About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Silibus Pendidikan Perlu Seimbangkan Akademik, Pembentukan Sahsiah

BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Kurikulum sedia ada dalam sistem pendidikan ketika ini digubal bagi memenuhi pendidikan abad ke-21 mestilah memenuhi penekanan dalam akademik serta pembentukan sahsiah.



Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, pembelajaran abad ke-21 yang menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi perlu seiring dengan pengajaran pada abad ke-21.



“Bahkan, para pendidik juga perlu menguasai pembelajaran dan pengajaran abad 21,” katanya kepada Ismaweb ketika mengulas isu silibus pendidikan, khususnya subjek Sains yang dikatakan sukar dan di luar kemampuan usia pelajar.



Baru-baru ini, netizen meluah rasa kegusaran dengan pelajaran anak mereka yang semakin susah berbanding dahulu, bahkan mereka sendiri sebagai ibu bapa pun tidak dapat menjawab dek terlalu tinggi tahap pembelajarannya.



Respon netizen itu susulan pandangan yang diutarakan Timbalan Dekan dan Pensyarah Fisiologi USIM, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang terkejut melihat anaknya di Tingkatan 1 telah pun didedahkan dengan sistem reproduksi.



“Saya masih ingat, 2 atau 3 tahun yang lepas si abang belajar topik ini ketika di Tingkatan 3, dan ada soalan percubaan PT3 telahpun bertanyakan pelajar mengenai konsep perancang keluarga menggunakan senario pesakit yang mempunyai sista ovari (ovarian cyst).



“Saya melihat buku sains Tingkatan 1 anak saya, dan penerangan mengenai sistem reproduksi amat ringkas, menyebabkan sukar bagi anak seusia 13 tahun memahami apa yang berlaku dalam kitaran haid seorang wanita,” katanya.



Mengulas perkara itu Ustaz Azizie berkata, luahan ibu bapa menggambarkan pendidik sebenarnya gagal menguasai kemahiran KBAT dan pembelajaran abad 21.



“Guru yang tidak cekap menguasai pembelajaran dengan baik akan mebawa implikasi negatif dalam proses pengajaran terhadap anak murid.



“Maka langkah terbaik adalah guru perlu diberi latihan secukupnya dengan kaedah pengajaran yang betul. Guru perlu mengubah kaedah dan oreintasi pengajaran yang sesuai mengikut perkembangan terkini supaya tidak ketinggalan.



“Guru juga perlu membina pemikiran kritis dan kreatif dengan kemampuan dan keupayaan pelajar agar tidak timbul masalah lain,” katanya.



Dalam pada itu, beliau menyeru Kementerian Pendidikan menentukan kurikulum pengajaran dengan membuat kajian terperinci agar subjek yang disampaikan dapat dikuasai dan difahami dengan mudah tanpa salah tanggapan.



“IGuru berpendapat kurikulum sedia ada perlu diperkukuhkan dari aspek keinsanan dan keagamaan agar nilai tauhid dapat diserapkan dalam diri pelajar,” katanya.



Sumber: IsmaWeb.Net



IlyTrolak: "Masih dalam Perkhidmatan Pendidikan"




Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Bertukar Teh Tarik Pada Waktu Petang

Sesiapa sahaja yang dalam perjalanan dari arah Selatan ke arah Utara melalui pekan Tapah, pasti akan melalui sebuah jambatan yang sekian lama berbakti untuk menghubungkan pekan Tapah dengan kawasan-kawasan di bahagian Utara Tapah. Jambatan dibina di atas Sungai Tapah. Kalau sebelah pagi dan petang, iaitu waktu untuk pergi bekerja dan pulang bekerja, jambatan ini agak sesak, kerana ia hanya mengandungi dua lorong untuk perjalanan dua hala.



Perjalanan dari Sungkai ke Jalan Pahang, Tapah hanya perasan pasang surut air sungai ketika melalui jambatan Tapah berdekatan dengan Masjid Daerah Tapah.



Rupanya di sebalik pasang surut air sungai tersebut, bukanlah satu proses pasang surut yang biasa berlaku yang disebabkan penambahan atau pengurangan jumlah air yang dibekalkan oleh mata air di puncak gunung.



Perkara ini berlaku sebenarnya disebabkan oleh pembangunan yang berlaku di kawasan-kawasan berhampiran dengan sungai, kerana setiap hari akan berlaku, pada waktu paginya air kelihatan jernih dan bila mencecah waktu dalam pukul 10 pagi ke atas, air sungai paginya tenang dan tak berapa besar akan menjadi keruh dan jumlah air betambah.



Ini ialah keadaan air sungai ketika waktu pagi yang sempat diambil gambarnya pada suatu pagi.











Berikut pula ialah gambaran air sungai di kawasan yang sama ketika waktu petang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah













IlyTrolak: "Apa kesannya kepada ekosistem pula?"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.