitor komputer pada setiap hari.
Banyak lagi isu yang akan berbangkit dengan terlaksananya pengagihan buku digital ini.
Cukup sekadar itu, hanya bertujuan untuk mencuit pemikiran berkaitan itu, buat seketika...
IlyTrolak:"Dulu pikul beg, kemudian naik bukit... tapi tak jadi isu pun.."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
PUTRAJAYA 11 Jun- Kementerian Pendidikan membekukan semua pertukaran melibatkan pelbagai jawatan dan pangkat di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau juga telah mengarahkan agar pegawai tertinggi kementerian menyemak semula kenaikan pangkat dan pertukaran peringkat JPN serta PPD yang berlaku dalam jangka masa dua bulan terakhir ini.
Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana kementerian telah menerima pelbagai maklumat mengenai percaturan yang mempunyai unsur-unsur politik kepartian di peringkat negeri dan daerah melalui JPN serta PPD.
“Kementerian juga mendapat maklumat ada usaha untuk menempatkan pegawai yang masih setia dengan kerajaan terdahulu di kawasan tertentu, langkah ini dipercayai untuk menyukarkan usaha kementerian membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan.
“Ini adalah perkara yang mengecewakan kerana saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak-anak kita,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai isu penyelewengan pemberian kontrak pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak, Maszlee berkata, pihaknya telah memulakan proses siasatan dalaman untuk mengenal pasti mereka yang bersalah dalam isu penyelewengan itu. - UTUSAN ONLINE
IlyTrolak:"Menyelesaikan percaturan berunsurkan politik sebelum ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memberhentikan siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang sedang dijalankan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berkuat kuasa serta merta.
Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada sidang media di sini, hari ini.
Marzlee berkata, bagi membantu pihak pengurusan sekolah memantapkan penggunaan SKPMg2 dengan berkesan, JNJK bagaimanapun akan meneruskan sesi latihan dan bimbingan yang diperlukan.
Katanya, dokumen SKPMg2 pada mulanya dihasilkan dalam usaha memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.
"Bagaimanapun, proses audit untuk verifikasi pengisian data SKPMg2 bagi 2017 menyebabkan salah faham dan kegelisahan dalam kalangan guru.
"Saya mahukan bebanan tugas guru dikurangkan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada usaha mendidik murid," katanya.
SKPMg2 terdiri daripada lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) serta kemenjadian murid. - Berita Harian
Berikut ialah surat siaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan perkara.
IlyTrolak:"SKPMg2 merupakan panduan untuk pengurusan sekolah, semoga ada penambahbaikan untuk memudahkan pelaksanaan di peringkat sekolah."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemberian insentif ini akan disemak semula bagi pembayaran pada tahun hadapan.
Katanya, pembayaran itu membabitkan kos RM50 juta bagi FELDA yang menggunakan peruntukan kerajaan dan RM44 juta bagi FELCRA yang digunakan menerusi peruntukan FELCRA.
"Kita akan semak yang mana penerima Bantuan Sara Hidup tidak layak menerima nya untuk tahun depan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Difahamkan terdapat seramai 112,635 peneroka FELDA dan 7,636 bukan ahli FELDA yang akan mendapat manfaat berkenaan.
Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM500,00 ahli parlimen kerajaan, kerajaan dan RM200,000 kepada pusat khidmat sebelum Aidilfitri.
Beliau berkata bagi ahli parlimen pembangkang pula akan diberikan RM100,000.
"Kita tetap akan bagi kepada ahli parlimen dan DUN pembangkang, tapi kurang sikitlah," katanya. - BERNAMA
IlyTrolak:"Syukurlah... tetap terima walaupun berkurangan dari amaun sebelum ini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
IlyTrolak:"SKPMg2 menjadi isu terkini pengurusan pendidikan terkini"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
Secara umum, surah al-Waqiah terdiri daripada 96 ayat. Menurut al-Hasan al-Bashry, surat al-Waqiah digolongkan sebagai surah Makkiyah tanpa pengecualian.
Berbeza dengan itu, Ikrimah, Jabir, Atha dan Ibn Abbas menyatakan bahawa al-Waqiah sebahagian daripada surah Makkiyah kecuali ayat ke-28.
Adapun al-Kilaby berpendapat bahawa empat ayat terakhir daripada surah al-Waqiah digolongkan sebagai Madaniyyah.
Kandungan surah al-Waqiah ialah mengenai hari kiamat selaras dengan maksud perkataan al-Waqiah itu sendiri yang bermaksud hari kiamat. Jika diperincikan, perbahasan dalam surah ini antaranya ialah:
Saranan mempersiapkan diri untuk hari pembalasan.
Menghayati keimanan.
Usaha mendapatkan reda Allah dengan amalan soleh.
Penjelasan mengenai kekuasaan Allah sebagai bukti kepada manusia atas keesaan-Nya.
Penjelasan mengenai tiga golongan manusia yang dihadapkan kepada Allah, balasan kepada golongan tersebut dan sebab mengapa mereka mendapat balasan itu.
Terdapat gambaran mengenai proses seseorang manusia meninggal dunia. Proses kematian itu digambarkan bertujuan agar manusia mengambil pengajaran bahawa tiada kuasa yang membolehkan mereka lari daripada kematian.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya, dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Wallahualam
IlyTrolak:"Bila berinformasi tentang kekayaan, sudah pasti ramai yang berminat, tetapi untuk mengusahakan kekayaan tersebut, menjadi pokok persoalannya"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
(Surah As-Sad: 29)
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
IlyTrolak:"Selamat Mengingati Peristiwa Nuzul Quran"