About

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Teliti Itu Penting

Sebuah emel yang masuk ke peti masuk emel begitu menarik untuk dikongsi bersama. Emel ini telah beberapa kali masuk ke kotak masuk tetapi hanya dibaca tetapi kali ini ingin disiarkan untuk kita sama-sama fahami betapa pentingnya penelitian ini. Mari kita hayatinya:



Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..



"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.



"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.



"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.



Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....



"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.



Sekarang... Tumpukan Perhatian, Faham!!!



Terima kasih kepada Nardzatul Akmar kerana mengirimkan emel tersebut.




Kaji Penubuhan Bank FELDA

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

utusanpahang@utusan.com.my



JERANTUT 4 Jun - Kerajaan diminta mengkaji secara mendalam untuk menubuhkan Bank Felda bagi memberi manfaat kepada lebih 112,600 peneroka di seluruh negara.



Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, penubuhan bank berkenaan dapat menyalurkan pinjaman kepada peneroka terutama generasi baru Felda untuk terlibat secara lebih aktif dalam bidang usahawan tani.



Selain itu, katanya, bank berkenaan juga boleh menyalur dan meningkatkan pelaburan dalam sektor pertanian bagi mengubah taraf hidup golongan peneroka.



Katanya, penubuhan bank itu kelak turut memberi peluang kepada anak-anak peneroka mendapatkan pinjaman serta pelbagai faedah lain menerusi pelaksanaan pelbagai projek seperti perumahan dan pendidikan.



"Kita yakin jika diwujudkan Bank Felda, ekonomi, sosial dan pendidikan bumiputera khususnya orang Melayu di tanah rancangan ini bertambah kukuh menerusi peluang dalam sektor keusahawanan pertanian, teknikal dan pengeluaran lain.



"Bank ini juga akan menjana kewangan dalam bentuk pelaburan, saham serta pinjaman bagi memacu perniagaan di kalangan peneroka berasaskan pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing dan bertambah baik," katanya.



Beliau berkata demikian pada majlis makan malam UMNO Bahagian Jerantut bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Dewan Tun Teja Perumahan Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP) di sini, malam tadi.



Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan yang juga Ketua Pemuda Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.



Menurut Tengku Azlan, Felda sudah pun maju di negara ini berasaskan pendapatan pasaran hasil komoditi kelapa sawit dan getah serta pelaburan di luar negara yang menguntungkan.



Justeru, katanya, kedudukan kukuh Felda itu membolehkan agensi berkenaan membantu pula para peneroka yang menjadi antara nadi penggerak ekonomi dan pembangunan negara melalui penubuhan bank berkenaan.







Utusan Online









Guru Wajib Diberi Rehat Dua Kali Sabtu Sebulan

PASIR PUTEH 4 Jun — Pengetua dan guru besar Wajib memberi ruang rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.



Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.



"Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan guru yang dipaksa oleh guru besar dan pengetua masing-masing supaya mengajar kelas tambahan pada setiap hari Sabtu menyebabkan mereka tiada masa waktu rehat yang secukupnya.



Alimuddin berkata pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat ia hendaklah merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang kepada guru merancang aktiviti rehat bersama keluarga.



Beliau berkata jika hari Sabtu jatuh pada hari kelepasan am sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas dalam sebarang aktiviti. — BERNAMA




Sumber: Utusan Online