About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Kurikulum Sekolah Akan Diubah???

Terkejut dengan "statement" yang diberikan melalui beberapa media massa dan media sosial berkaitan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar. Jom lihat beritanya di sini iaitu di Kosmo dan Berita Awani

Apa yang dinyatakan oleh Tun M ialah:

- Sekolah Kebangsaan hanya memberi tumpuan kepada subjek agama.

- Belajar agama hanya akan menjadi ulamak sahaja.

- Belajar agama tidak akan mahir perkara lain.

- Belajar agama tidak dapat bekerja.

- Belajar agama tidak akan memajukan negara.

- Bahasa Inggeris dipuja-puja.

- Bahasa Inggeris boleh memajukan diri dan negara.

Berkeputusan tersebut, maka kerajaan bercadang untuk mengubah kurikulum pendidikan sekali lagi.

Rasanya sejak kebelakang ini, kerap benar berlaku perubahan berkaitan kurikulum. Penyemakan terkini yang berlaku pada tahun 2017, merupakan pengemaskinian dan pemantapan terhadap kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang digelar KSSR Semakan 2017. Baru sahaja selesai penyemakan untuk KSSR Semakan 2017 untuk Tahun 3, kerajaan Malaysia Baru hendak mengubah kurikulum lagi.

Dalam penelitian untuk KSSR Semakan 2017, subjek Pendidikan Islam hanya mempunyai 96 jam masa setahun berbanding jumlah jam setahun untuk keseluruhan mata pelajaran. Pengagihan untuk tempoh 32 minggu bagi setahun guru-guru Pendidikan Islam hanya mengajar 3 jam untuk seminggu bagi satu-satu kelas. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtiasas KSSR Semakan bertarikh 02 November 2016.

Kenyataan seolah-olah menyatakan sekolah kebangsaan sekarang hanya memberi tumpuan kepada subjek agama. Mengapa PM Tun M menyatakan begitu? Subjek agama hanya lebih kurang 96 jam setahun berbanding jumlah jam keseluruhan jam setahun mata pelajaran iaitu 752 jam setahun untuk tahap 1 dan 800 jam setahun untuk tahap 2. Masih berbaki 656 jam setahun untuk tahap 1 dan 704 jam setahun untuk tahap 2.

Berdasarkan kepada peratusan pula, mata pelajaran agama hanya 12.8% sahaja daripada peratus keseluruhan mata pelajaran untuk tahap 1, dan 12% untuk tahap 2. Peratus tersebut juga memperlihatkan betapa kecilnya peratus masa mengajar untuk menyampaikan ilmu agama tersebut.

Jika dilihat kepada mata pelajaran bahasa Inggeris,yang memperuntukan masa mengajar sebanyak 160 jam setahun untuk kedua-dua tahap. Mengikut peratusan peruntukan masanya pula ialah 21.3% untuk tahap 1 dan 20% untuk tahap 2. Peratusan yang lebih besar berbandingan mata pelajaran agama.

Jika diagihkan peruntukan masa jam setahun dengan bilangan minggu standard iaitu 32 minggu, guru-guru bahasa Inggeris dapat meluangkan masa sebanyak 5 jam bersama-sama untuk satu-satu minggu. Ini bermakna masa guru bahasa Inggeris lebih lama bersama-sama murid berbanding guru agama untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan.

Dimanakah kajian yang diambil oleh Tun M yang menyatakan sekolah kebangsaan menumpukan hanya subjek agama?

Pandangan Tun M berkaitan hala tuju murid yang belajar agama juga dirasakan kurang bertepatan. Penekanan Tun M kepada sekolah kebangsaan juga adalah kurang tepat.

Hasrat untuk mengubah kurikulum ini bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Suatu kajian yang terperinci dan mendalam perlu dibuat. Kajian kurikulum perlu sejajar dan menjurus kepada kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Jangan lagi, dilaksanakan perubahan ini, selagi dapatan kajian yang benar-benar signifikan dapat dikemukakan, dikuatiri murid-murid sekolah ini akan menjadi mangsa kepada kajian, sebagaimana yang berlaku pada beberapa program dan perubahan yang berlaku sebelum ini.

IlyTrolak: "Adakah sistem pendidikan ini sebagai makmal ujikaji semata-mata?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Markisa dari Port Dickson

Semasa membuat lawatan di Ostrich Farm di Port Dickson pada 18 Disember 2018 lalu, terasa tak berbaloi dengan bayaran tiket yang dikenakan berbanding pameran dan perkhidmatan yang disediakan. Terasa sedikit kekecewaan semasa berada di situ, tetapi untuk memberi sedikit pendedahan kepada anak-anak, dilayani juga. Selain melihat Ostrich dan haiwan-haiwan lain yang terdapat dalam di situ, kita hanya boleh memberi makan, haiwan-haiwan yang terdapat dalam kawasan tersebut. Aku rasa, aku sekeluarga telah membantu penjaga kawasan tersebut untuk memberi makan kepada ternakan mereka. Makanan untuk ternakan tersebut juga disediakan dengan bayaran RM 6.00 (bayar lagi...).

Bila terasa sedikit kebosanan dalam kawasan tersebut, mata ini mula mencari sesuatu kelainan. Melilau mata mencerap segala yang terdapat dalam kawasan. Tiba-tiba mata tertumpu satu tumbuhan yang sarat menjalar yang menjadi bumbung lorong yang dilalui. Pada perkiraan hati tentulah mudah dijangka ia adalah pokok markisa. Tapi...

Apabila melihat kepada buahnya agak berbeza. Pada kebiasaan penglihatan aku, buah markisa berupa bulat dan licin, tetapi kali ini berbeza. Cuma, pokoknya sahaja yang sama. Mulalah pencarian maklumat, kebetulan seorang pekerja Bangla melalui kawasan tersebut, terus ku sapa dan ditanya. Jawapannya MARKISA... Oleh kerana sifat negatif yang ada, aku kurang percaya, pertanyaan berulang beberapa kali, namun jawapan tetap sama. Pekerja Bangla yang macam tumpul jawapan untuk aku, melaung kepada rakannya seorang Melayu yang ada tidak jauh dengan tempat kami berdiri. Pekerja Melayu berlari anak ke tempat kami dan aku ulangi pertanyaan yang sama. Jawapan yang diterima agak meyakinkan iaitu Markisa Besar atau Markisa Granadilla.

Jawapan yang diberikan menarik minat untuk mengetahui lebih lanjut, pekerja Melayu menerangkan serba serbi tentang Markisa Besar. Akhirnya oleh kerana penerangannya menarik, aku berminat untuk mendapatkannya. Pekerja Melayu menyatakan bahawa tempat tersebut ada menjual tetapi harganya agak tinggi. Aku berhasrat untuk mencari di tempat lain.

Ketika memanaskan enjin kereta dan sedang layani pos-pos dalam aplikasi Whatsapp, aku didatangi pekerja Melayu dan menyerahkan keratan pokok Markisa Besar. "Nah, abang balik dan cucuk sahaja di tanah, ia mudah hidup bang..." rasa terkejut kecil tetapi gembira dengan cenderahati yang dihulurkan pada aku. Aku bertanyakan harganya... tetapi ia menolak. Aku hanya dapat mengucapkan terima kasih.

Oleh sebab menghargai pemberian tersebut, ikhtiar untuk menghidup pokok dicari sebab perjalanan ini masih panjang. Aku sekeluarga berhasrat untuk meneruskan perjalanan ke Melaka. Beberapa hari di Melaka mungkin akan membuat keratan pokok akan layu, berkemungkinan akan mati. Timbul idea untuk memastikan pokok terus hidup. Botol minuman yang telah habis airnya diminum, aku cuci dan diisi dengan air sehingga penuh. Aku masukkan bahagian bawah pokok berendam dalam air.

Setelah 3 hari di Melaka, malamnya aku pulang, keratan pokok masih segar hidup. Tiba di Sungkai, Perak hampir pukul 3.30 pagi, keratan pokok ku letakkan dalam rumah. Esoknya ku ubah dalam bekas yang lebih sesuai.

Seusai menanam, mula pencarian mendapatkan informasi berkaitan MARKISA. Kemudahan siber yang ada memudahkan pencarian dan hasil carian memberi banyak ilmu berkaitan buah markisa.

Pokok Markisa atau nama saintifiknya "Passiflora edulis" atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

11 Manfaat Buah Markisa

Meningkatkan imuniti badan

Buah markisa kaya dengan vitamin C dan zat antioksidam, dengan memakannya bermanfaat untuk meningkatkan imuniti atau sistem kekebalan tubuh. Setiap 100 gram markisa mengandung 30 miligram vitamin C.

Mencegah kanser

Kandungan polifenol, zat antioksidan, dan karotenoid di dalam buah markisa akan meningkatkan aktiviti anti karsinogenik dan menghalang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh, khususnya kanser paru-paru dan kanser mulut.

Menyembuhkan insomnia

Tahukah kamu bahawa meminum segelas jus buah markisa asli berkesan menenangkan fikiran? Itulah sebabnya minuman ini bermanfaat untuk menyembuhkan insomnia.

Menyihatkan mata

Buah markisa mengandung vitamin A yang menfaat untuk kesihatan mata, membantu mencegah katarak, rabun senja, dan degenerasi makula atau age-related macular degeneration (AMD/ARMD).

Memelihara sistem pencernaan

Markisa begitu tinggi serat sehingga sangat baik untuk memelihara kesihatan pencernaan dan menjaga usus tetap bersih. Buah ini juga bersifat julab yang akan membuat sistem pencernaanmu tetap bersih dan sihat.

Mengurangi tekanan darah

Kandungan potasium di dalam buah markisa bertindak sebagai vasodilator. Hal ini bererti penggunaan markisa akan menurunkan tekanan darah, mendorong kesihatan jantung, dan meningkatkan aliran darah.

Mengu bati asma

Selain berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh, vitamin C di dalam buah markisa membantu meringankan gejala asma dan menenangkan serangan asma.

Menguatkan tulang

Kandungan mineral seperti tembaga, besi, fosfor, dan magnesium di dalam markisa bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang.

Menyokong kesihatan jantung

Kandungan flavonoid dan asam fenolik di dalam markisa membantu melindungi jantung dengan cara mengendalikan kolesterol jahat dan menyihatkan arteri.

Menurunkan berat badan

Setiap 100 gram markisa mengandung 97 kalori. Buah ini juga rendah sodium namun tinggi serat sehingga boleh mengurangkan nafsu makan. Oleh itu markisa bermanfaat untuk menurunkan berat badan.

Merawat diabetes

Makan markisa bermanfaat untuk menjaga kadar insulin dan menstabilkan gula darah seterusnya berguna untuk merawat diabetes.

Sumber:

Wikipedia

Merdeka

IlyTrolak: "Semoga markisa ini dapat membesar dengan subur"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bukan Bercakap Kerana Ingin Menentang Kerajaan

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sebarang kenyataan dibuat olehnya bukan kerana ingin menentang kerajaan, sebaliknya meletakkan kepentingan negara dalam dirinya.

Beliau berkata, adalah polisi di negeri ini untuk menyokong sesiapa sahaja yang mentadbir negara tetapi berharap setiap perkara yang berlaku tidak dilihat secara remeh.

"Biar saya jelaskan di sini bahawa saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah berlaku.

"Kata-kata saya tidak selalu mudah ditelan. Tetapi saya sentiasa meletakkan kepentingan negara dalam diri saya. Malaysia baharu memerlukan lebih ramai pemimpin yang tidak takut bercakap benar. Ia adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan kesilapan kita yang lalu," katanya menerusi satu catatan dalam Facebook (FB) rasminya, malam tadi.

Menurut catatan FB itu, TMJ turut menyentuh tindakan penulis yang menyatakan beliau 'tersesat dalam kancah arena politik' yang akan meletakkannya dan keluarga sendiri dalam risiko menjadi mangsa serangan dan status mereka direndahkan.

"Saya mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di 'whacked' atau di ‘clobbered', ia adalah perkara kecil bagi saya.

"Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

"Status sebenar seseorang bukan bergantung kepada gelaran yang disandangnya, tetapi bagaimana ia dipandang oleh rakyatnya.

"Status saya hanya 'jatuh' jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya - dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal," tulisnya.

TMJ turut menasihatkan penulis itu, supaya tidak perlu bimbang dengan statusnya kerana dia akan baik-baik saja, malah menyatakan beliau tidak mempunyai niat membela egonya dengan apa yang ditulisnya.

"Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di media sosial. Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.

"Mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca, tetapi saya tidak ada niat untuk membela ego saya dengan apa yang ditulis.

"Saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri, saya bersuara supaya rakyat tahu perkara yang benar. Kita mesti bersuara apabila ada perkara yang salah sedang dilakukan," katanya.

Beliau menegaskan apa yang dikatakan bukan soal memantau apa yang ditulisnya pada laman sosial media, tetapi membabitkan pemantauan telefon peribadi, e-mel dan komunikasi peribadi. - © New Straits Times Press (M) Bhd

IlyTrolak: "Mana yang lebih berkuasa?"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada Lagi ‘Saya Yang Menurut Perintah’, Kata Dr M

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melihat cadangan menukar ucapan “saya yang menurut perintah” yang sekian lama digunakan perkhidmatan awam kepada “saya yang menjalankan amanah”, sebagai peringatan kepada kakitangan awam agar mematuhi undang-undang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian kepada cadangan yang diajukan di sesi soal jawab bersama para pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dr Mahathir berkata ucapan baru itu akan mengingatkan kakitangan awam untuk tidak menurut perintah yang menyalahi undang-undang.

“Kita tak boleh terima bila dia suruh kita sembunyi bukti. Kita boleh tukar frasa itu,” katanya di sesi dialog yang dihadiri 3,500 PTD.

Ucapan tersebut sinonim dengan dunia perkhidmatan awam dan ia menuntut kakitangan untuk sentiasa mengakui sebarang perkataan dan tindakan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan pekeliling dari semasa ke semasa.

Di dialog hari ini Dr Mahathir menjawab luahan PTD secara terbuka.

“Saya akan kaji setiap persoalan yang dibangkitkan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya. - MSN News

IlyTrolak: "Semuanya untuk keberkesanan peranan dan tanggungjawab"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

Daun Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.

Siapa sangka daun bergerigi dan berbau segar apabila dikunyah ini mempunyai manfaat yang besar mengubati beberapa jenis penyakit ringan.

  • Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

  • Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

  • Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

  • Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.

  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.

  • Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

  • Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.

  • Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.

  • Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

  • Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

  • Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

  • Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Sumber: Panduan Tips Petua

IlyTrolak: "Pelbagai khasiat tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bersedia Bayar RM2 Hingga RM4 Untuk Setiap Mesej Whatsapp

Whatsapp mengesahkan bakal mengenakan bayaran antara AS$0.5 (RM2.04) hingga AS$0.90 (RM3.67) bagi setiap mesej yang dihantar sebagai pertukaran jaminan ia diterima.

Jangan risau, pengesahan bayaran itu bagaimanapun hanya melibatkan akaun perniagaan dan bukan untuk pengguna biasa.

Dalam satu laporan berita, Whatsapp mengeluarkan kenyataan demikian menyatakan pihaknya sudah memutuskan untuk mengecaj para pengguna perniagaan yang menggunakan aplikasi WhatsApp Business.

Selepas Whatsapp dimiliki Facebook ia dikatakan tidak banyak melakukan perubahan sehinggalah pada Januari 2018, di mana ia tampil dengan rancangan untuk mengkomersilkan perkhidmatan WhatsApp Business.

Whatsapp menjamin akan menawarkan sokongan masa nyata, tidak akan ‘mengganggu’ orang ramai dengan spam dan kesemua mesej kekal sulit dan kebebasan menyekat perniagaan dengan hanya satu butang.

Whatsapp Business mempunyai kira-kira 3 juta pengguna aktif dan penggunanya boleh memasukkan nombor telefon rumah, menetapkan waktu membalas pesanan, melihat statistik keluar-masuk pesanan, memilih jenis bisnes dan perbezaan logo.

Pengguna juga akan diberikan kawalan penuh terhadap mesej yang diterima, kata Whatsapp.

Dalam satu lagi laporan berbeza di Metro.uk, Whatsapp dikatakan terpaksa mengambil langkah tersebut selepas Mark Zuckerberg berdepan kejatuhan saham terbesar Facebook. - MSN News

IlyTrolak: "WhatsApp dan WhatsApp Business"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Erti Sebuah Kemerdekaan

Bila melangkah ke bulan Ogos, pastinya secara tak langsung, seluruh warganegara Malaysia secara automatik akan mengingati tentang kemerdekaan, perjuangan, semangat patriotisme dan semangat kebangsaan, kerana kira-kira 61 tahun yang lalu, negara ini yang dikenali pada ketika itu sebagai Persekutuan Tanah Melayu, telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos.

Semangat inilah yang dibawa sehingga ke hari ini oleh seluruh warganegara Malaysia yang berbilang kaum, tanpa rasa perbezaan bangsa dan agama, walaupun secara realitinya perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan tersebut, setitik keringat pun tidak dijatuhkan.

Seluruh warganegara Malaysia kini sedang memelihara kemerdekaan ini agar terus kekal dan subur di negara tercinta.

Pada tahun 2018 ini, tema Sayangi Malaysiaku telah dipilih untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara atau dikenali sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut ialah ringkasan keterangan logo yang telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan tahun ini.

Tema atau logo, bukanlah perkara yang hendak didiskusi untuk kali ini.

Sebuah video yang telah menjadi viral tahun-tahun sebelum ini, telah menarik minat untuk dipaparkan dalam blog kali ini.

Sebuah filem pendek yang agak sinis, berkaitan warganegara Malaysia sendiri dengan warganegara Bangladesh yang dapat memberikan pengajaran untuk semua. Filem pendek ini bertajuk "Erti Sebuah Kemerdekaan". Begini kisahnya...

Di tepi tebing sungai, seorang lelaki Bangladesh sedang berbual melalui telefon.

Tiba-tiba seorang lelaki Melayu menghampiri lelaki Bangladesh.

"Bai, lighter ada?"

"Ada, ada..." terus menghulurkan lighter

Terkuis-kuis lelaki Melayu membelek beg sandangnya...

"Rokok, rokok ada rokok?"

"Ada juga..." sambil menghulurkan sekotak rokok.

"Sudah habis la Bai" lelaki Melayu menggongcang-goncang kotak rokok yang diberi.

"Ada la... satu batang ada..."

"OK, thank you... saya isap ya..."

"OK, baik" balas lelaki Bangladesh sambil mengangguk.

Lelaki Melayu terus duduk di sebelah lelaki Bangladesh sambil menghisap rokok.

Setelah beberapa ketika, rokok disedut... lelaki Melayu memulakan perbualan.

"Ini negara sudah merdeka, 59 tahun.. tau? 59 tahun"

"59 tahun" lelaki Bangladesh mengiyakan.

"U tengoklah Malaysia macam mana, U pun datang Malaysia juga.. Betul?" ucap lelaki Melayu dengan rasa bangga.

"Iyalah..." mengiyakan lagi kata-kata lelaki Melayu.

"Tengok kita orang pakai kereta mewah-mewah, tengok, rokok pun tiada hisap rokok ciplak-ciplak punya... semua rokok Dunhill... rokok best punya" ujar lelaki Melayu, sambil lelaki Bangladesh mengiyakan sahaja.

"Semua senanglah... Kerajaan semua senang..." terus lelaki Melayu menyatakan rasa bangganya.

"Betul? ada dengar? ada nampak?" tegas lelaki Melayu lagi.

"Ya... Ya... Ada... Ada..." itu sahaja perkataan yang keluar dari lelaki Bangladesh.

"Jadi... kita hidup senanglah... senang... semua ada... highway ada... tol ada... Jadi... U duduk, U selesa ka... selesa ya.."

Mengangguk-angguk sahaja lelaki Bangladesh dengan apa yang dituturkan oleh lelaki Melayu.

"Saya pun selesa juga" tambah lelaki Melayu lagi.

"Jadi kita dekat negara merdeka ni... kita hidup aman damai... kan.. tiada masalah apa-apalah, memang tak ada masalah"

"Itu merdeka maksud apa?" tanya lelaki Bangladesh.

krik.. krik.. krik.. krik... (lelaki Melayu)

"Itu merdeka? kita bebaslah, bebas... tiada jajah lagi, kan... ha... tiada lagi itu... orang kata.... macam mana ya... ya lah.. itu merdekalah... merdeka.. ha.. merdeka". terus menghisap rokok yang diterima dari lelaki Bangladesh.

Sesudah beberapa ketika... rokok pun sudah habis dihisap

"Bai, U sini sudah lama?" tanya lelaki Melayu

"Sudah lama"

"Berapa lama?"

"sudah 10 tahun..."

"10 tahun ka? Boleh simpan duit ha..."

"Boleh, boleh"

"Boleh hidup ka?"

"Boleh hidup..."

"Boleh hidup... tiada masalah apa?"

"tiada masalah apa?"

"Ha... itulah Malaysia merdeka, tengok.. tak ada masalah... U orang luar datang pun, tiada masalah, betul ka?" pantas membalas dengan penuh bangga sebagai rakyat Malaysia.

"Bang, sekarang pukul berapa"

"jam? dekat 7.. 7 lebih la" sambil membelek jam di tangan.

"Kereta ada jalan dulu la bang.. baik-baik duduk.." sambil lelaki Bangladesh bersalaman dengan lelaki Melayu dan menekan butang penggera kereta Honda yang parkir berhampiran tempat mereka duduk.

Lelaki Bangladesh meninggalkan lelaki Melayu dan menuju ke kereta.

Lelaki Melayu... terpegun...

Apa berlaku seterusnya? saksikan video di bawah..

IlyTrolak: "Pakai baju kancinglah suasa... Pakai mari Baba lah Melaka... Biar saya rosaklah biasa... kerana dia tidak mengapa"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kemurungan Kalangan Guru Serius – NUTP

KUALA LUMPUR 25 Julai - Masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutama membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar sehingga memerlukan tindakan segera daripada Kementerian Pendidikan untuk menanganinya.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd. Razak berkata, perkara ini berlaku akibat bebanan kerja yang semakin meningkat apabila perlu mengendalikan kelas yang mempunyai sehingga 60 murid.

Katanya, sedangkan kelas bagi sekolah di luar bandar hanya mempunyai bilangan murid separuh daripada jumlah itu dan ini menyebabkan kes kemurungan guru di bandar besar dilaporkan semakin meningkat setiap tahun apabila tiada tindakan bagi menanganinya.

“Apabila jumlah murid terlalu ramai dalam satu kelas, maka bukan sahaja tugas mengajar makin mencabar bahkan tugas perkeranian yang juga sebahagian daripada tanggungjawab guru turut bertambah.

“Ini belum ditambah dengan faktor lain seperti masalah kewangan, masalah peribadi serta tekanan daripada ibu bapa. Jika cabaran ini tidak ditangani maka berlakulah kes kemurungan dan saya boleh dikatakan perkara ini cukup serius,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemukan mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya di Ipoh, minggu lalu kerana tidak dapat menerima beban kerja yang banyak.

Ahad lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut mendedahkan masalah kekurangan guru di bandar besar semakin serius terutamanya melibatkan negeri Johor dan Selangor berikutan ramai yang cenderung untuk bertugas di kampung halaman masing-masing.

Sementara itu, sebagai salah satu cara bagi menangani masalah ini, Kamarozaman berkata, guru kaunseling untuk guru juga perlu disediakan Kementerian Pendidikan kerana setelah mengambil kira cabaran semasa, ternyata bukan murid sahaja perlu menjalani sesi kaunseling. - Utusan Melayu

IlyTrolak: "Teringat peristiwa seorang guru di Ipoh yang terjun bangunan di Ipoh"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

5 Aktiviti Panjang Umur

Setiap orang pasti ingin panjng umur. Tak perlu berfikir terlalu rumit untuk dapat menikmati hidup lebih lama.

Dalam sebuah berjudul The Big Five, yang ditulis oleh Sanjiv Chopra, profesor dari Havard Medical School, terungkap lima aktiviti sehari-hari yang boleh meningkatkan kesihatan, sehingga memanjangkan umur seseorang.

Lima aktiviti haria yang dimaksudkan adalah:

1. Minum Kopi

Minum kopi terbukti dapat menurunkan risiko terjadinya diabetes tipe 2. parkinson, dan kanser hati.

Penelitian yang dilakukan oleh The New England Journal of Medicine, menganalisis data daripada 400,000 orang semala 14 tahun.

Mereka menemukan angka kematian 15 peratus yang lebih rendah pada wanita yang mengambil minuman kpi sebanyak dua hingga enam cawan kopi sehari.

Sedangkan pada lelaki yang mengambil kopi dengan jumlah yang sama angka kematian menjadi lebih rendah 10 peratus.

Syaratnya, jangan mengambil kopi terlalu panas.

WHO mengandaikan bahawa kopi panas boleh meningkatkan risiko kanser kerongkong.

2. Senaman

Sanjiv mengungkapkan sebuah penelitian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine.

Hasil penelitian tersebut membuktikan bahawa berjalan cepat 150 minit setiap minggu boleh memanjangkan harapan hidup selama 3.5 hingga 4.5 tahun.

3. Pengambilan Vitamin D Secukupnya

Semua orang disarankan untuk memenuhi keperluan vitamin D. Kekurangan vitamin D berhubungan dengan masalahan kesihatan, termasuk multiple sclerosis, penyakit jantung dan diabetes tipe 2.

Dengan mencukupi keperluan vitamin D, maka anda boleh terhindar daripada pelbagai penyakit maut tersebut.

4. Mengambil Kekacang

Segengam kacang setiap hari, boleh menurunkan risiko terjadinya kanser pankreas, penyakit jantung, stroke, dan kematian awal. Kacang menawarkan banyak zat gizi, mulai dari protein, omega 3, vitamin B, Vitamin E, selenium, dan magnesium.

Syaratnya, anda harus memastikan bahawa kacang yang anda makan adalah kacang tanpa garam.

5. Bertafakur

Salah satu manfaat bertafakur yang sudah banyak buktinya adalah untuk mengatasi stres. Inilah yang menjadi alasan, bertafakur memiliki kesan positif untuk kesihatan jangka panjang. Tidak ada keraguan lagi bahawa bertafakur boleh memberikan manfaat, baik bagi mental maupun fizikal - Pendidik

IlyTrolak: "Ramai yang mau umur panjang, mungkin bertujuan memperkemaskan bekalan untuk ke sana."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah 2018

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011.

Panduan ini telah dikemaskini daripada terbitan yang terdahulu dan diharapkan dapat membantu guru dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), di samping memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.

PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. - Pengarah Pembangunan Kurikulum.

Klik sini untuk muat turun

IlyTrolak: "PBD"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Mekar Menyeri Suasana

Pagi ini dalam melangkah ke pintu pagar untuk menyambut kehadiran murid-murid, guru-guru daN staf sokongan, terlihat bunga-bunga yang sedang mekar.

Sedikit kedamaian terasa dalam diri apabila melihat seri yang terpapar. Itulah fungsi dan peranan bunga yang dianggap sebagai penyeri.

Dipaparkan beberapa keping foto bunga yang terdapat dalam kawasan SK Perlok ini.

IlyTrolak: "Text Here"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

MP Pembangkang Keluar Dewan Kecuali KJ

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang telah keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes terhadap penceramah baru, bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohamad Ariff Md Yusof.

Mereka berkata mereka tidak berpuas hati dengan pilihan calon kerana ia tidak mengikut arahan tetap.

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang tinggal di Dewan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin duduk bersendirian di bangku pembangkang selepas rakan-rakan MP berjalan keluar sebagai protes.

Ariff, yang bersumpah pada pagi ini, telah dilantik sebagai pembicara baru berikutan cadangannya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

221 ahli Dewan Rakyat juga bersumpah, kecuali Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang sedang menjalani cuti sakit berikutan pembedahan baru-baru ini untuk membuang tumor dari pankreasnya. - FMT News

IlyTrolak: "Tabik dengan YB Dato Seri KJ"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan Berhubung Pengiktirafan Sijil Peperiksan UEC

Pengiktirafan Sijil UEC telah menjadi isu yang hebat diperdebatkan termasuk menjadi viral di media-media sosial. Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan pihak yang bertanggunngjawab dalam proses tersebut telah mendapat pelbagai respon dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang pengiktirafan tersebut. Paling ketara bangkangan dibuat oleh pihak yang mempertahankan bahasa Melayu.

Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 15 Julai 2018 oleh pihak menteri pendidikan.

IlyTrolak: "Semoga semua pihak tidak membuat kenyataan yang tidak benar. Perkara masih dalam kajian."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Selesaikan Segera Wang Sara Hidup Peneroka Felda - ANAK

Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) merayu kepada kerajaan baharu agar cakna nasib peneroka Felda yang masih tidak menerima wang sara hidup.

Timbalan Presiden Anak Nasaie Ismail berkata, sehingga Khamis 12 Julai masih ada peneroka Felda yang tidak menerima wang sara hidup atau boleh juga disebut gaji bulanan mereka yang kebiasaannya diterima selewat lewatnya 25 haribulan setiap bulan.

“Anda yang berada luar daripada masyarakat Felda boleh bayangkan gaji dibayar lewat dua minggu? Jika peneroka yang bergantung sepenuhnya hidup kepada wang tersebut, ia sangat menyeksakan untuk perbelanjaan harian mereka,” tulis beliau di Facebooknya.

Menurutnya, ketika menyertai rombongan perwakilan Majlis Permuafakatan Ngo Felda (MPNF) bertemu pentadbiran Felda kelmarin, soalan berkait kelewatan bayaran wang sara hidup ini ditanya sebanyak tiga kali kepada Pengarah Besar Felda Datuk Ghani dan pengarah pengarah kanan yang lain.

“Hampir hampir tiada jawapan yang tuntas diberi kepada kami walaupun sudah diperingatkan bahawa dia belum lagi menjawab soalan penting kami itu. Seperti mengelak untuk menceritakan hakikat yang sebenar,” katanya.

Anak turut dimaklumkan oleh Setiausaha MPNF bahawa surat dan pemakluman sudah dihantar kepada menteri yang berkenaan Felda untuk bertemu namun sudah lebih dua minggu tiada jawapan diberikan.

Tegas beliau, ia masalah yang perlu disegerakan diberi perhatian kerana MPNF bukan sebarangan Ngo tetapi ia adalah gabungan ngo-ngo yang mewakili kakitangan Felda dan generasi kedua Felda.

“Dua pertubuhan kakitangan Felda dan 4 pertubuhan generasi kedua iaitu Majlis Belia Felda (MBFM), Kami Anak Felda (KAF) yang dilihat sebelum ini cenderung kepada pentadbiran yang lalu dan juga Suara Generasi Ke 2 Felda (SGK2F) serta ANAK yang dikatakan cenderung kepada kerajaan yang baharu. Pokoknya MPNF mahu memberi maklumat dan sumbang saran kepada YB Menteri berkait

kemelut yang melanda Felda agar tindakan segera boleh dilakukan oleh kerajaan baharu,” katanya.

Dalam masa yang sama Anak mempunyai maklumat hasil-hasil yang sepatutnya masuk ke kantung Felda sama ada perlombongan pasir, pengeluaran sawit di tanah Felda dan lain lain perniagaan hanya masuk ke kantung individu individu.

Ini semua katanya sebahagian yang boleh dicatat berlaku selepas pertukaran kerajaan dan belum lagi dikira perebutan projek dan jawatan diperingkat rancangan atau kampung-kampung Felda sesama bekas penyokong kerajaan lalu dengan penyokong kerajaan yang baharu.

“JKKK, JKKR, GPW, Belia dan sebagainya yang menjadi api dalam sekam perbalahan sesama warga Felda. Kerana apa? Belum ada panduan atau arahan yang jelas bagaimana sepatutnya berlaku dibawah pemerintahan Baharu.

Pokoknya semua masalah ini dilakukan oleh siapa pun, ianya berlaku dibawah pemerintahan baharu.

“Felda mengalami masalah kewangan yang tenat, hutang berjumlah hampir RM9 billion dan sudah cukup matang untuk dibayar hutang hutang tersebut. Peneroka pula menerima wang sara hidup yang lambat yang tidak pernah berlaku dizaman pemerintah yang lalu,” tegas beliau.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana Felda bukan sepenuhnya organisasi korporat seperti Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain lain yang hanya menguruskan dana dan perniagaan, tetapi menguruskan 112 ribu keluarga peneroka dan hampir tiga juta warga Felda.

Di dalam PRU14 lalu, katanya, majoriti di parlimen Felda rakyat memberi isyarat menolak BN dan najib Tun Razak akibat kerosakan teruk Felda yang berlaku di zaman BN.

Pakatan Harapan pula tambahnya, tanpa 19 kerusi Felda, tidak akan boleh membentuk kerajaan. “Jangan abaikan mereka. Undi tidak selama lamanya milik kita. Hentikan berpolitik. Jangan sampai rakyat lapar dan mereka mula bertindak. Ini bukan wayang, anda boleh pergi ke page atau group Facebook anak anak Felda dan lihat reaksi mereka,”katanya. - Malaysia Dateline

IlyTrolak: "Sara hidup ni untuk keperluan para peneroka dan keluarga, menampung kehidupan setiap hari."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Ubati Luka Dengan Kopi?

Selain murah dan mudah didapati, terbukti kopi sesuai dan efektif untuk mengubati berbagai jenis luka

SIAPA yang tak kenal kopi? Serbuk hitam beraroma khas ini sangat digemari di Indonesia. Tapi tahukah kita, kalau kopi tidak hanya dikenali sebagai minuman yang begitu nikmat saat dihirup ketika panas? Selain sebagai pengusir mengantuk yang membuat tubuh kembali terasa segar, kopi ternyata mampu untuk mengubati luka.

Dr. Hendro Sudjono Yuwono MD, Ph.D. sudah membuktikan khasiat kopi tersebut. Ahli bedah pembuluh darah dari RS Hasan Sadikin, Bandung ini sudah menceburi serangkaian penelitian terhadap kopi sejak awal tahun 2004. Hasilnya? Kopi ternyata sangat efektif dan sesuai untuk mengatasi berbagai jenis luka! Dari luka melecet disebabkan terjatuh, luka tergores benda tajam, luka bakar, sampai luka "ulser" yang sudah berjangkitan. Hebatnya lagi, semua usia dapat menggunakannya, termasuk anak-anak.

Dalam penelitiannya, Hendro menemukan zat antibakteri dalam serbuk kopi yang sangat kuat. Meski belum diketahui secara pasti jenis kandungannya, namun zat ini terbukti sangat efektif membasmi kuman Methicillin Resistant Starhylococcus Aureus (MRSA) yang sering dijumpai pada luka bernanah.

Hendro menggunakan tikus dan marmot (babi guinea) yang sengaja dilukai dengan cara dibakar sedikit. Tikus diubati dengan kopi sementara marmot diubati dengan ubat rawatan untuk luka bakar. Ternyata tikus dapat sembuh dengan baik tanpa ada perbezaan sedikitpun dengan marmot. "Tidak timbul infeksi atau efek sampingan," papar Hendro yang mengaku tidak berniat untuk mematenkan hasil temuannya ini.

Awal tahun 2005 Hendro yang menyelesaikan spesialisasi bedah pembuluh darah tepi di Universiti Leiden dan pendidikan S3 ilmu bedah di Universiti Amsterdam, Belanda menggunakan kopi untuk menyembuhkan luka para pesakitnya. Ada berbagai jenis luka yang ditangani, dari luka melecet/mengecut kerana terjatuh hingga luka bakar dan luka bernanah. Ternyata pengubatannya efektif dan hasilnya dapat disetarakan dengan hasil pengubatan biasa. "Sejauh ini saya tidak melihat ada kesan sampingan yang muncul dari pengubatan luka dengan kopi," kata professor di FK Unpad ini.

CARA PAKAI

* Taburkan secara merata di atas luka. Cukup dengan tipis saja, tidak perlu terlalu tebal.

* Lakukan 3x sehari; pagi, siang, dan malam.

* Setelah ditaburi kopi, luka perlu sentiasa kering dan sama sekali tak boleh terkena air. Apabila terkena air, luka jadi basah terus-menerus mengakibatkan rawtan tak efektif. Jika ingin mandi atau melakukan aktiviti yang bersentuhan dengan air, tutuplah luka dengan rapat.

PETUNJUK

Satu hal terpenting untuk diperhatikan, apakah anak alahan terhadap kopi atau tidak. Alahan terhadap kopi boleh dilihat dari munculnya warna kemerahan atau gatal-gatal di sekitar kawasan luka. Bila demikian, hentikan penggunaan kerana mungkin luka akan semakin meluas dan anak pasti tidak tahan untuk tidak menggarunya. Tapi kalau anak pernah minum kopi dan tidak ada kesan sampingan yang muncul, seperti mual, pening atau gatal-gatal, boleh dikatakan dia tidak alah kepada kopi.

PEDIH ATAU TIDAK?

Berbeza dari ubat merah yang menimbulkan rasa pedih saat dititiskan atau sapu, selain rasa dingin, kopi juga memberikan rasa panas.

PERLUKAH PRESKRIPSI DOKTOR?

Pemakaian kopi tak memerlukan preskripsi doktor. Kopi boleh terus ditaburkan di atas luka. Tetapi, kopinya haruslah kopi robusta yang belum dicampur apa-apa. Kopi tak berjenama ini biasanya dijual di pasar-pasar tradisional yang digiling di tempat jualannya. Sebenarnya permintaan keaslian ini tak lain kerana, "Saya belum melakukan penelitian terhadap kopi lain yang berjenama," kata Hendro. Jadi, bila ingin menggunakan kopi berjenama, boleh-boleh saja namun ia tak menjamin apakah penyembuhan lukanya efektif atau tidak.

BERAPA LAMA LUKA BOLEH SEMBUH?

Bila lukanya kecil akibat tergores pisau, rawatannya boleh jadi hanya memerlukan waktu singkat. Setelah diubati mungkin saja lukanya segera kering dan sembuh. Namun luka yang sama, boleh memakan masa sembuh lebih lama sekiranya setelah diubati lukanya basah terkena air.

Waktu penyembuhan luka juga tergantung pada kondisi luka itu sendiri. Kalau luas/lebar dan cukup dalam tentu memerlukan beberapa kali rawatan. Ini bererti memerlukan waktu berhari-hari. Untuk luka yang sudah berjangkitan, rawatannya tentu memerlukan waktu lebih lama, mungkin berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. Sebabnya, memerlukan waktu khusus untuk membasmi bakteria yang sudah berakar umni dalam luka tersebut.

Luka yang sudah berjangkitan ini dapat dilihat melalui luka yang bernanah, sudah lebih luas dari luka awal, dan biasanya disertai adanya jaringan daging yang membusuk.

Waktu yang cukup lama juga adalah rawatan luka pada pengidap diabetes melitus. Oleh itu, kekallah dengan rawatan perubatan. Luka yang dideritai para pengidap diabetes akan efektif kalau rawatan diabetesnya berjalan terus.

Penulis : Irfan Hasuki

Sumber: Kompas Online

IlyTrolak: "Penulisan asal artikel ini adalah dalam bahasa Indonesia, tetapi telah diubahsuai sedikit untuk mempercepatkan pemahaman."
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Unified Examination Certificate

Dalam menyemak pos-pos dalam aplikasi WhatsApp, terbaca satu tajuk yang agak menarik iaitu Unified Examination Certificate (UEC) vs SPM/STPM. Pos ini sebenarnya telah beberapa kali diterima dan dah baca berkali-kali juga. Namun, terlintas dalam hati, mungkin masih ada juga yang tertanya-tanya tentang perkara ini.

Maka, terlintas di fikiran ini, untuk memuatkan dalam blog peribadi pula, hanya sebagai informasi, tidak lebih dari itu. Sekurang-kurangnya kita mengetahui, walaupun tidak memilikinya. Mari kita baca bersama

Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.

Ada seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum.

Tugu Lim Lian Geok

Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.

Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal.

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM).

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.

Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.

Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)

Jika UEC diiktiraf, apa kesannya?

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain.

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari. Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.

Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda. Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia. Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.

Bacaan lain berkaitan UEC ini boleh dilihat di link berikut:

Sijil UEC vs Sijil SPM : Isu Perkauman Yang Merenggangkan Masyarakat

IlyTrolak: "Menunggu keputusan kajian mendalam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Iklan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir FELDA

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 35 tahun, yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang telah ditawarkan oleh pihak FELDA.

Jawatan yang ditawarkan ialah Pembantu Tadbir Gred N19. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di link berikut: http://frms.felda.net.my

Berikut ialah paparan iklan bagi perjawatan tersebut:

IlyTrolak: "Permohonan secara dalam talian (online) sahaja"
Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Iklan Jawatan Kosong di BERNAMA

Warganegara MALAYSIA yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi beberapa jawatan yang ditawarkan oleh pihak BERNAMA. Terdapat jawatan kosong yang tarikh akhir permohonannya 9hb Julai 2018 dan terdapat jawatan kosong yang tarikh akhir permohonannya pada 31hb Julai 2018.

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L48

Kelayakan:

  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

    Mempunyai Sijil Amalan Guaman.

  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

  • Tidak kurang sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Selasa, 31 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

KERANI

Kelayakan:

  • Berumur 18 tahun ke atas;

  • Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan;

  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

  • Berkemahiran dan berpengetahuan menggunakan Microsoft Office;

  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik;

  • Boleh bekerja dalam satu pasukan serta sebagai individu, berorientasikan hasil, metodikal dan berdisiplin;

  • Fasih dan mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin adalah satu kelebihan.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Selasa, 31 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

EKSEKUTIF JUALAN & PEMASARAN

Kelayakan:

  • Mempunyai Ijazah dalam Pemasaran, Pentadbiran Perniagaan, atau Ijazah yang berkaitan;

  • Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang jualan/pemasaran;

  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, profesional, dan mempunyai sikap yang menyenangkan ;

  • Boleh bekerja lebih masa, memenuhi deadlines dan mencapai sasaran jualan;

  • Boleh bekerja dalam satu pasukan serta sebagai individu, berorientasikan hasil, metodikal dan berdisiplin;

  • Mempunyai pengangkutan sendiri;

  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Selasa, 31 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENGAWAL KESELAMATAN

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

  • Mempunyai kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) serta kepujian di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat PMR/PT3; atau

  • Bekas Konstabel Polis atau Prebet Tentera yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita;

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46 bagi wanita;

  • Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 79cm bagi keadaan biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

  • Mempunyai penglihatan, pengecaman warna dan pendengaran yang baik.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Selasa, 31 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENYELIA PENGAWAL KESELAMATAN

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

  • Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus di dalam matapelajaran

  • Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; atau

  • Bekas anggota Polis atau Tentera yang berpangkat Sarjan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 157cm bagi lelaki dan 153cm bagi wanita;

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46 bagi wanita;

  • Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 79cm bagi keadaan biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik;

  • Mempunyai penglihatan, pengecaman warna dan pendengaran yang baik.

  • Berkebolehan dalam memimpin dan berpengalaman dalam urusan penyeliaan anggota.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Isnin, 9 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

EKSEKUTIF EDITORIAL (BAHASA ARAB)

Kelayakan:

  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan / Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

  • Boleh menulis dan bertutur dengan fasih dalam Bahasa Arab;

  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik;

  • Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan adalah satu kelebihan

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Isnin, 9 Julai 2018 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Tingkat 13, Wisma BERNAMA

No. 28 Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

IlyTrolak: "Cepat sebelum terlambat"