About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Keselamatan Dan Organisasi Bengkel

Keselamatan bengkel merupakan perkara utama yang ditekankan kepada murid sepanjang berada di dalam bengkel. Murid perlu mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel. Keadaan bengkel yang kemas dan teratur dapat menjamin keselamatan semasa menggunakan bengkel.



Soalan 1

Apakah kepentingan mempunyai bengkel yang selamat?


murid boleh belajar dengan aman

agar pelawat seronok untuk melawat

murid-murid boleh berada dalam bengkel dalam tempoh yang lama

mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan





Soalan 2

Berikut merupakan peraturan yang perlu untuk setiap bengkel.


Peraturan Keselamatan Am dan Peraturan Keselamatan Khusus

Peraturan Keselamatan Umum dan Peraturan Keselamatan Bengkel

Peraturan Keselamatan Am dan Peraturan Keselamatan Diri

Peraturan Keselamatan Bengkel dan Peraturan Keselamatan Diri





Soalan 3

Apakah langkah utama sebelum masuk ke dalam bengkel?


Pastikan tingkap dibuka.

Dapatkan kebenaran guru.

Bersihkan meja dan bengkel.

Beratur terlebih dahulu diluar bengkel.





Soalan 4



Pilih peraturan yang berkaitan dengan gambar di atas?


Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali.

Cuci tangan menggunakan sabun dan air.

Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

Jangan bermain dan bergurau senda





Soalan 5

Apakah sikap Ali yang tidak boleh diikuti ketika memasuki bengkel Kemahiran Hidup?


Berambut pendek dan kemas

Menanggalkan tali leher dan meletakkannya di luar bengkel.

Melipatkan lengan baju yang panjang

Tidak memakai kasut dan stoking





Soalan 6

Semua pintu dan tingkap di bengkel haruslah dibuka supaya….


Kerja-kerja yang dilakukan dapat dilihat oleh murid yang lain.

Keselamatan murid di dalam bengkel lebih terjamin.

Keadaan tempat kerja mempunyai bekalan udara dan cahaya yang mencukupi.

Keadaan bengkel kelihatan lebih berseri.





Soalan 7

Ruang kerja dan persekitaran bengkel yang bersih, tersusun, dan kemas mewujudkan suasana yang berikut, kecuali...


Berasa seronok dan gembira untuk belajar dan bekerja.

Sering terjadi kemalangan dan kecederaan.

Aktiviti dan projek boleh dijalankan dengan sempurna.

Alatan tangan mudah dicari apabila hendak digunakan.





Soalan 8

Murid yang disenaraikan berkemungkinan sukar untuk mengalami kecederaan dalam bengkel kecuali...


murid yang ingin menyiapkan projek dengan cepat.

murid yang berkasut getah.

murid yang patuh kepada peraturan keselamatan.

murid yang merancang kerja yang akan dilakukan.





Soalan 9

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya alatan tangan di dalam bengkel hilang?


Mendiamkan diri.

Menggantikan dengan alatan yang baru.

Menyiasat siapa yang mengambil alatan itu.

Melaporkan kehilangan alatan itu kepada guru.





Soalan 10

Carta peraturan keselamatan hendaklah disediakan dan dipamerkan di bengkel untuk ....


Menceriakan bengkel.

Menggembirakan guru.

Mengingatkan murid.

Mengawasi murid.







IlyTrolak:

"Satu jawapan yang dijawab betul, akan diberi markah 1. Markah penuh bagi set soalan ini ialah 10 markah."
















Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Aku Lihat Mereka, Teringat Pula Diriku

Hari ini solat Jumaat di Masjid UPSI. Ketika melalui ruang luar masjid kelihatan pasangan kepada calon yang mengambil peperiksaan hari ini di Masjid UPSI...



Ada yang berkepit dengan anak-anak, ada yang dipagari anak-anak, ada yang mendukung anak, ada yang telentang sana sini, Ada yang anak dah kuasai bapa (dah macam kena 'raging' je...).



Teringat semasa aku dan isteri melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjanamuda... Istimewanya kami belajar serentak... tapi berlainan universiti. Anak-anak dah macam baton larian. Setiap minggu memang tiada ruang kosong... Ruang yang sepatutnya bersantai bersama keluarga, akhirnya perlu dikorbankan ketika itu. Maka bergendong-gendonglah aku dan isteri dengan anak-anak berkelah di pusat pengajian tinggi.



Pendaftaran pertama isteriku ke pusat pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), ketika itu isteriku sarat mengandung anak ketiga. Selepas seminggu mendaftarkan diri sebagai siswazah, lahirlah puteri ketiga kami, Nurul Nadhilah. Setelah perbincangan dilakukan bersama pihak universiti ketika itu, maka isteri aku dibenarkan pengecualian beberapa kelas, Setelah selesai berpantang 40 hari, isteriku mula berhujung minggu dengan kuliah pengajian, manakala aku juga yang mendaftar di universiti yang sama turut dengan kuliah juga. Beruntungnya ketika itu kuliah isteriku pada hari Sabtu dan aku pula di hari Ahad.



Masih teringat juga, bagaimana ketika isteriku mengikuti kuliah pengajian, aku bersama bayi kecil dilengan. Bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa itu, tetap bersama tanpa membawa banyak karenah. Bekalan susu ibu untuk alas perutnya sudah cukup memberikan kesabaran untuk bayi tersebut. Begitu juga dengan dua kakaknya yang menemani kebosanan dengan bermain di sekitar kawasan ruang legar bangunan dewan kuliah.



Beberapa ketika melalui pengajian di UPM, aku mengambil keputusan berhenti kerana mendapat tawaran belajar dari pihak KPM dan OUM yang dirasakan ketika itu lebih mendatangkan keuntungan.



Dalam meniti pengajian di pusat pengajian yang berlainan pula, cabarannya cukup besar. Kadang-kadang aku dan isteri terpaksa korbankan masa kuliah secara bergilir-gilir, kerana pada ketikanya masa kuliah berlaku pada masa dan hari yang sama. Hanya modul menjadi bahan rujukan. Anak-anak pula sebagai teman setia ibu bapa untuk belajar.



Namun, dalam kesibukan pada tahun 2006 tetap membuahkan hasil kerana lahirnya puteri yang keempat untuk kami. Inilah bayi yang dilahirkan ketika aku dan isteri belajar. Ada yang berkata bahawa jika ibu bapa rajin belajar, anak akan lebih cerdik.



Semakin besar cabaran yang dilalui. Pengurusan keluarga semakin mencabar, Walaupun pada ketikanya terdetik juga rasa yang tidak menyenangkan, yang boleh mematahkan semangat, namun anak-anak menjadi pendorong. Mereka telah berkorban beberapa semester, mereka telah berkorban dalam satu perjuangan yang panjang, pasti hasil akhirnya tetap perlu dicapai juga.



Akhirnya pada tahun 2009 isteriku berjaya menggengam segulung ijazah, manakala aku pula mengengam ijazah pada tahun 2010.



Itulah pengalaman bila sama-sama melanjutkan pelajaran... bila dingatkan kembali terasa bersalah terhadap anak-anak, kerana mengorbankan masa untuk mereka yang sepatutnya dipenuhi dengan kasih sayang.



Kini keduanya telah dilantik ke DG41. Isteri telah menyudahkan ijazah Sarjana... Aku pula dilaluan terakhir untuk ijazah Sarjana. Pengalaman di Sarjanamuda memberi ikhtiar dilaluan Sarjana ini. InsyaAllah laluan Sarjana akan diakhiri pula...





IlyTrolak:

"Pengalaman mengajar kita untuk masa hadapan"
















Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Rahsia Telefon Bimbit Di Saat Kecemasan

Entri kali ini khas untuk semua pengguna telefon bimbit.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:



1. Kereta terkunci





Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam?



Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.



Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.



Caranya:

i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.



ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.



Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.

Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.





2. Nombor Kecemasan





Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).





3. Kuasa bateri tersembunyi





Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.

Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).





4. Telefon dicuri





Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.



Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.



Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D



Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.



Sumber: Klik Sini





IlyTrolak:

"Tidak pasti dengan kebenarannya, tetapi kita boleh mencubanya. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Membina Soalan Objektif Dalam Blog Post

Baru-baru ini saya sering ditanya oleh guru-guru yang sambung belajar dengan beberapa soalan yang berkaitan pembinaan blog. Di sini saya ingin kongsi satu perkara yang berkemungkinan boleh digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini digunakan untuk membina soalan yang berasaskan beraneka pilihan jawapan atau lebih dikenali sebagai "Multiple Choice Questions" dalam pos Blogger.



Berikut ialah langkah yang perlu dilaksanakan dalam pembinaan tersebut.



  1. Buka bahagian skrip HTML dalam Blogger dengan cara 'Log in' Blogger

  2. Kemudian pilih 'Template' dan Klik 'Edit HTML'

  3. Seterusnya klik box 'Kembangkan Templat Widget'

  4. Cari skrip

  5. Kemudian masukkan skrip di bawah sebelum skrip .


  6. Perubahan perlu dilakukan pada skrip dibawah, mengikut bilangan soalan


  7. Perhatikan pada skrip pada Nombor 5, terdapat 3 kali pengulangan skrip bermakna terdapat 5 soalan yang akan dibina.


  8. Terdapat perbezaan pd skrip aq1, aq2 dan aq3. Sekiranya anda ingin menambahnya maka urutan aq ini akan bertambah. Ini bermakna sekiranya anda ingin membina 10 soalan maka anda akan mengulang skrip tersebut dengan membina aq1... aq10.

  9. Kemudian “Simpan” dan “Tutup”

  10. Seterusnya bina cacatan atau 'post' baru, pilih penulisan secara HTML.

  11. Isi ruangan catatan dengan skrip yang berikut:


  12. Skrip tersebut merupakan skrip untuk Soalan 1 dengan 4 pilihan jawapan.

  13. Sebagai contoh skrip seperti berikut;



    Perhatikan pada value="0" bermakna jawapan salah, manakala value="1" merupakan jawapan yang betul.

  14. Soalan akan terpapar seperti berikut;

    Soalan 1

    Berapakah bilangan warna bendera Malaysia?

    1

    2

    3

    4


  15. Ulang salin skrip di atas untuk soalan seterusnya.

  16. Namun begitu beberapa perkara perlu dilaksanakan. Sebagai contoh dua soalan dibina.


  17. Cuba anda nyatakan apakah pindaan yang perlu dilakukan? Sekiranya anda telah faham, bermakna anda memang bijak.

  18. Sekiranya telah selesai membina kesemua soalan mengikut jumlah yang anda perlukan. Salin skrip di bawah sebagai penutup.


  19. Seterusnya klik 'Terbitkan'.



IlyTrolak:

"Selamat mencuba semua, mungkin tutorial ini akan dapat membantu anda dalam memberi latihan kepada murid."




Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Guru Malaysia Ke Sekolah Dengan Memakai Uniform Polis!

KUALA LUMPUR – Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.



Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.



Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.



“Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.



“Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah,” katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.



Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai 10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.



Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.



Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.



“PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai uniform.



“Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar kawasan sekolah untuk aktiviti luar,” katanya.



Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan.



“Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.



“Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang luar yang mempunyai niat jahat,” katanya.



Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.



“Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa,” katanya lagi.





Sumber: MyNewsHub





IlyTrolak:

"Bagaimana agaknya situasi ini? Adakah perkara ini akan dapat menyelesaikan perkara berkaitan?"


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Curi Kuih Di Surau Kerana Terlalu Lapar

KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.



Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.



Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.



Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.



"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.



Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.



Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.



Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.



“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.



"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.



"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.



Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.



Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.





Sumber Berita dan Foto: Sinar Harian Online





IlyTrolak:

"Biarpun yang insan yang dianggap bersalah ini merupakan bukan Islam, tetapi Islam mengajar erti budi bahasa, erti keperimanusiaan dan saling membantu. Sepatutnya insan tersebut diberi sedikit ruang untuk beliau mengalas perut. Rasanya tidak salah, dengan memberi tumpang di surau tersebut untuk menumpang teduh, biarpun bukan dalam surau, mungkin diruang luarnya. Takdir Allah kita tak ketahui, jika dengan keprihatinan ditunjukkan, Insyaallah akan diterbitkan nur keimanan dalam dirinya untuk bersama Islam. Nasib baik Encik Khor Eng Khim tidak mengambil tindakan terburu-buru. Jika tidak sudah tentu, insan malang itu akan digelar banduan atas sebab ingin mengalas perutnya sendiri."










Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




Himpunan Kertas Soalan Percubaan UPSR 2012

Blog ini kini berusaha untuk membantu murid-murid sekolah rendah yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dalam blog ini menyediakan kertas-kertas soalan yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkannya. Sila klik untuk memuat-turun (download) bahan yang dikehendaki.



Bahasa Melayu (Pemahaman):

  1. Modul JUSA 2009 Set 1

  2. Modul JUSA 2009 Set 2

  3. Modul JUSA 2009 Set 3

  4. Modul JUSA 2009 Set 4

  5. Modul JUSA 2009 Set 5

  6. Modul JUSA 2009 Set 6

  7. Modul Restu 2012 Set 1

  8. Modul Restu 2012 Set 2

  9. Modul Restu 2012 Set 3

  10. Modul Restu 2012 Set 4

  11. Modul Restu 2012 Set 5

  12. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  13. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  14. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  15. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  16. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  17. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  18. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  19. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  20. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  21. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  22. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  23. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  24. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Bahasa Melayu (Penulisan):



  1. Modul JUSA 2009 Set 1

  2. Modul JUSA 2009 Set 2

  3. Modul JUSA 2009 Set 3

  4. Modul JUSA 2009 Set 4

  5. Modul JUSA 2009 Set 5

  6. Modul JUSA 2009 Set 6

  7. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  8. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  9. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  10. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  11. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  12. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  13. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  14. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  15. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  16. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  17. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  18. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  19. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Bahasa Inggeris (Kertas 1):



  1. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  2. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  3. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  4. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  5. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  6. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  7. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  8. Percubaan UPSR 2012 - Perlis - tiada

  9. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  10. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  11. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  12. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  13. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Bahasa Inggeris (Kertas 2):



  1. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  2. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  3. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  4. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  5. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  6. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  7. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  8. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  9. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  10. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  11. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  12. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  13. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Matematik (Kertas 1):



  1. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  2. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  3. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  4. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  5. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  6. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  7. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  8. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  9. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  10. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  11. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  12. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  13. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Matematik (Kertas 2):



  1. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  2. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  3. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  4. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  5. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  6. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  7. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  8. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  9. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  10. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  11. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  12. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  13. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





Sains:



  1. Percubaan UPSR 2012 - Johor

  2. Percubaan UPSR 2012 - Kedah

  3. Percubaan UPSR 2012 - Kelantan - tiada

  4. Percubaan UPSR 2012 - Melaka

  5. Percubaan UPSR 2012 - Negeri Sembilan

  6. Percubaan UPSR 2012 - Pahang

  7. Percubaan UPSR 2012 - Perak

  8. Percubaan UPSR 2012 - Perlis

  9. Percubaan UPSR 2012 - Pulau Pinang

  10. Percubaan UPSR 2012 - Sarawak

  11. Percubaan UPSR 2012 - Selangor - tiada

  12. Pra Percubaan UPSR 2012 - Terengganu

  13. Percubaan UPSR 2012 - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur





IlyTrolak:

"Hanya untuk membantu mereka yang sangat memerlukan. Semoga mereka yang sentiasa berusaha akan beroleh kejayaan yang sebenar."


Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.




18SX : Miang Tengah Menjadi Ketika Belajar

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)… Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…



Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin.. kerja sendiri hanya menoreh getah... datangnya jauh dari kampung... dengan menaiki teksi... membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya... yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh... menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.



“Masih saya ingat lagi ustaz... bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini... yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi.



“Saya dapat melihat dengan jelas... bagaimana ayah si gadis ini... sibuk mengangkat barangan anaknya... dengan mulutnya riuh rendah... sambil melemparkan senyuman kepada dirinya... sebagai jiran kepada anaknya itu. Setelah bersalaman dengannya... ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya... dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan... seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.



Sedang kami berbual... terdengar anak gadis si ayah ini merungut... katanya “Ayah... kat sini tak ada tilam... la... takkan nak tidur atas Toto aje... nanti sakit lah badan Along ni...!!!” kata anak gadisnya merungut manja... sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.



Ayahnya hanya tersengih... sambil menjawab “nantilah ayah belikan... tengah ni duit ayah dah habis... beli kelengkapan kamu... kita bukan orang senang...”



“Ok lah ok lah... tapi ayah beli cepat sikit tau... nanti macam mana Along nak belajar... tidur tak selesa... nanti tak boleh tidur... haaa... ganggu prestasi along...!!!”



Ye la... ye la... nanti ayah beli lah...”



Sebulan telah berlalu... Si Ayah belum lagi nampak... kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan... mungkin... sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya... maklumlah kerja kampung bukan orang senang... rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai... satu rumah duduk lapan orang.



“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah... budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu... pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan.



tapi lama kelamaan... rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki... ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta...



“Entahlah ustaz... bukan tak tegur... dah tegur dah... tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu... pakcik ni sapa??? bapak diorang ke???” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi...” Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam... gerun saya ustaz...!!!”



“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama... tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik... atau apa-apakan keluarga saya... saya pun ada anak dara ustaz... risau saya ustaz... apalah upaya saya ustaz...”



“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi... setiap hari keluar dengan pakwenya... maklumlah orang sedang bercinta... bercouple... mak bapak pulak jauh... jadi line clear... ustaz... kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya... entahlah... sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”



Suatu petang ustaz... sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya... ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya... dengan menaiki motorsikal... di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu... sambil dia berhenti... lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya... kerana tilam kekabu itu berat...



kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya... sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju... terdengar suaranya yang mengah... memanggil-manggil anaknya... tetapi tiada sahutan... sunyi... kerana hari itu hari cuti... ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la... tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka... termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.



“Saya pun keluar dari rumah... lalu memanggil si ayah ini tadi... abang... mari masuk berehat di rumah saya dahulu... bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya...” kata saya kepada si ayah.”



“Ke mana mereka pergi... agaknya... keluar ramai-ramai ke. bila balik agaknya.?” tanya ayahnya... bertalu-talu... saya hanya mendiamkan diri... lalu saya berkata kepada si ayah... tak mengapa bang... rehat dulu... abang letih tu datang dari jauh... bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya...”



Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang... dah sampai... bukannya dekat... lagipun bukan senang nak datang balik... si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.



Si ayah menunggu... sehinggalah waktu maghrib telah masuk... si anak masih tidak balik lagi... saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib... kemudian saya menjamunya makan malam. Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya... lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto... takut kesihatan anaknya terganggu.



Sedang kami duduk menunggu anaknya... yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu... tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu... lalu bertanya kepada saya... ”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”



Saya hanya terdiam... tak terkata apa-apa... lalu saya menjawab...”beginilah bang... abang tunggulah sampai dia balik... lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”



Si ayah semakin risau... dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu. Tepat pukul 2.15 pagi... barulah anak gadisnya pulang... dengan membonceng motorsikal pakwenya... memeluk mesra... pakwenya... berhenti di depan rumah sewa.



Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya... sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya... itu... mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah... tanpa menyedari... perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua...



Mereka berpegangan tangan... sambil ketawa... bergurau... dan tiba-tiba... pakwe si gadis itu mencium bibirnya...!!! Subhanallah... saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya... tetapi saya tahan... kata saya kepada ayahnya...:



”Jangan bang... sekarang dah pagi... jangan mengamuk tengah ni nanti... abang yang dapat malu... biarkan budak lelaki itu balik dulu”.



Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu... barulah budak lelaki itu pulang... si gadis itu pun masuk ke rumahnya...



Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya... dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya... seolah-olah dia baru sampai... lalu dia memanggil nama anaknya... Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu... sambil katanya..:



”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni... tak boleh tunggu besok...?



Si ayah terus meluru lalu menampar... muka anak gadisnya... menjerit-jerit... marah...



”Oooo... buat apa datang pagi buta ye... kamu tahu tak... aku sampai sejak dari petang tadi... menunggu kamu... bawakkan tilam untuk kamu... jenuh aku tunggu kamu... ni ha... pakcik ni yang tumpangkan aku... rehat... sembahyang... makan... aku datang dari jauh letih... sebab risaukan kamu... sayangkan kamu... tapi kamu... keluar sampai jauh malam... dengan pakwe kamu ye... dah la tu kamu bercium beromen depan aku... anak tak tahu diuntung... aku malu tau tak.... maluuuuu...



Anak kurang ajar... anak derhaka... anak tak mengenang budi... aku jaga kamu... aku tatang kamu macam minyak yang penuh... macam ini balasan kamu... macam ni balasan kamu... pada aku... haaaa!!! anak ****... berdebub... gedebab... kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz... saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap... beristighfar... bersabar...



Anak gadisnya... menangis meraung... merayu... memohon keampunan... hu hu hu ayahhhh... ampunkan Alongggg... huwaaaaa... ayah Alongggg salah... Along berdosa dengan ayah... hunhuuuuuu...!!!



Kau memang anak celaka... memalukan keluarga... orang tua... kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat... tadi... mak kamu nak ikut... rindu nak tengok kamu... aku tak bagi tau tak... sebab nak bawak tilam ni... kamu tau tak tilam ni berat... tilam kekabu... aku bawak dari kampung jauh... terhoyong hayang aku... bawak motor... tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori... tau tak...???



Kata si ayah sambil menangis... suasana pilu... saya juga menitiskan air mata... sedih melihat ayah yang separuh abad... menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.



“Sudah... kau kemaskan barang... pagi ni jugak balik ikut aku... balikkkkk... ikut aku... cepatttt..., kata ayahnya...



Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu... Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya... kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.



Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya, dengan membonceng motor... tetapi bukan di belakang pakwenya... tetapi dibelakang bapaknya... kesiannn ustaz... kesiannnn — RAMM





Sumber: Greenboc





Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih



PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.






Akibat Tidak Solat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital



Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.



Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.



Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.



Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.



Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.



Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.



Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.



Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.



Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.



Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”



Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.



Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? Wallahua’lam





Sumber: Blog Nazarazu













Kedai Rakyat 1Malaysia

Asyik sibuk dengan suasana politik yang semakin mencabar, tenangkan sedikit perasaan dengan membeli belah. Mulanya hendak mencari hypermart, tetapi bila sampai kawasan ni, terpandang wajah kedai yang dah diuar-uarkan sebegitu rancak oleh kerajaaan, iaitu KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA".



Kelihatanlah warna merah yang menjadi kebanggaan kedai tersebut. Boleh dikatakan sebagai warna rasmi. Mai kita tinjau....

































141 Bekas Sukarelawan Polis Terima RM423,000

PASIR PUTEH 25 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan peruntukkan berjumlah RM423,000 kepada 141 pejuang sukarelawan polis di daerah ini yang terlibat memperjuangkan negara daripada ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1962.



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, setiap penerima yang sudah berusia lanjut dan tinggal di beberapa kampung di daerah ini, menerima cek bernilai RM3,000.



"Mereka telah menganggotai pelbagai pasukan keselamatan termasuk sebagai pengawal kampung dan pengawal hutan ketika negara diancam pengganas komunis. Jasa dan bakti mereka terhadap negara wajar dikenang," katanya kepada pemberita sempena Hari Polis peringkat daerah di sini hari ini.



Mohd. Kamal berkata, pemberian kerajaan itu sebagai menghargai pengorbanan mereka yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan tanah air.



Sementara itu, seorang penerima, Wee Meng Ang, 82, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan KDN di atas ingatan itu dan sama sekali tidak menyangka menerima habuan sebanyak itu.



Jelasnya, sejak menentang pengganas komunis di Pahang sekitar tahun 1940-an, dia tidak pernah meminta apa-apa habuan daripada kerajaan kerana berpegang kepada prinsip 'sedia berbakti dengan ikhlas untuk negara.'



"Sekarang saya amat berterima kepada kerajaan di atas keprihatinan membela nasib saya dan rakan-rakan yang sememangnya sudah tidak larat lagi untuk bekerja," katanya yang tinggal di Kampung Belakang Klinik dekat sini.



Seorang lagi penerima, Hashim Yusuf, 67, turut melahirkan rasa syukur atas pemberian kerajaan itu kerana ia dapat meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.



Beliau yang tinggal di Kampung Kelubi turut memberi cadangan supaya acara sambutan sempena Hari Polis bersama bekas pasukan sukarelawan polis diadakan pada setiap tahun.





Sumber: Utusan Online









Sistem Pendidikan Negara Harus Mementingkan Aspek Kualiti - Muhyiddin

GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara. Beliau berkata aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.



"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)," katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang.



Muhyiddin berkata cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.



"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai," katanya.



Beliau juga berkata bagi memartabatkan pendidikan negara, konteks pembangunan modal insan yang berkualiti perlu dititikberatkan.



"Proses ini melibatkan pembentukan sahsiah pelajar, dan bagi memastikan matlamat ini tercapai, guru-guru perlu lebih kreatif dalam menggunakan semua medium yang sedia ada," katanya.



Muhyiddin berkata pelajar tidak seharusnya terlalu terikat dengan buku serta terlalu terheret dengan sistem pendidikan negara yang menekankan aspek hafalan dan pendekatan teori.



"Kita tidak mahu melahirkan generasi yang beku, yang belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.



"Kerana itu, kementerian memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Barulah kebolehpasaran pelajar kita dapat ditingkatkan," katanya sambil menambah dasar itu mewajibkan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti sukan bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti dan mengasah potensi setiap individu dalam pelbagai bidang.





Sumber: BERNAMA











Awas! Rotavirus Menyerang Daerah Batang Padang

Dalam BERNAMA menyatakan bahawa 2 bayi telah meninggal dan 2236 penduduk di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak setelah dijangkiti Rotavirus. Kes ini menjadi gempar kerana telah menyebabkan 2 bayi meninggal dunia dan kes ini dilihat terlalu mendadak.



Berikut ini ialah berita yang disiarkan oleh BERNAMA:



TAPAH, 10 Feb (Bernama) -- Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes 'Acute Gastroenteritis' (AGE).



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.



"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong Balai dan Langkap," katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini Jumaat.



Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.



Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.



Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.



Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.



Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.



"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus," katanya.



Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.



Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.



Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.



"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas," katanya.



Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.



Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.




Sumber: BERNAMA





Artikel berkaitan Rotavirus untuk pengetahuan umum:



"APAKAH ROTAVIRUS"



MUNTAH dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun amat berbahaya bagi bayi. Bagaimana anda mampu mencegahnya?



Anak anda muntah beberapa kali dalam beberapa jam yang lepas. Episod muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut. Pada kebiasaannya, muntah bukanlah keadaan yang serius dan kebanyakan kes berhenti dalam tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, anda akan mula bimbang apabila suhu anak anda mula meningkat dan beliau mengalami cirit-birit.



Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun muntah dan/atau cirit-birit mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai gastroenteritis akut.



Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes, dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.



Apakah Rotavirus?



Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.



Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.



Adakah anak saya berisiko?



Di Malaysia, setinggi 38% kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut disebabkan oleh Rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak dijangka dijangkiti virus ini sebelum berusia lima tahun.



Jangkitan Rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar tidak begitu berbahaya, namun amat berbahaya bagi kanak-kanak dua tahun ke bawah. Bagi bayi, mereka menghadapi masalah paling serius memandangkan ia boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan cirit-birit yang berterusan.



Apa yang terjadi jika telah dijangkiti?



Pada permulaannya, kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus akan demam dan muntah-muntah, diikuti cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan kes, demam dan muntah selama dua ke tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan hingga satu minggu. Gejala-gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing berkurangan dan tidak bermaya.



Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan Rotavirus atau dehidrasi, anda perlu:



  • Beri anak anda minum 1 hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam rehidrasi atau isotonik. Jika dia muntah, pastikan anak anda kerap mengambil cecair atau susu dalam jumlah yang kecil setiap jam atau setengah jam.

  • Bubur boleh diberi dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.

  • Beri parasetamol untuk menurunkan suhu badan.

  • Pastikan diri anda, anak anda dan orang lain mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.





Foto: Good Website


Untuk si kecil yang berusia di antara 6 dan 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.



Bolehkah saya mengelakkan jangkitan Rotavirus?



Antara langkah pencegahan yang boleh diambil termasuklah menyusukan anak dengan susu badan dan menggalakkan setiap ahli keluarga mengamalkan kebersihan yang baik di rumah. Pastikan semua peralatan makanan bersih dengan mencuci pinggan mangkuk, botol dan sudu garpu menggunakan air panas; mengambil berat tentang kebersihan apabila menyediakan makanan untuk keluarga; jangan menyimpan makanan yang telah masak di dalam peti ais lebih daripada dua hari; dan pastikan semua makanan telah dipanaskan semula dengan baik sebelum dimakan.



Walaupun kesemua langkah pencegahan ini diamalkan, kerana Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah berjangkit, maka penyusuan ibu dan kebersihan yang sempurna juga tidak mampu melindungi anak anda sepenuhnya. Satu cara yang berkesan adalah dengan mengambil suntikan vaksin untuk virus ini.



Mengenai vaksin



Vaksin Rotavirus amat berkesan jika diambil di peringkat awal. Ia boleh diberi secara oral. Matlamat vaksin ini untuk merangsang sistem imun badan dari usia yang muda supaya apabila anak dijangkiti Rotavirus untuk kali pertama, dia hanya mengalami jangkitan yang sederhana atau tanpa gejala-gejala yang serius. Jika dia dijangkiti lagi, anak anda akan mendapat perlindungan kecil.



Artikel oleh Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Positive Parenting. Program Positive Parenting diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mypositiveparenti.



- POSITIFVE Parenting merupakan program pendidikan masyarakat yang bertumpu kepada isu-isu kesihatan & kesejahteraan kanak-kanak. Ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (pakar) dan melibatkan usaha sama Lembaga Perpaduan & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Persatuan Pemakanan Malaysia dan Persatuan Tadika Malaysia



Sumber: Utusan Online





Artikel Cambridge Online











Khutbah Terakhir Rasulullah

Malam ini, malam Jumaat, esok hari Jumaat, maka esok merupakan hari besar untuk umat Islam. Pada kebiasaannya kaum lelaki Islam akan beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Mulalahh terfikir sesuatu, apakah tajuk khutbah solat Jumaat untuk esok hari.



Pada kebiasaannya di negara kita ini, tajuk bagi khutbah solat Jumaat hanya satu, tetapi huraiannya panjang. Mungkin sebab memberi lebih kefahaman kepada sidang Jumaat, sehinggakan ada yang terlalu khusyuk dan tawadduk mendengarnya. Tidak sedar waktu peralihan khutbah pertama dan kedua.



Cuba bandingkan tempoh masa, khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. Telah beberapa kali cubaan membacanya dalam kadar normal, untuk tempoh masa khutbah yang diambil, serta dibandingkan isi-isi khutbah tersebut dengan isi-isi khutbah Jumaat di negara kita. Apakah penilaian anda...



"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.



Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.




(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)









Rintihan Ibu Tak Tergantikan



By: Muhamad Agus Syafii



Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, 'Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubahnya

anak kecil.



Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.



'Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, 'Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu'.



Anak muda itu bertanya, 'Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?' Rasulullah Bersabda, 'engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan.



Di dunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.'



Sahabatku yang disayang Allah, Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharusan.



Rintihan ibu ketika melahirkan diri kita, rintihan ibu di kala malam tiba dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.



Kesuksesan seorang anak berarti munajat yang dipanjatkan ibu. Mari kita muliakan Ibu yang setiap rintihannya tak akan pernah kita sanggup untuk menggantikannya.





Sumber: Agus Syafii